"Sesiapa yang terpilih semalam untuk lawatan ke Lundu-Sematan, sila hantar borang kebenaran ibubapa kepada saya" ujar Cikgu Yazid ketika sesi pengajaran subjek Biologinya selesai. Aku mengambil borang yang ku letakkan didalam buku latihanku di dalam beg. Kesemua pelajar yang terpilih mendapat kebenaran dari ibu bapa mereka.
"Ok. Jadi semua pelajar yang terpilih dapat pergi ke lawatan tersebut. Untuk pengetahuan semua ini adalah lawatan terakhir yang sekolah bagi untuk pelajar tingkatan lima. Selepas ini kita akan lebih fokus terhadap SPM yang bakal tiba hujung tahun nanti" murid-murid menjadi kecoh mendengar pengumuman dari Cikgu Yazid. Mana tak kecoh, majoriti dari pelajar didalam kelas tidak mendapat keistimewaan untuk pergi ke lawatan tahun ini. Aku bersyukur kerana terpilih.
"Hari Isnin minggu depan kita akan berkumpul di perkarangan tempat letak kereta sekolah sebelum bertolak. Jumaat ini ada taklimat sedikit akan diberikan pada sebelah petang. Saya akan umumkan lagi dari semasa ke semasa" ujar Cikgu Yazid sebelum berlalu meninggalkan kelas.
Jasmin dan Esya menghampiri mejaku. Oleh kerana Cikgu Yazid keluar awal lima belas minit dari masa kelasnya, jadi kami sekelas juga ada masa lima belas minit untuk berehat sebelum Cikgu Laila masuk untuk mengajar subjek Kimia.
"Mawar, kau dah stanby baju tak?" tanya Jasmin.
"Baju? Untuk apa?" Soalku semula, tidak faham dengan soalan Jasmin.
"Baju untuk pergi lawatanlah" terang Jasmin.
"Ish, awal betul stanby. Pergi lawatan kan minggu depan. Ahad nantilah baru aku packing baju" jawabku. Kenapa pulaklah awal sangat Jasmin ni mengemas baju, teruja lebih ni.
"Mana ada awal. Aku dah ready dah. Esya pun dah. Kau tu je yang lambat" kata Jasmin, Esya mengangguk mengiyakan kata-kata Jasmin. Eh,aku pulak ke yang lambat? Esya pun dah siap packing?? Memang orang nak pergi lawatan minggu depan kena siapkan packing minggu ni ke?? Pening kepalaku dibuat mereka berdua ni.
"Kau tu lambatlah Mawar. Kita ni harus sedia payung awal sebelum hujan. Kau tu dah basah nanti baru sibuk cari payung" kata Esya. Memang ni masa kau nak kenakan aku ke Esya oi??
"Korang ni ada-ada je lah. Wey, aku tak sabar pergi lawatan dengan korang!" kataku sambil memegang tangan mereka berdua. Serius aku excited dengan program macam ni. Esya dan Jasmin turut senyum. Mereka lagilah tak sabar kalau sekarang ni pun dah siap packing barang. Hehe
"Tapi aku akan lebih seronok kalau Ezad pergi sekali" ujar Esya sambil menayangkan muka sedihnya.
"Aku pun sama, best lagi kalau Sufi ikut jugak" Jasmin memeluk bahu Esya.
"Tak payah tayang muka sedih kat aku. Bagilah pulak aku masa dengan korang, ni asyik berkepit dengan kekasih hati je" kataku pada mereka berdua.
"Dah namanya kekasih hati, sebab tu lah asyik berkepit sebab dekat sangat dengan hati. Huhu I'll miss you Ezad" kata Esya. Ish, budak ni memang sah jiwang karat!
Jasmin menarik Esya ke tempat duduk ketika dia perasankan kelibat Cikgu Laila menghampiri kelas kami.
"Jangan lupa petang ni jumpa di Pustaka Negeri. Rizal bagitahu aku pagi tadi dia tak dapat join petang ni, ada hal sikit" pesan Jasmin sebelum berlalu meninggalkanku. Cikgu Laila masuk ke kelas, semua pelajar berdiri memberi salam. Sesi pembelajaran subjek Kimia bermula.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Aku melihat jam. Sudah pukul dua petang. Kenapa asyik aku jer yang datang awal ke Pustaka ni? Aku sorang je ke yang menepati waktu??
Lima minit kemudian aku melihat kelibat Jasmin dan Esya. Seperti biasa ada Sufi dan Ezad mengiringi langkah mereka berdua. Jasmin melambai tangan kepadaku dari jauh.
"Awal kau Mawar?" tanya Jasmin. Eh, aku yang awal ke korang yang lambat?
"Aku datang tepat pukul dua. Awal ke tu? Korang ni yang lambat" aku merungut.
"Lima minit je lah lambatnye Mawar mewangi oi" kata Ezad. Kemudian kami sama-sama gelak. Tapi ada sesuatu yang memusykilkan kepala otak aku. Bagaimana pulak Ezad tahu aku dipanggil Mawar Mewangi?? Itu kan panggilan yang di beri Adam? Takkanlah Ezad kenal Adam tapi tak nak bagitahu aku? Pelbagai kemungkinan yang aku fikirkan.
"Jum,kita masuk ke dalam" ajak Esya.
"Jap, kita tunggu Izzue dan Rayqal dulu" kata Sufi. Ye tak ye jugak, hampir terlupa dengan ahli kumpulan study yang baru.
"Haa...tu pun Rayqal" kata Esya menuding jari telunjuknya ke arah belakangku.
Rayqal berlari ke arah kami.
"Sorry semua saya lambat" kata Rayqal tercungap-cungap selepas berlari.
"Takpe, Izzue mana?" tanya Sufi.
"Izzue tak dapat join kita sebab dia kena temankan ayah dia pergi ke satu tempat" terang Rayqal.
"Oh. Macamtu. Oklah.jum kita masuk" ajak Sufi. Kami semua mengikut dari belakang. Rayqal melajukan langkah dan berjalan seiringan denganku.
"Hai Mawar" sapa Rayqal.
"Err hai" aku tetiba mengangkat tangan pada Rayqal, tindakan spontan bila mengatakan hai tadi.
"Mawar dah makan?"
"Dah. Rayqal pulak?" tanyaku semula. Berbalas soalan pulak kami berdua.
"Dah jugak. Mawar, saya tak sabar tau" kata Rayqal sambil senyum.
"Tak sabar untuk apa?"
"Tak sabar nak pergi lawatan bersama awak!"
*maafkan saya kerana lambat update. Sungguh kekangan masa menyebabkan saya tidak punya peluang menaip di wattpad. Terima kasih pada yg sudi membaca dan menyokong cerita ini. Saya akan cuba update lagi secepat mungkin. Usaha tangga kejayaan kan !
Semangat utk diri sendiri.. heheKeep reading, dont forget vote n comment..i ll reply as soon as possible.
Jemput jenguk karya sahabat2 saya ;
jasMineMj
EshaMeralda
ZurahmyWilson
shazaellda
Diarihatiku
MakJemah