"Cantiknya princess mama" mama memuji sebaik melihat kelibatku didapur.
"Macam mama" kataku. Aku menghampiri mama dan mencium pipinya, perkara biasa yang ku lakukan bila bersama mama. Mama menyuruhku mengambil jug yang berisi air oren berdekatan sinki.
"Izzue, jemput makan. Jangan malu-malu ye" kata mama. Papa turut senyum mengalu-alukan Izzue menyertai kami makan.
Kedengaran tapak kaki Amsyar melangkah, dia menghampiri meja dan menarik kerusi. Amsyar duduk di sebelah Izzue. "Hai abang Izzue, jum makan" kata Amsyar, Izzue mengangguk sambil senyum. Mama mula mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Aku membantu mama menuang air ke dalam gelas.
"Mama, cantik tak baju yang abang beli?" tanya abang Asyraf pada mama. Mendengar soalan abang Asyraf itu aku terus menunjukkan baju tshirt yang dipakaiku pada mama.
"Cantik. Cute macam si pemberinya jugak" kata mama. Abang Asyraf tersenyum bangga.
"Sweater tu pun cantik. Hadiah juga ke Mawar?" sekarang papa pulak yang bertanya.
"Ya papa. Hadiah hari jadi dari Rizal" aku menjawab.
"Syar dah agak dah. Pandai abang Rizal pilih untuk akak. Abang Rizal memang memahami akak" Amsyar pulak menyampuk, melebih-lebih pulak kata-kata si Amsyar ni. Aku menjegilkan mataku pada Amsyar. Izzue hanya membisu, namun senyuman tak lekang diwajahnya.
"Dekat leher ni pulak siapa yang bagi?" Mama menyentuh rantai dileherku. "Cantiknya emas ini sayang" kata mama lagi. Tangannya masih leka menilik rantai emas tersebut.
"Err..ini kawan Mawar bagi" aku tidak mengumumkan siapa yang memberi rantai ini, takkanlah aku nak pecah rahsia depan Izzue, kalau Rizal takpelah aku bagitau sebab dia yang jadi posmen surat dari Adam semalam.
"Siapa kawan akak tu?" tanya Amsyar, tidak puas hati dengan jawapanku tadi. Aku menjuihkan bibir pada Amsyar, protes tidak mahu menjawab soalannya.
"Amsyar sayang, biar akak kamu makan dulu, dari tadi kita tanya soalan, kesian princess mama ni. Lagipun diorang nak keluar selepas ni, nanti lambat pulak. Kan Izzue?" mama menyelamatkan aku dari soalan Amsyar, nasib baik.fuhh
Izzue tak menjawab, hanya mengangguk dan membalas senyuman mama. Aku lega, tiada soalan yang muncul. Kami semua meneruskan sarapan pagi.Selesai makan tiba-tiba Izzue bersuara " Makcik, sedap masakan makcik. Terima kasih jemput saya sarapan bersama". Mama senyum lebar bila masakannya mendapat pujian.
"Sama-sama Izzue. Nanti janganlah segan-segan datang sini, boleh kita makan bersama lagi" mama mempelawa Izzue.
"In Shaa Allah, makcik" jawab Izzue bersama satu senyuman.
Aku membantu mama sebentar didapur sebelum keluar dengan Izzue. Mama sempat berpesan padaku pandai-pandailah menjaga diri bila keluar bersama lelaki, jaga tingkahlaku, jaga nama baik keluarga. Aku mengangguk semua pesanan mama. Mawar janji akan jaga diri.
Selepas bersalam dengan mama dan papa, aku dan Izzue melangkah keluar dari rumah. Aku hanya mengikuti belakang Izzue. Dia kemudian berhenti didepan pintu pagar, seperti menunggu sesuatu.
"Izzue, kita tunggu bas kat sana" kataku sambil menunjuk ke arah bustop di seberang jalan rumahku.
"Tak apa Mawar. Kita tunggu sini je. Haa dah sampai pun" Izzue melambai tangan ke arah sebuah kereta yang menghala ke arah kami berdua. Kereta tersebut berhenti betul-betul di depan aku dan Izzue. Izzue membuka pintu belakang kereta.
"Masuklah Mawar" Izzue memperlawa aku masuk ke dalam kereta. Melihat keengganan aku masuk, Izzue bersuara lagi "Ini driver mama saya. Hari ini mama tak keluar rumah, jadi saya pinjam driver mama jap". Izzue seolah-olah mengerti persoalan yang muncul dimindaku.
Aku masuk ke dalam kereta. Izzue menutup pintu. Dia masuk dari sebelah bertentangan dan duduk di sebelahku. Pakcik driver sempat memperkenalkan dirinya padaku. Peramah orangnya.
"Izzue, kita nak pergi mana?" tanyaku, inginkan kepastian kerana aku belum tahu agenda Izzue hari ini.
"Itu nanti Mawar akan tahu sendiri. Saya plan sesuatu yang istimewa hari ini. Special for you Mawar" kata Izzue sambil mengenyitkan matanya.
Special for me???? Apa pulak ni??
Thankyou for reading ;)
Jangan lupa vote dan komen yer. Komen-komen dari pembaca semua amat saya hargai. Buat saya rasa lebih bersemangat meneruskan cerita saya ini.Lov u all...muah banyak ciked