Aku, Jasmin, Rayqal dan Aliya menunggu di luar bilik guru. Aku memeluk erat lengan Jasmin, aku takut kalau Jasmin tetiba memukul Aliya disini sekiranya Aliya memaki aku. Nasib baik Aliya pun diam membisu je. Dia berdiri rapat di sebelah Rayqal, sesekali tangannya mencapai tangan Rayqal,namun tiada respon dari Rayqal, dia hanya membatu.
"Rayqal dan Mawar,masuk dalam sekarang" arah cikgu Ahmad. Aku melangkah meninggalkan Jasmin dan Aliya diluar. Aliya menjelingku tajam.
"Ok, Mawar dan Rayqal, cikgu nak tanya satu soalan. Kamu berdua ni pasangan kekasih ke?" tanya cikgu Ahmad.
"Tak, kami tak da apa-apa cikgu" aku menjawab. Rayqal hanya menundukkan kepala dan terus membisu.
"Jadi apa yang berlaku tadi?" cikgu Ahmad menyoal lagi.
"Cikgu, biar saya jelaskan" Rayqal mula bersuara lalu menjelaskan apa yang berlaku satu persatu. Tapi dia tak bagitahu yang dia pegang tangan aku,takkan nak mengaku depan cikgu Ahmad kan, tak semena-mena kahwin free nanti. Setelah puas hati mendengar penjelasan Rayqal, cikgu Ahmad menyuruh Rayqal memanggil Jasmin dan Aliya masuk.
"Ok,kamu berempat dengar sini. Untuk pengetahuan kamu, cikgu dah ada di depan kelas sebelum Rayqal jatuh tadi, cikgu tahu semua yang terjadi. Cikgu lihat dan dengar segala yang berlaku,cikgu sengaja biarkan Rayqal explain, nak pastikan kamu bercakap jujur ke tidak. Aliya, jangan sesuka hati menuduh, periksa dahulu sebelum menyerang. Jasmin, cikgu tahu kamu hanya hendak membela Mawar tapi di sekolah kekerasan bukanlah penyelesaian masalah. Oleh kerana kamu telah membuat kecoh didepan kelas tadi,kamu takkan terlepas dari hukuman. Cikgu nak kamu berempat membersihkan sekolah selepas habis waktu belajar selama seminggu. Cikgu akan agihkan tugasan kamu. Faham?" panjang kata-kata cikgu Ahmad. Akhirnya kami semua dihukum. Kami berempat hanya mengangguk.
"Rayqal, kamu budak baru di sekolah ini, harap kamu tak buat hal lagi" kata cikgu Ahmad sebelum menyuruh kami berempat pergi balik ke kelas. Aliya sempat menjeling ke arahku, dia memberikan isyarat sambil menunjuk ke arah matanya. Aku faham isyarat itu "i m watching you!".
Aliya kemudian melangkah laju meninggalkan kami bertiga yang masih berada didepan bilik guru."Rayqal, awak ok?Sorry tadi saya jatuh atas awak" aku berkata, pipiku mula merah, malu teringat peristiwa yang berlaku tadi.
"Saya ok Mawar, jangan risau. Saya kena kuat untuk awak" jawab Rayqal sambil senyum. Kata-kata Rayqal membuatkan hatiku berbunga-bunga.
"Mawar,jum balik kelas" ajak Jasmin. Aku mengangguk. Rayqal mengikut langkah aku dan Jasmin yang menuju ke arah kelas. Jasmin tiba-tiba berhenti tidak jauh daripada tandas pelajar.
"Mawar, jap ye. Aku nak ke toilet jap" kata Jasmin.
"Ok. Aku tunggu sini" jawabku. Aku melihat Rayqal tak berganjak, dia menghentikan langkahnya disitu juga.
"Rayqal, awak baliklah ke kelas dulu" kataku memberi cadangan.
"Tak pe. Saya temankan awak disini" kata Rayqal. Tiba-tiba Rayqal menarik tanganku. Jantungku berdegup pantas saat Rayqal menyentuh kedua tanganku. Rayqal meletakkan sesuatu di telapak tanganku.
"Tadi saya nak bagi awak ni, sebab tu saya pegang tangan awak" kata Rayqal meletakkan satu kertas berwarna pink yang terlipat elok. "Adam bagi kat saya suruh serahkan pada awak" jelas Rayqal.
Aku terdiam. Rayqal kenal Adam??? Siapa Adam ni?kenapa dia tak bagi sendiri?
"Rayqal, awak kenal Adam?" tanyaku.
"Ya, kenal sangat" jawab Rayqal sambil senyum. Serius aku mula suka melihat senyuman yang tak lekang di wajah Rayqal. Tiba-tiba Jasmin muncul dibelakangku.
"Jum beb, balik kelas. Sorry singgah toilet jap tadi. Jum Rayqal" Jasmin mengajak aku dan Rayqal balik ke kelas. Kertas pink yang Rayqal bagi tadi aku masukkan dalam poket baju kurungku. Di mindaku masih tertanya adakah Adam kawan Rayqal?? Atau jirannya??Atau saudaranya?? atau????