Bab 38 : Terbongkar

226 10 55
                                    

"Beb, aku ke tandas dulu ye" ujarku pada Esya dan Jasmin, namun tiada respon. Entah dengar ke tidak apa yang aku katakan. Tanpa menunggu respon, aku meneruskan langkah kaki ku ke tandas.

Hari ini adalah hari kedua untuk aktiviti diluar. Esok kami akan pulang ke rumah masing-masing. Baru sekejap tadi kami semua bersukan di pantai. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka dan bola tampar pantai. Ternyata hari kami disini dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

Aku mencari kelibat Jasmin dan Esya setelah selesai ke tandas. Namun tidak kelihatan bayang mereka berdua. Entah kemana pergi mereka berdua.

'Baru ke tandas sebentar dah hilang diorang ni,sengaja betul nak tinggalkan aku. Cepat betul korang hilang, macam chipmore, sekejap ada sekejap tiada!' rungutku dalam hati. Mungkin Esya dan Jasmin telah balik ke bilik kami untuk membersihkan diri selepas bersukan tadi. Langkahku diteruskan menuju ke arah bilik.

Dari jauh mataku melihat bayangan seseorang yang aku kenali dan aku mula mengubah langkahku ke arah insan tersebut. Siapa lagi kalau bukan si Rayqal. Aku menghampirinya secara senyap-senyap. Niat dihati untuk mengejutkannya. Nak jugak tengok muka Rayqal yang cute tu terkejut.hehehe

"Rayqal!!" sergahku dari belakang. Ternyata Rayqal terkejut sehingga buku dan pen ditangannya terjatuh. Rupa-rupanya Rayqal sedang menulis sesuatu di dalam buku tersebut, terasa bersalah pulak aku membuatnya sebegitu tadi. Aku menolong Rayqal mengutip semula buku dan pennya yang terjatuh. Tapi ada satu benda yang menarik perhatianku. Ada kertas berwarna biru muda yang terkeluar separuh didalam buku tersebut. Seperti pernah ku lihat kertas biru itu. Aku menarik kertas tersebut perlahan-lahan. Aku tergamam.

"Mawar...Rayqal...Rayqal boleh explain" Rayqal mula bangun dari duduknya tadi. Rayqal nampak sangat gelisah. Tangannya mula memegang bahuku. Aku masih tergamam, sekarang aku pulak yang terkejut. Kertas yang ditarikku tadi adalah nota, nota yang biasanya si misteri Adam yang hantar padaku.

"Apa semua ni Rayqal?" aku mula bertanya. Kenapa Rayqal buat aku macam ni? Kenapa Rayqal mempermainkan aku? Kenapa Rayqal menyamar menjadi Adam? Untuk apa? Dan kenapa???

"Sebenarnya....Rayqal tidak berniat pun hendak mempermainkan Mawar....Rayqal cuma....." ujar Rayqal, wajahnya ditundukkan, kata-katanya terhenti.

"Habis tu, kenapa Rayqal buat Mawar macamni? Kenapa permainkan Mawar?! Apa dosa Mawar pada Rayqal???" suaraku sedikit meninggi. Emosi mula menguasai diri. Sungguh aku tidak menyangka rupa-rupanya Rayqal yang menyamar menjadi Adam selama ini.

"Sebenarnya....sebenarnya Rayqal sukakan Mawar. Dari mula pertemuan kita di sekolah. Tapi Rayqal nak mewujudkan satu memori indah untuk Mawar, sesuatu yang lain dari yang lain" ujarnya lagi, kali ini dengan luahan perasaan dari hatinya.

"Memori indah? Dengan menipu Mawar?" bidasku. Aku ternyata bukan diriku kini. Bukan Mawar lemah lembut yang dikenali. Aku rasa dipermainkan.

"Rayqal mintak maaf banyak-banyak Mawar. Rayqal tahu Mawar akan benci Rayqal selepas ini. Tapi Rayqal memang berhasrat untuk berterus terang ketika lawatan ini Mawar" ujar Rayqal, suaranya makin mengendur. Raut wajahnya jelas  dengan penuh kesalan. Tangannya dibahuku aku singkirkan. Airmataku tiba-tiba deras mengalir. Terasa diri ini dijadikan seperti bahan uji kaji.

"Mawar benci penipu!!" ujarku pada Rayqal sebelum berlari meninggalkan Rayqal yang terpinga-pinga dengan tindakan agresifku. Aku berlari tanpa arah tujuan. Tanganku masih kemas mengenggam kertas biru muda yang ditulis Rayqal tadi.

Langkahku diberhentikan pada satu kerusi rehat yang digunakan pelancong untuk menikmati permandangan laut. Aku melabuhkankan punggungku pada kerusi itu. Aku mengesat air mataku yang mengalir tadi. Aku menarik nafas panjang, melepaskan segala keluhan.

Aku melihat semula kertas biru muda yang masih pada genggaman tanganku. Tadi aku hanya melihat namun mindaku tidak membaca.

Assalamualaikum Mawar Mewangi,

Pertama sekali Adam ingin meminta maaf pada Mawar. Adam rasa inilah masa yang terbaik untuk Adam berterus terang dengan Mawar. Adam bukanlah dari kelas sebelah. Adam adalah orang yang paling Mawar kenali. Adam adalah kawan Rayqal. Adam adalah RAYQAL.

Untuk pengetahuan Mawar, 'Adam' adalah nama panggilan yang diberikan mama dan papa sejak Rayqal kecil lagi kerana Rayqal adalah satu-satunya anak lelaki mereka. Pasti Mawar merasa pelik kan kenapa nama sebenar Rayqal tiada langsung perkataan 'adam'. Mama yang mula-mula memanggil Rayqal 'Adam' ketika masih bayi, dan akhirnya mereka berdua dah terbiasa memanggil Rayqal 'Adam'. Namun panggilan itu turut lenyap bila mereka tiada lagi. Rindu sungguh Rayqal pada mama dan papa. Al-Fatihah.

Maafkan Rayqal andai Mawar rasa tertipu. Tiada niat di hati Rayqal untuk membohongi Mawar. Rayqal telah jatuh hati pada Mawar sejak hari pertama kita berjumpa di sekolah. Terdetik rasa dihati Rayqal untuk mengenali Mawar dengan lebih dekat. Namun ingin Rayqal selitkan memori indah buat Mawar iaitu Nota Cinta. Mungkin ini akan menjadi bahan bualan kita di hari tua nanti andai ada jodoh antara kita Mawar.

Sekali lagi Rayqal memohon kemaafan dari Mawar. Andai ini peluang terakhir Rayqal untuk menjadi kawan Mawar, Rayqal mengambil risiko atas apa yang Rayqal lakukan. Rayqal rasa tidak sedap hati jika tidak berterus terang dengan Mawar. Rayqal tidak mahu Mawar tertanya-tanya siapakah Adam yang sebenar. Rayqal hendak Mawar tahu satu perkara sahaja; Rayqal sayangkan Mawar.

Mawar, untuk pengetahuan Mawar, Aliya bukanlah kekasih Rayqal. Aliya cuma kawan Rayqal sahaja, kami tiada hubungan istimewa. Rayqal mungkin rapat dengan Aliya tapi hati Rayqal tidak terpikat padanya. Hati Rayqal sudah tertarik pada Mawar. Rayqal suka tengok Mawar cemburu ketika Aliya menelefon Rayqal hari tu, comel sangat. Rayqal rasa Mawar turut berkongsi perasaan yang sama. Mungkinkah Rayqal mempunyai peluang untuk memiliki hati Mawar? Rayqal harapkan ada kesempatan untuk Rayqal bertakhta dihati Mawar. Maafkan Rayqal sekali lagi Mawar. Rayqal benar-benar ikhlas sayangkan Mawar.

Adam @ Rayqal

Aku mengeluh panjang. Mindaku memproses semua isi yang terdapat didalam nota biru muda itu. Nota itu menerangkan segalanya. Sekarang, apa yang harus aku lakukan???

Kepada pembaca semua, maaf sebab cerita ini telah tertangguh selama sebulan lebih. Saya sangat busy dengan kerja dan exam.hehe maaf ye..

Cerita ni dah nak jumpa penamatnya. Saya rasa sangat happy untuk tamatkan cerita kedua saya ni..hehe so dah tahu siapa adam?dapat teka tak ending dia macam mana??hehehe

Lov u ol..see u again in the last chapter of this story..see yaa..

Xoxo E

Nota CintaWhere stories live. Discover now