"Baiklah murid-murid. Kita dah sampai. Kamu semua dikehendaki mendaftar dulu di kaunter pendaftaran" ujar Cikgu Yazid sebelum semua pelajar dibenarkan turun dari bas. Esya dan Jasmin dah lama bersiap sedia untuk turun dari bas, bersemangat sungguh dua sahabat baikku ini.
"Mawar, nanti kita daftar sama ye" kata Rayqal sebaik sahaja kami berdua melangkah turun dari bas. Aku hanya mengangguk. Kemudian handphone Rayqal berbunyi. Rayqal mengeluarkan handphonenya. Aku sempat melihat nama gerangan yang menelefon, 'ALIYA'. Sempat pulak minah tu menelefon Rayqal, ponteng kelas ke si Aliya tu? Aku melihat jam ditangan. Patutlah Aliya call masa ni, waktu rehat rupanya. Aku mencebik. Rayqal yang masih berbual di telefon aku tinggalkan. Langkahku menuju ke arah Jasmin dan Esya.
Setelah semua pelajar mendaftar, kami dibenarkan berehat sebentar sebelum sesi bermula pada sebelah petang selepas makan tengahari. Kami bertiga ditempatkan dalam bilik yang sama. Nasib baik sebuah bilik dikongsi tiga orang. Sesampainya di bilik Esya dan Jasmin terus memilih katil mereka. Aku menuju ke arah katil dihujung sekali dan melepaskan beg ditepi katil.
"Mawar, tadi Rayqal bergayut dengan siapa?" tanya Jasmin, tangannya sibuk mengeluarkan barang dari dalam beg. Habislah aku, sesi penyiasatan telah bermula.
"Aliya" jawabku sepatah.
"Eh bagaimana kau tahu pulak?" Esya pulak bertanya, Esya melabuhkan punggungnya pada katil aku, katil yang tidak menjadi pilihan mereka berdua tadi.
"Sebab aku tak sengaja lihat nama kat skrin handphone Rayqal tadi"
"Tak sengaja ke sengaja?" tanya Esya lagi. Ada senyum nakal diwajahnya. Ada sahaja si Esya ni.
"Takkanlah sengaja pulak. Dah dia keluarkan handphone depan muka aku, memanglah aku 'terlihat'" jawabku.
"Jadi memang dah sah lah si Aliya tu kekasih Rayqal?" Jasmin bertanya lagi.
" Itu aku tak tahu. Aku tak ada pulak bertanya dengan Rayqal"
"Kau ni kan tak dapatlah jadi detektif. Kerja senang pun tak boleh buat" ujar Jasmin, Esya mengangguk. "Aku nak mandi dululah. Berpeluh dah ni" sambung Jasmin lagi, dia terus mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Jasmin ni memang pembersih tahap tertinggi. Berpeluh sedikit pun dia dah merungut.
*******
Aktiviti petang bermula dengan pembahagian kumpulan. Kami semua dibahagi kepada lapan kumpulan. Satu kumpulan ada lima orang. Kami di pilih melalui cabutan nama. Malangnya kami bertiga berpecah, tidak sama kumpulan. Dan secara kebetulannya aku dan Rayqal dalam satu kumpulan yang sama.
"Untunglah kau Mawar, sama kumpulan dengan partner kau tu" ujar Jasmin sebaik sahaja habis pembahagian kumpulan.
"Untung apa pulak, tiga orang lagi tu aku tak kenal pun" jawabku, tidak menyokong kata-kata Jasmin.
"Aku ni sorang pun aku tak kenal. Korang ok lah jugak. Mawar ada Rayqal. Jasmin pulak ada Maira dalam kumpulan yang sama" ujar Esya. "Tapi aku tak kisah, sebab boleh tambah kawan kannnn" ujar Esya sambil mengenyit mata pada Jasmin. Jasmin senyum, setuju dengan Esya. Kelihatan Rayqal sedang berlari anak ke arah kami bertiga.
" Girls...Jum kita duduk dalam kumpulan masing-masing. Sekejap lagi program kuiz matematik bermula" ujar Rayqal pada kami, sesi pertama dimulakan dengan kuiz matematik. Selepas itu akan ada sesi ceramah sebelum permainan diluar pada sebelah petang. Aku dan Rayqal berjalan seiringan menuju ke tempat duduk.
"Mawar, Rayqal nak tanya sesuatu boleh?" tanya Rayqal.
"Tanyalah. Rayqal nak tanya apa?"
"Kenapa Mawar lari dari Rayqal tadi?"
"Lari?Bila?" bila masa pulak aku lari dari dia ni, soalan jenis apa yang Rayqal tanyakan ni?
"Lari bila Rayqal jawab panggilan telefon waktu kita sampai tadi" terang Rayqal.
"Oh. Mawar bagi ruang untuk Rayqal bercakap dengan Aliya di telefon" jawabku selamba. Alamak! Kenapa aku bagitahu dia bercakap dengan Aliya pulak? Macammana nak cover lepas ni??
"Aliya? Macammana Mawar tahu Rayqal bercakap dengan Aliya?" tanya Rayqal, soalan yang sudah aku jangka akan keluar selepas jawapan aku tadi.
"Sebab...sebab Aliya kan kekasih Rayqal!" ujarku, agak beremosi, kenapa dengan aku ni?? 😑😑
"Mawar, Mawar cemburu ke?" soalan dari Rayqal. Dia menunggu jawapanku. Tiba-tiba aku melihat ke arah satu tanda yang sememangnya familiar. Akalku mendapat idea.
"Rayqal, awak pegi dulu. Saya nak ke tandas sekejap" ujarku sambil terus langkahku dilajukan semaksima yang mungkin, sebelum Rayqal sempat menahanku. Aku memboloskan diri di dalam tandas.
Beberapa minit di dalam tandas, aku hanya mengatur semula rambutku. Klip di rambutku di susun agar tampak lebih kemas. Aku keluar setelah aku pastikan aku dalam keadaan ok. Ketika sudah berada diluar aku disapa oleh seorang perempuan yang aku tidak kenali.
"Mawar..."
"Awak panggil saya ke? Awak ni siapa?" tanyaku, kurang pasti adakah orang yang dimaksudkannya adalah aku.
"Ye. Awaklah Mawar. Saya Nurul, dari 5 Sastera 1" jawab Nurul, memperkenalkan diri.
"Ok. Hai Nurul" ujarku, tanda perkenalan. Nurul tersenyum.
"Saya nak bagi ini kat awak" kata Nurul lalu menyerahkan sesuatu ditanganku. Sekeping kertas berwarna biru.
"Apa ni Nurul? Siapa yang bagi?" tanyaku, harap mendapat jawapan.
"Saya tak tahu siapa yang bagi. Nota ni saya jumpa atas beg saya tadi. Tak tahu siapa yang tinggalkan. Saya cuma baca nota yang tertulis kat atas tu, 'tolong serahkan pada Mawar 5Sc1'. Sebab tu saya cari Mawar " terang Nurul. Aku melihat ke arah kertas nota itu. Ini mesti kerja Adam. Tapi kenapa Adam tak muncul di depanku sendiri? Kenapa tinggalkan tanda tanya begini?
"Nurul, Mawar nak tanya sedikit. Nurul kenal Adam tak? Ada tak pelajar dalam kelas Nurul bernama Adam?" tanyaku. Alang-alang dah ada orang tempat bertanya.
"Adam? Hmm tak ada pulak pelajar bernama Adam didalam kelas Nurul" jawab Nurul.
"Oh. Tak apalah Nurul. Terima kasih" aku mengucapkan terima kasih pada Nurul.
"Kalau ada apa-apa, boleh je tanya dengan Nurul nanti. Selamat berkenalan Mawar. Nurul pergi dulu ye" ujar Nurul sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman. Aku menyambut huluran tangan Nurul. Nurul kemudian berlalu meninggalkan aku.
Adam? Mungkinkah Adam ada pergi ke sini juga? Kenapa hanya Nota yang dikirimkan? Bermacam persoalan timbul dimindaku.
"Hei Mawar! Kau ok ke?" Kelihatan Jasmin berlari anak ke arahku.
"Aku ok. Kenapa pulak tak ok?" tanyaku kembali. Hairan dengan soalan Jasmin tadi.
"Rayqal bagitahu aku tadi kau tergesa-gesa ke tandas, dia risau kalau sesuatu jadi dekat kau. Sebab tu dia minta aku cari kau kat sini. Sayang betul Rayqal dekat kau ni, tak boleh jauh dari mata sekejap" terang Jasmin, hujung kata-katanya agak pedas.
"Eh kau ni. Merepek pulak. Aliya tu nak letak mana pulak? Dahlah. Jum, nanti kita lambat pulak" aku menarik Jasmin sebelum dia menyambung lagi kata-katanya.
Stay tuned readers.....
Love u ol 😄😄