Bab 5 : 14 Februari

306 18 3
                                    

'Untuk Mawar Mewangi'

Kenapa Mawar Mewangi? Mungkinkah kerana namaku seperti nama bunga. Ataupun kerana lagu Akim Mewangi? Eh, apa pulak kaitannya lagu itu dengan nama aku? Aku memerhatikan sekeliling kelas ku. Siapakah yang memberi aku nota misteri ini? Mungkinkah Rayqal???? Hahaha mungkinkah aku yang syok sendiri sampai terfikir Rayqal yang memberikan nota misteri itu padaku? Perlukah aku call atau mesej nombor yang tertera pada kertas ini? Atau aku buat tak tahu je? Aku buntu apa yang harus aku lakukan.

"Haaaaa...i see something" sergah Esya dari belakang. Cepat-cepat aku menyimpan balik kertas tadi di dalam buku teks.

"Nothing..hehe" aku memandang Esya dan menghadiahkannya sekuntum senyum yang lebar.

"You owe me a story Mawar. Dont forget our plan this afternoon, as usual" kata Esya lalu beredar ke mejanya sebaik menyedari cikgu Yazit menghampiri kelas kami.

Kebiasaannya aku, Jasmin dan Esya akan berkumpul di Pustaka Negeri untuk study group. Oppss lupa pula, bukan kami bertiga je, termasuk tiga lagi rakan study kami iaitu Sufi, Ezad dan Rizal. Kami akan mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Selain itu, dapatlah Jasmin dan Esya meluangkan masa bersama buah hati pengarang jantung masing-masing. Masih teringat di ingatan aku bagaimana boleh terjadinya hubungan antara kedua pasangan kekasih ini.

********

Sewaktu di tingkatan empat, satu malam iaitu malam 14 Februari kami berenam pergi makan malam di sharing planet cafe. Kebiasaannya kami akan makan bersama selepas study group. Setelah makanan sampai, seperti biasa aku akan jadi orang pertama yang mencedok makanan. Dalam kesibukan aku mengunyah makanan, Sufi bersuara.

"Wahai member-memberku" sambil mengangkat tangan, "Ada sesuatu yang aku nak umumkan" Sufi tersenyum pada Jasmin. Kelihatan Jasmin tersenyum malu. "Eh, bukan aku tapi kami berdua" katanya lalu memegang bahu Ezad. Ezad tersenyum lalu berkata "Ya, kami berdua ada sesuatu nak di umumkan".

"Korang ni, direct to the point kan senang. Haa cepat bagitahu, apa yang nak di umumkan tu" aku pulak yang tak sabar hendak mendengar pengumuman dari mereka berdua.

"Baiklah" kata Sufi. "Mulai dari hari ini, aku dan Jasmin adalah couple" sambil memegang tangan Jasmin. "Ini untuk awak sayang" Sufi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Ada sebentuk cincin ditangannya. Sufi memberikan cincin itu kepada Jasmin. Wahhhh!!!! Jasmin dapat cincin couple. Bestnyer!!! Terlopong aku melihat Sufi menyarungkan cincin itu ke tangan Jasmin. How sweet.

Ezad pula mengambil langkah seterusnya. Dia berdiri dan menarik sesuatu di bawah meja. Ada sekuntum bunga ros berwarna merah jambu ditangannya.

"Esya, this is for u baby..to show how much i love you" Ezad memberikan bunga tersebut kepada Esya. Aku lihat ada seutas rantai tersangkut pada bunga ros tersebut. Ezad mengambil rantai tersebut dan memasangkannya pada leher Esya. Alamak!!! Sweet betul dua mamat sahabat karib aku ni. Seriously aku terkejut giler. Selama ini aku tak perasan pun ada bibit cinta antara mereka. I m happy for both of you!

"Wow, tahniah you all, I m so happy to see this. Congratulation !!! " aku bertepuk tangan. Rizal mengikut sama bertepuk tangan. Kemudian dia tersenyum padaku.

"Tahniah bro" ucap Rizal "Beruntung korang berdua ni, cinta berbalas". 'Cinta berbalas'??? Aku menunggu Rizal menyambung percakapannya. Harap Rizal tidak meluah perasaan disini "Aku ni cinta bertepuk sebelah tangan je, tak de bunyi..huhu" Rizal membuat aksi seperti menangis, kelihatan lucu. Aku faham maksud Rizal. Rizal pernah meluahkan rasa hatinya padaku. Maafkan aku Rizal, bagiku kau hanyalah kawan.Tak lebih dari itu.

"Ala..kau ni Rizal. Janganlah sedih, nanti kau jumpa jugak tangan sebelah yang akan bertepuk dengan kau"
aku sengaja berseloroh untuk meriuhkan kembali keadaan. Sufi dan Ezad ketawa mendengar kataku.

"Betul tu Rizal, aku doakan nanti terbukalah pintu hati tangan yang tak nak bertepuk dengan kau tu" kata Jasmin setelah lama terdiam.

"Betul tu. Aku sokong" Esya menyokong kata-kata Jasmin. Esya dan Jasmin tahu tentang luahan Rizal, namun aku minta mereka rahsiakan perkara ini. Aku tak nak Rizal malu.

"Jum sambung makan. Anyway congratulations again. Friends forever?" tanyaku sambil mengangkat gelas minumanku untuk membuat cheers.

"Friends forever" kami berenam mengangkat gelas. Kemudian ketawa bersama-sama. Maafkan aku Rizal, aku tak nak kau tersiksa sekiranya aku menerima kau menjadi kekasihku tanpa ada rasa cinta. I m sorry.

Nota CintaWhere stories live. Discover now