Sesampainya di rumah aku terus pergi mandi. Kemudian aku turun pergi makan bersama papa dan mama serta adik beradikku yang lain. Hidung aku mencium bau yang sangat aku gemari. Mama masak special malam ini iaitu ikan masak asam pedas, bagi akulah sebab itu memang favourite aku dari kecil, terutama bila mama yang masak, it is like heaven in the world..hehehe
Aku ada tiga beradik. Abang seorang dan adik lelaki seorang. Hanya aku seorang perempuan, sebab tu aku ni manjanya lebih sedikit, 'anak kesayangan mama papa' itu label yang abang aku beri pada aku.
"Mawar, tolong mama ambilkan pinggan, letak atas meja tu" arah mama bila dia melihat kelibatku di dapur.
"Baik mama sayang" aku mencium pipi mama dulu, kemudian baru mengambil pinggan dan diletakkan atas meja. Mama tersenyum bila aku mencium pipinya, memang anak perempuan dia ni manja, perempuan tunggal lah katakan.
Selesai meletakkan pinggan aku mengambil jug air di dalam peti ais dan gelas, semuanya ku susun atas meja, dah menjadi kebiasaanku membuat sebegitu. Mama datang dari dapur membawa semangkuk besar ikan asam pedas. Baunya mmmm..sungguh wow..
"Yeayyy...favourite Mawar" kataku lalu senyum pada mama. Mama membalas senyumanku. Tangannya sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan.
"Panggil papa, abang dan adik Mawar" arah mama. Aku mengangguk terus kaki ku langkahkan ke tangga. Dari tangga aku menjerit "All the man in this house, going down right now, dinner already" memang kebiasaannya aku akan memanggil mereka bertiga sedemikian.hehehe
"Allright princess" jawab mereka bertiga serentak. Macam dah sepakat pulak. Aku melangkahkan kaki semula ke dapur. Kedengaran bunyi tapak kaki mereka menuruni tangga.
Beberapa minit ketika makan, papa tiba-tiba bersuara "Princess, siapa lelaki sebelah princess kat pustaka tadi? Papa tak pernah nampak pun sebelum ni. Kalau Rizal, Ezad dan Sufi tu papa kenal lah" tanya papa. Hampir tersembur nasi didalam mulutku mendengar pertanyaan papa.Rupanya papa dapat melihat siapa bersamaku ketika di parking. Papa dan mama memang mengenali semua kawan rapatku, sebab diorang kadang-kadang study dirumahku.
"Owh. Itu Izzue..."
"Boyfren akak ke?" belum habis aku bercakap adikku memotong. Budak ni kalau tak menyampuk tak sah.
Itulah adikku, Amsyar namanya."Eh, takde lah syar. Izzue tu kawan akak je, dia tu budak baru kat sekolah akak. Baru je dua hari kenal. Tadi dia teman akak sementara tunggu papa ambil, tu je" jawabku panjang lebar.
"Kalau bukan boyfren sekarang, boyfren nanti lah tu. Kan syar, give me five" kata abangku, Asyraf, Amsyar terus menepuk tangan abang. Suka betul diorang berdua ni menyakat aku.
"Sudah, sudahlah buli princess mama ni. Makan dulu sampai habis ok" kata mama lembut, tersenyum pada dua anak lelakinya. Aku menarik muncung pada mereka berdua. Kalau tak kenakan aku sehari tak senang duduk dua orang ni, getusku. Namun aku tak ambil hati, aku dah biasa bergurau macamtu dengan mereka, merekalah adik beradikku dunia akhirat.
Tak berapa lama kemudian, handphone ku di atas meja berbunyi tanda whatapps masuk. Handphone aku sengaja letak di atas meja tadi sebab selalunya tak ada mesej akan masuk time gini. Papa yang berada disisiku tiba-tiba tersenyum.
"One message from MY IZZUE is coming" kata papa sambil tersenyum. Sengaja ditekankan suara papa ketika menyebut my Izzue. Alamak wey, kantoilah pulak mesej datang dari Izzue. Sudahlah aku belum tukar lagi nama yang Izzue save tadi. Kenapalah Izzue mesej pulak masa ni. Aku mengambil handphone dan meletakkan dalam poket baju tidurku dan terus menyambung makan seolah-olah tiada apa berlaku. Abang Asyraf dan Amsyar pula memandang sesama sendiri dan mengulang 'my Izzue' sambil ketawa. Aku menjeling mereka berdua, 'siaplah korang nanti, takpe hutang je dulu', kata hatiku. Aku pasang niat untuk balas dendam.Hahaha
Malunya aku.... "my Izzue" punya cerita lah ni.