Bab 8 : A Date

235 19 4
                                    

Kami terdiam seketika. Aku tak tahu macam mana nak mulakan bicara. Tiba-tiba aku teringat tentang balsem dan duit tadi.

"Eh, Izzue. Terlupa pulak. Ni balsem dan duit yang saya nak pulangkan tadi" kataku sambil menyerahkan balsem dan duit padanya. Izzue memegang tanganku lembut dan mengenggamnya bersama dengan balsem dan duit RM50.

"Mawar, balsem ni awak simpanlah ye.Tanda perkenalan kita.Kerana insiden itulah saya mengenali awak.Tak perlu pulangkan pada saya. Duit tu awak pakailah untuk beli apa yang awak suka" terang Izzue. Lucu pulak aku rasa bila Izzue menyatakan balsem itu sebagai tanda perkenalan. Pernah dibuat orang ke?hehehe

"Err..takpe lah Izzue. Janganlah macamtu. Saya rasa tak sedap hati pulak ambil duit awak ni. Takpe, balsem ni saya simpan tapi duit ni awak ambil lah balik" kataku memujuk Izzue mengambil balik duit itu.

"Takpe Mawar, saya ikhlas bagi duit tu pada awak" jawab Izzue lagi, masih menolak duit RM50 itu.

"Takpelah Izzue,awak ambillah balik duit ni" aku masih berusaha memulangkan duit Izzue.

"Baiklah, macam ni je, awak simpan duit tu dulu, nanti awak belanja saya makan, kita keluar boleh?" tanya Izzue.

Aku terdiam mendengar pertanyaan Izzue. Is that a date??? OMG!! Nak jawab apa ni.

"Macammana Mawar?.Kalau awak tak nak takpe, awak ambil jer duit tu ok" Izzue memberikanku senyumannya yang manis.

"Err...okay. Nanti saya belanja awak makan. Esok kat kantin sekolah" aku menetapkan tempat untuk membelanjanya makan dengan duitnya sendiri.huhu

"No, Mawar. Outside.Kita keluar ok. Hari sabtu ni. Hal transport awak tak payah risau. I'll pick u. Deal?" tanya Izzue.

"Hmm..baiklah Izzue. As long as saya boleh kembalikan duit ni pada awak" jawabku. Ya, aku akan rasa bersalah kalau ambil duit tu. Takpe lah cuma keluar makan je kan.

"Okay. Good" jawab Izzue. "Pinjam handphone jap, Mawar" pinta Izzue.

Aku menyerahkan handphone ditanganku tanpa banyak soal. Izzue menekan sesuatu di handphoneku. Kemudian menyerahkannya balik padaku.

"Saya dah save nombor handphone saya dalam contact phone awak. Senang kita nak keep in touch kan" katanya.

"Err..owh..okay" ringkas jawapanku.

"Lupa pula nak tanya, awak ni dah ada yang punya ke Mawar?" Izzue bertanya tentang status ku.

"Hmm..takde lagi. Takde siapa nak kat saya ni. Bukannya cantik pun" laju je mulut ku menjawab. Alamak, kenapa jawapan itu pulak yang keluar dari mulutku. Adui...

"Awak cantiklah Mawar. Ataupun awak ni yang memilih sangat" kata Izzue seolah mengetahui tentang diriku. Aku teringat Rizal. Aku bukan memilih tapi hati tak tersangkut pada Rizal walaupun dia sangat baik padaku. Aku tak nak Rizal kecewa nanti sekiranya aku menerimanya tanpa rasa cinta.

Handphone ku berbunyi. Papa mesej menyatakan dia telah sampai di parking kereta.

"Izzue, saya balik dulu ye.Papa saya dah sampai kat parking. Bye Izzue" kataku sambil melangkah "Thank you sebab temankan saya sekejap".

"Its okay dear. My pleasure" jawab Izzue turut melambaikan tangan. Aku meninggalkan Izzue dan bergerak pantas menuju ke parking kereta papa. Tiba-tiba handphoneku berbunyi tanda whatapp masuk.

'Take care Mawar :) '

Whatapp daripada 'My Izzue'. Pelik betul nama yang Izzue save kan dalam handphone ku tadi. Aku tertawa kecil.hihi Aku meneruskan langkahku, handphone ku simpan ke dalam poket seluar sebab aku tak tahu nak balas apa. Kelihatan papa sedang menungguku dalam kereta. Aku terus memboloskan diriku ke dalam kereta papa.

***sory bab ni pendek sikit.Hehehe
Idea tak mencurah sangat. Tunggukan update next ye, teruskan membaca. Tq untuk yang sudi membaca dan vote.

Rayqal membuatkan jantung Mawar berdegup kencang namun Izzue berani memulakan langkah pertama? Rizal pulak macammana? Sanggupkah Rizal melihat Mawar bersama orang lain????hehehe
Saya pun tak tahu nak cakap apa.blurrrr..hihi

Lov u ol.keep vote n comment.tqvm

Nota CintaWhere stories live. Discover now