Bab 1 : Si Dia

1.1K 32 12
                                    

Aku menongkat dagu melihat papan tulis yang kosong. Kelas 5 Sains 1 riuh rendah seperti keadaan di pasar ikan. Bermacam ragam terpapar ketika kelas belum di datangi cikgu. Ada yang bergosip, ada yang seperti anak kecil berlari-lari, boleh bergurau lagi di dalam kelas. Kenapalah lambat sangat cikgu Ahmad masuk hari ini.

" Mawar, ada apa kat papan tulis tu?" tegur Jasmin yang berada dibelakangku. Entah bilalah Jasmin ni berada kat belakang ku pun aku tak tahu. "Kau fikir tentang siapa tu?" Jasmin bertanya lagi.

" Haha..saja je aku tengok papan tulis tu..tengah berfikir apa yang cikgu akan tulis kat situ nanti " jawab ku, bergurau.

"Gila ke apa kau ni" Jasmin membulatkan matanya memandangku. Aku senyum menampakkan semua gigi yang tersusun.

"Kau ada dengar berita tak?" tanya Jasmin. Bab berita sensasi memang kepakaran Jasmin. " Tadi aku lalu kat bilik guru, aku dengar ada budak baru akan masuk kelas kita. Sebab tu cikgu Ahmad lambat masuk. Dia tengah uruskan pendaftaran budak baru tu" cerita Jasmin panjang lebar.

"Owh" pendek je jawapanku.

"Ini yang aku malas kongsi cerita kat kau..macam takde perasaan je kau ye" rungut Jasmin.

"Hehe..kau ni janganlah sensitif sangat..kau kan tahu aku ni lambat pick-up kalau pasal gosip-gosip macamni " kataku sambil tersenyum. Jasmin membalas senyumanku. Kemudian dia terus pergi ke tempat duduknya di meja belakangku dengan tergesa-gesa. Mulutnya sempat memuncung ke arah pintu kelas memberi isyarat padaku bahawa cikgu Ahmad telah tiba.

"Selamat pagi kelas" kata cikgu Ahmad sebaik saja masuk ke dalam kelas. Cikgu Ahmad di iringi seorang budak lelaki yang very good looking a.k.a handsome.

"Selamat pagi cikgu" jawab satu kelas beramai-ramai.

"Hari ini cikgu nak perkenalkan seorang murid baru kelas kita. Rayqal, sila perkenalkan diri" arah cikgu Ahmad.

"Nama saya Mohd Rayqal bin Mohd Razman. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Saya berpindah ke sini mengikut pakcik saya "

"Status? Ada yang punya tak?" belum sempat Rayqal menghabiskan mukadimah pengenalan dirinya, Aliya mencelah, ternyata jelas menunjukkan minatnya pada Rayqal tanpa selindung. Seluruh kelas riuh rendah dengan soalan Aliya.

"Hmm..saya.." belom sempat Rayqal menjawab cikgu Ahmad bersuara "Ewah-ewah Aliya. Sekolah bukan tempat bercinta.Kalau nak, lepas SPM nanti kamu bercinta, tak ada siapa nak larang.Ok Rayqal awak boleh ambil tempat duduk sekarang" kata cikgu Ahmad sempat menjeling ke arah Aliya.

"Ala cikgu, saya nak book untuk lepas SPM nanti, sebab tu saya tanya awal available ke tak..hehe" jawab Aliya. Aliya memang berani bersuara di dalam kelas, tambahan pula cikgu Ahmad seorang cikgu yang tak ambil kisah sangat dengan kata-kata Aliya.

'Berani betul kau Aliya. Kagum aku' bisik hati kecilku. Aku melihat gerak geri Rayqal menuju ke arah satu meja kosong, di tepi mejaku. Rayqal memandangku sekilas sambil tersenyum, bergetar rasa hatiku membalas senyumannya. I 'm melting...

"Ok kelas..kita sambung pelajaran kita semalam. Buka buku teks muka surat 23... " cikgu Ahmad bersuara, memulakan kelas Bahasa Melayu. "Rayqal boleh kongsi buku dengan Mawar dulu. Esok kita agihkan buku teks untuk awak" kata cikgu Ahmad sambil menuding jari padaku, mengisyaratkan Rayqal akulah Mawar yang dimaksudkannya. 'OMG!!! Kongsi buku!!! Terima kasih cikgu Ahmad' aku bermonolog teruja.

Rayqal menarik kerusi nya ke arah mejaku. "Sorry ye, terpaksa kongsi buku" kata Rayqal.

"Err.... tak.. tak pe..hehe " terketar-ketar suaraku. Alamak, nampak sangat nervous ni. Duhai hati, please kawal diri. Aku menoleh ke arah dua sahabat rapat dibelakangku iaitu Jasmin dan Esya. Mereka tersenyum padaku. Esya sempat mengangkat tangan dan membuat tanda peace. Sekilas mataku melihat ke arah Aliya. Aliya memandangku tajam dengan wajah yang sangat bengis. Alamak, nampak gayanya aku akan ada musuh. Sorry Aliya, he is mine now...hahahaha getus hatiku, berangan Rayqal milikku.

Nota CintaWhere stories live. Discover now