"Ish, dah janji jumpa sini pukul 2, lambat pulak diorang ni" gumam aku sendirian di dalam Pustaka Negeri. Aku menunggu sambil duduk di tangga kaca yang ada kat situ.
Aku capai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Jasmin. Lama aku tunggu tak berjawab. Mana pulak perginya Jasmin ni. Mungkin telefon bimbitnya di dalam handbag kut. Aku membuat andaian sendiri. Aku beralih pulak mencari nombor Esya di dalam senarai contact handphone ku. Terus aku tekan dail bila terjumpa nama 'Esya Natasya'.
"Hello, Mawar. Kami on the way ni. Kau tunggu kejap ye, 5 minit lagi sampai" belum sempat aku bersuara Esya dah memberikan jawapan pada soalanku.
"Lambat betul korang ni. Nasib baik aku tak merajuk,kalau tak tadi dah aku blah" kataku separuh merajuk.
"Ala kau ni, janganlah merajuk,nanti cepat tua. Takpe,aku bawakkan orang untuk pujuk kau k" jawab Esya. Aku dengar dari corong handphone ku ada suara bertanya 'siapa tu' pada Esya. Terasa suara itu asing bagiku, bukan suara Ezad atau Sufi, mahupun Rizal. Talian terus dimatikan. 'Esya ni pun satu hal, orang belum habis cakap lagi dah putuskan talian' rungut hatiku.
Selang beberapa minit, Esya dan Jasmin pun sampai, diiringi Ezad dan Sufi. Tetapi..... OMG!!!! Di belakang Ezad ada dua orang lagi makhluk Allah yang ku kenal. Rayqal dan Izzue!!!! Macammana pulak dia orang boleh ikut bersama pergi group study ni. Wahhhh...apa pulak perancangan Jasmin dan Esya yang aku tak tahu ni!
"Mana dia orang yang nak merajuk tadi?" Ezad berkata setelah mereka sampai didepanku.
"Siapa yang merajuk tu???" Aku sengaja berdalih. Gila siot nak mengaku merajuk kat sini lebih-lebih lagi depan Rayqal dan Izzue. Ezad menggelengkan kepalanya.
"So, tak ada masalah kan disini. Mawar, aku kenalkan dua ahli tambahan untuk study group kita, Izzue dan Rayqal" Sufi memperkenalkan mereka padaku. "Kalau kau masih merajuk lagi Mawar, kau pilihlah salah satu dari diorang ni pujuk kau,haha..Rizal pun boleh pujuk kau" kata Sufi lagi.
Aku hanya tersenyum tanpa kata. Malas mahu melayan karenah Ezad dan Sufi. Jasmin mengajak kami semua masuk ke dalam dan mencari meja untuk study group tapi aku pasti hari ini tak akan ada study, pasti sesi perkenalan dengan ahli baru. Hahaha macam formal je kan, nasib baiklah tak ada yuran pendaftaran. Setelah dapat meja, sesi perkenalan pun bermula, round table.
Sufi : Baiklah semua. Jum kita berkenalan dengan Rayqal dan Izzue lebih mendalam lagi. Sebelum tu saya perkenalkan diri dulu. I' m Sufian Haqim. Just call me Sufi.
Ezad : Aku Ezad Ezwan. Anak jati Sarawak. Panggil aku bro Ezad..hehe
Jasmin : Turn aku pulak..Ehem ehem..nama saya Jasmin..Itu je nama saya, pendekkan?? Panggil je Jasmin.
Esya : Saya Esya Natasya. Just call me Esya. Sama dengan Ezad, anak jati Sarawak. (Sambil mengenyitkan mata pada Ezad. Sweet couple ni..aisehmen..cemburu pulak rasa hati)
Aku : Mawar.
Ringkas jer jawapan ku..haha lantaklah..
Izzue : Mawar je?
Aku : Mawar Qaishara
Rayqal : Cantik nama macam orangnya jugak.
OMG!!! Rayqal, kau berikan aku sinar harapan. Aku rasa seperti terbang di udara.haha
Aku : Awak berdua ni memang kenal antara satu sama lain ke?
Rayqal : Saya dan Izzue ni cousin. Dia ni anak pakcik saya. Bila pakcik pindah ke sini, kami pun berpindah sama. Izzue kelas 5 Sains 2, sama dengan Ezad dan Sufi. Saya pulak sama kelas dengan kamu bertiga.
Panjang lebar penerangan dari Rayqal. Rupanya mereka tu sepupu. Patutlah mereka makan bersama di kantin hari itu.
**Sorry semua saya lambat update. Busy dengan kursus dua hari ini. But today my last day kursus so saya akan update lagi nanti. InsyaAllah.
Lov u ol..jgn lupa vote n komen.tqvm