"Mawar, happy birthday ya" sapaan dari Rayqal mengejutkan aku yang sedang menyimpan botol air sejuk ke dalam peti ais.
"Thank you Rayqal" aku senyum padanya. Kenapa pulak Rayqal datang ke dapur ni, yang lain semua seronok makan, bercerita dan bergelak ketawa di ruang tamu. Mungkin dia haus nak air sejuk kut.
"Rayqal nak air ke?" tanyaku, sebelum aku menutup pintu peti ais ni.
"Eh, takde lah. Saja je jumpa Mawar kat sini. Rayqal nak bagi ni kat Mawar" Rayqal menghulurkan satu kotak kecil padaku.
"Buat susah-susah je Rayqal. Awak dah celebrate birthday saya ni pun saya dah berterima kasih sangat" kataku.
"Ambillah Mawar, saya ikhlas" akhirnya kotak itu bertukar tangan. Mataku melihat kotak kecil itu, otak ligat memikirkan apa benda di dalam kotak tersebut.
"Uiiii..sempat dating kat sini korang ye" kata Ezad yang entah muncul dari mana,aku tak perasan pulak kedatangan dia. Terkejut betul aku, Ezad ni macam hollowman pulak dah.haha (Cakap dalam hati je, kalau Esya tahu aku cakap macamni, confirm kena cubitan berbisa.hahaha)
"Mana ada dating. Aku pegi simpan air sejuk lah. Kau ni ada-ada je kan" kataku membela diri,memang kami tak dating pun. Aku menyimpan kotak kecil pemberian Rayqal tadi ke dalam poket baju kurung sekolahku sebelum Ezad nampak Rayqal ada beri hadiah padaku. Rayqal hanya senyum pada Ezad. Aku berjalan meninggalkan Rayqal dan Ezad di dapur. Langkah ku ditujukan ke ruang tamu yang riuh dengan gelak ketawa. Jasmin dan Esya duduk di sofa manakala Izzue, Sufi dan Rizal serta adik-beradikku masih di meja makan. Mama dan papa tak pula kelihatan, mungkin kat beranda rumah kut. Aku menghampiri Jasmin dan Esya.
"Mawar sini jum. Kita borak-borak" ajak Jasmin, aku menuruti, duduk di sofa sebelah Jasmin.
"Korang cerita pasal apa tadi?Aku dengar dari dapur korang gelak bukan main lagi " tanyaku memulakan bicara.
"Cerita pasal apa lagi Mawar, insiden yang berlaku pagi tadilah. Rasa rugi pulak tangan ni tak sampai ke muka Aliya tu tadi" kata Jasmin dengan nada geram, tangannya di angkat ke atas, kemudian dia ketawa "lucu pulak aku tengok muka dia yang ketakutan bila aku muncul kat situ.hahaha tau pulak takut".
"Betul tu. Aku saksi tengok wajah dia pagi tadi. Lucu betul tapi Aliya tu memang nak jadikan kau tu musuhlah Mawar" Esya pulak berkata, dia memandangku. Aku hanya senyum tanpa apa-apa bicara.
"Takpelah. Kali ini dia terlepas. Kalau lain kali dia buat kau macamtu lagi. Aku takkan lepaskan dia" kata Jasmin,matanya membulat memandangku.
"Ish. Takpelah beb. Tadi kejadian tu berlaku secara tak sengaja. Salah aku jugak kut sebab jatuh kat Rayqal, Aliya kata Rayqal tu kekasih dia, sebab tu dia cemburu" aku cuba memahami keadaan.
"Mana boleh macam tu Mawar. Dia kena siasatlah dulu apa yang berlaku sebelum kasi terjah kau macam tu je" ujar Esya sambil menggelengkan kepalanya. "Tapi betul ke Aliya dan Rayqal tu couple? Kau ada tanya Rayqal tak Mawar?" tanya Esya. Aku gelengkan kepala.
"Ok. Takpe. Nanti kita siasat hal tu. A new mission!!!" kata Jasmin. Bertambahlah mission dia nanti.
"Tapi Rayqal tak pulak menafikan apa yang Aliya cakap. Mungkin benar kut" teka ku.
"Tak mustahil jugak dia tak nak sakitkan hati Aliya, sebab tu dia tak cakap apa-apa sedangkan diorang takde apa-apa" kata Esya, menolak tekaan ku tadi.
"Dah dah. Nanti kita siasat hal Aliya ni. Kita simpan dulu misi 'Aliya' ni. Diorang dah on the way ke sini" Jasmin memberi warning sebelum ada yang terlepas cakap nanti.
"Hai girls and my sayang, busy nampak. Ada apa-apa yang best ke nak share?" tanya Sufi memandang Jasmin, punggungnya dilabuhkan disebelah Jasmin.
"Takde yang menarik pun, hal perempuan jer, lelaki tak yah sibuk ye sayang" ujar Jasmin, dia mengenyitkan mata padaku dan Esya. Aku senyum, Esya pulak mengenyitkan semula mata pada Jasmin.
"Owh macamtu ye" Sufi mengangguk tanda faham, perempuan kan susah difahami, masalah perempuan baik lelaki tak payah campur, kalau tak boleh jadi perang dunia ketiga, itu yang ada difikiran Sufi sekarang. Ezad mengambil tempat duduk di tepi buah hatinya Esya, lama mereka bertentangan mata sebentar, bukti kasih dan cinta yang lahir dari hati yang ikhlas. Dari mana datangnya sayang kalau tak turun dari mata ke hati. Rayqal, Izzue, Rizal, Asyraf dan Amsyar turut mengambil tempat diruang tamu itu. Ada yang duduk di sofa, ada yang duduk dilantai.
"Jum kita main game " kata Amsyar, yang lain bersorak tanda setuju. Amsyar mengeluarkan kotak scrabble nya. Kami semua mengambil bahagian untuk bermain. Papa dan mama yang datang dari luar rumah turut pergi ke ruang tamu, namun mereka duduk di sofa yang bersebelahan dengan kami iaitu ruang tamu kedua rumahku. Mereka berdua hanya menonton astro sambil memerhatikan gelagat kami. Tiba-tiba handphone ku yang berada didalam poket baju berbunyi. Aku menyeluk poket bajuku dan terus membuka handphone untuk melihat siapa yang menghantar mesej.
'Jangan lupa temu janji kita esok'
Mesej daripada Izzue. Aku memandang ke arah Izzue, dia senyum padaku. Rupanya Izzue memang dari tadi memerhatikanku.