Bab 15 : Insiden

223 18 36
                                    

Aku melihat sekeliling, mencari bayang seseorang yang aku pun tak tahu bagaimana fizikalnya. Tapi aku teruskan pencarian, semua orang yang lalu di situ aku perhatikan. Hari ini aku dah siap-siap sarapan di rumah. Aku sengaja tak mahu mengikut Jasmin dan Esya sarapan di kantin, aku kena teruskan misi ku mencari 'Adam'. Tiba-tiba ada seseorang menarik kerusi dan duduk di tepi mejaku. Aku terkejut.

"Mawar, awak marah saya ke?" tanya Rayqal.

"Eh...err...kenapa pulak saya nak marah?awak tak buat salah apa-apapun kat saya" jawabku hampir gagap. Takkan aku nak jawab ya aku marah tengok kau mesra sangat dengan Aliya, sakit mata dan hati aku tau, walaupun itu hakikatnya.

"Awak macam marah dengan saya je, semalam awak tak balas mesej saya, hari ini pulak awak tak senyum pun bila saya senyum dengan awak tadi. Saya mintak maaf kalau saya menyakiti hati awak" kata Rayqal, jelas di wajahnya terlukis kesedihan. Eh, bila pulak dia senyum kat aku pagi ni?Mungkin tadi kot ketika aku dalam proses memerhatikan orang sekeliling.

"Rayqal, sorry saya tak perasan awak senyum dengan saya tadi, kalau tak takkanlah saya tak balas" aku senyum pada Rayqal. "Malam tadi saya busy sikit, sorry ye" sambungku lagi. Mataku bertembung dengan mata Rayqal, jantungku berdegup pantas. Namun aku cuba berlagak cool , tak mahu menunjukkan yang aku suka padanya. Rayqal membalas senyumanku.

"Takpe, sorry ganggu awak semalam, saya tak tahu awak busy. Malam nanti awak free tak? " tanya Rayqal.

"Kalau macamtu malam nanti kita chat ye. Saya rindu kalau tak mesej awak" kata Rayqal. Aku terkesima dengan kata-katanya. Rindu??

"Kita kan hari-hari jumpa kat sekolah, takkanlah rindu kut" aku menduga. Tiba-tiba Rayqal memegang tanganku.

"Hari-hari saya rindu awak walaupun kita dah berjumpa" terasa kehangatan tangan Rayqal membuatkan hatiku bergetar. Kau buat apa ni Rayqal, please jangan buat aku macamni. Aku terus berdiri dan menyentak tanganku dari Rayqal bila menyedari ada mata yang memerhatikan kami. Perbuatanku menyebabkan Rayqal yang dari tadi duduk menjongket kerusi hampir terjatuh. Tindakan reflek Rayqal pula adalah menarik apa sahaja yang dapat digapai tangannya untuk mengimbangi diri, tetapi Rayqal dengan tidak sengaja tertarik baju aku dan aku yang tadi berdiri sama-sama terjatuh dek tarikan tangannya yang kuat. Bedebukkkkkk!!!!

Aku jatuh betul-betul dalam pelukan Rayqal, Rayqal pulak jatuh dekat lantai. Pasti sakit Rayqal kerana sudahlah jatuh, ditimpa beban pulak iaitu aku. Kerusi yang Rayqal duduk tadi sudah patah kakinya.

"Awak tak apa-apa ke Mawar?" tanya Rayqal padaku.

"Saya tak apa-apa" jawabku, bingkas bangun dari pelukan Rayqal. Tiba-tiba lengan kananku ditarik kuat. Siapa pulak ni? Sakit tau!!!

"Hey perempuan!!!! Kau kacau boyfriend aku kenapa hah???" tengking Aliya, dia masih menggenggam kuat lenganku. Tangan kanannya di angkat tinggi bersedia untuk menampar pipiku. Aku memejamkan mata kerana aku tahu sekejap lagi tangan itu akan sampai dipipiku. Namun tiada apa yang berlaku.

"Jangan kau berani nak tampar Mawar, kalau tidak kau yang akan merasa tamparan aku" tempelak Jasmin sambil tangannya menahan tangan Aliya yang hendak menampar aku tadi. Nasib baik Jasmin dan Esya sampai tepat pada waktunya. Aliya menarik tangannya dari tangan Jasmin. Esya membantuku untuk berdiri. Tiba-tiba...

"Rayqal, Mawar, Aliya dan Jasmin, jumpa saya kat pejabat sekarang jugak, berani kamu membuat kecoh ketika guru belum sampai ke kelas, tengok tu sampai patah kerusi!!!!" lontaran keras suara cikgu Ahmad yang sudah terpacak di depan pintu, tangannya menunjuk ke arah kerusi yang Rayqal duduk tadi. Cikgu Ahmad nampak sangat marah. Pelajar yang menyaksikan kejadian yang berlaku sebentar tadi semua bergegas kembali ke tempat duduk masing-masing.

Nota CintaWhere stories live. Discover now