Bab 31 : Permintaan

198 14 11
                                    

Pagi Isnin itu hari sangat cerah. Aku berjalan menuju ke kelas. Aku turun awal ke sekolah hari ini. Tak nak terlewat seperti minggu yang lepas hingga menyebabkan tragedi dahiku bengkak.

Kelihatan Rizal di pintu pagar hadapan sekolah. Pengawas yang sangat berdedikasi Rizal ni. Sentiasa menjalankan tugas dengan baik sekali, tak rugi cikgu pilih Rizal sebagai pengawas.

"Hai Rizal. Selamat pagi" aku menyapa Rizal. Dia senyum padaku.

"Hai Mawar. Awal Mawar hari ni" jawab Rizal. Perasan jugak Rizal aku datang awal ke sekolah hari ini.

"A'ah. Mawar tak nak datang lewat macam minggu lepas. Penat tau berlari"

"Oh baguslah macamtu. Mawar, Rizal ada sesuatu nak tunjuk kat Mawar"

"Apa dia?"

Rizal mengambil handphone nya didalam poket seluar. Mentang-mentanglah dia pengawas, bawak handphone pulak ke sekolah. Rizal kemudiannya menekan butang on.

"Tengok ni" Rizal menunjuk skrin handphonenya padaku. Terkejut aku melihat gambar yang ada pada skrin handphone Rizal. Gambar yang aku hantar pada Rizal hari sabtu, gambar aku menggunakan baju yang Rizal hadiahkan.

"Comel betul Mawar dalam gambar ni, suka sangat Rizal tengok" kata Rizal lagi. Aku hanya mampu tersenyum. Mati kata-kata.

"Mawar, awak masih di hati saya"

"Rizal, kan saya dah bagitahu awak..."

"Saya tahu Mawar, tapi saya tetap nak tunggu awak" kata-kata Rizal buat aku gelisah.

"Rizal, saya masuk kelas dululah. Ada kerja saya nak buat. Bye Rizal" aku terus beredar meninggalkan Rizal. Aku tak tahu kenapa aku akan lari ketika luahan perasaan dilakukan. Baik Rizal mahupun Izzue.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Beg sekolah aku letakkan di atas kerusi. Ada beberapa orang pelajar telah sampai ke kelas tapi yang pastinya dua orang sahabatku belum sampai lagi, meja mereka berdua masih kosong. Aku memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba mataku terhenti pada sepasang anak mata yang sedang melihat ke arahku. Rayqal!!! Aku hanya senyum dan terus memandang ke tempat lain, malu hendak bertentangan mata dengannya. Rayqal bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah aku. Alamak! Baik aku tak payah sibuk-sibuk melihat sekeliling kelas tadi.

"Hai Mawar"

"Hai"

"Mawar sihat?"

"Sihat"

"Mawar, boleh Rayqal tanya sesuatu?"

"Bukan Rayqal sedang bertanya satu soalan ke?" Aku sengaja mengusik Rayqal, entah kenapa hatiku terasa ingin mengusiknya.

"Hehe. Ye tak ye jugak. Bila Mawar nak tunaikan permintaan Rayqal?"

"Permintaan?" Serius, aku tak faham apa yang Rayqal maksudkan.

"Ala..Bila Mawar nak ajar Rayqal bahasa Sarawak?"

"Oh, yang tu. Bila-bila masa pun boleh" itu rupanya permintaan Rayqal, aku hampir terlupa.

"Oleh kerana masa nak mula kelas masih lambat lagi, apa kata Mawar ajar Rayqal sekarang? Satu perkataan je ke"

"Ok. Mawar ajar yang paling asas dulu. Tapi sebelum tu Mawar nak tanya kenapa Rayqal nak belajar bahasa Sarawak?"

"Sebab saya dah terpikat dengan gadis Sarawak" jawab Rayqal. Pasti gadis yang dimaksudkan adalah Aliya. Beruntung Aliya.

"Oh, macam tu rupanya. Ok, saya ajar dua perkataan asas je dulu. Saya adalah kamek, awak adalah kitak" aku mengajar sambil menunjuk ke arah aku dan Rayqal.

"Ok. Kamek saya, Kitak awak" ulang Rayqal.

"Ya betul tu"

"Jadi kalau dalam ayat akan jadi macamni; saya sayang awak jadi kamek sayang kitak. Betul tak Mawar?"

"A'ah betul"

"Kamek sayang kitak Mawar"

Berderau darahku mendengar kata-kata Rayqal. Rayqal suka kat aku ke?? Aku bermimpi ke ni??

"Thank you Mawar sebab ajar dua perkataan hari ni. Esok ajar lagi tau. Jangan lupa" kata Rayqal sambil senyum. Sungguh aku tak tahan melihat senyumannya itu. Malunya aku kerana anggap kata-kata Rayqal tadi kenyataan pulak Tiba-tiba lengan Rayqal dipaut dari belakang.

"Morning sayang. Awal sampai hari ini?" Aliya bertanya pada Rayqal. Rayqal tidak menjawab. Aliya kemudian menoleh ke arahku.

"Hai Mawar. Morning" sapa Aliya sambil senyum menampakkan susunan giginya yang putih bersih. Nasib baik Aliya tak marah melihat Rayqal bercakap denganku.

"Morning" jawabku ringkas.

"Sayang, jum kita ke tempat duduk. Mawar, kami pergi dulu ya" Aliya menarik Rayqal ke tempat duduknya. Aku mengeluh, memang benarlah apa yang Aliya cakap hari tu, memang mereka pasangan kekasih. Tapi kenapa hati aku tak nak terima kenyataan itu? Kenapa aku tak gembira bila mengetahui mereka adalah couple?

Aku mengalihkan pandangan mataku ke tempat lain. Terasa sakit hati pulak melihat kemesraan mereka berdua. Aku mengeluarkan buku teks dari dalam beg dan meletakkannya di dalam laci meja. Ketika membuka laci aku melihat ada satu kertas yang berlipat. Mungkinkah itu nota dari Adam lagi????Berapa banyak nota yang dia nak bagi kat aku ni??Kenapa Adam tak nak jumpa aku face to face?

Aku mengambil kertas tersebut dan membukanya.

Selamat Pagi Mawar Mewangi.

Sudahkan Mawar senyum pagi ini?? Kalau belum, senyumlah. Senyuman Mawar penyeri hari-hari Adam. Salam sayang dari saya. Semoga hari ini sentiasa indah untuk Mawar.

X-last ; Adam

Secara automatik aku tersenyum membaca nota dari Adam. Hilang sedikit rasa sakit hati yang aku rasa sebentar tadi. Siapakah engkau wahai Adam?



****
Hola reader semua.. selamat tahun baru 2016. Semoga tahun baru ini lebih indah dan bermakna untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi membaca dan menyokong cerita Nota Cinta ini. Jangan lupa komen dan vote tau. In shaa Allah saya akan balas balik komen anda semua. Salam sayang dan salam tahun baru dari saya. Muaahhhh banyak ciked! Hehehe
----<@

Nota CintaWhere stories live. Discover now