Kakiku melangkah menuju ke arah kereta. Aku memeriksa telefon bimbitku, mana tahu ada mesej penting yang masuk. Ada satu. Mesej yang sangat penting. Setelah membalas mesej itu aku menyimpan handphoneku ke dalam beg semula. Akhirnya aku sampai di tempat letak keretaku.
Aku melihat jam ditangan. Menghampiri pukul lima setengah. Aku harus cepat, tidak mahu terlewat. Tapi ada satu benda yang aku lihat membuatkan aku tergamam sebentar.Ada kertas dari buku nota diletakkan didepan cermin keretaku. Aku tersenyum dan mengambil kertas tersebut. Setelah membaca apa yang tertulis pada kertas itu aku terus masuk ke dalam kereta.
Lupa pulak nak bagitahu. Aku kini seorang cikgu, cikgu sekolah menengah. Kertas tadi adalah dari anak muridku. Entah kenapa aku menjadi perhatian mereka. Mungkin kerana saizku yang agak kecil menyebabkan mereka menganggap aku bukan cikgu mereka. Siap ada yang bagi nota cinta. Biasalah budak-budakkan? Tapi hairan jugak strategi zaman aku bersekolah dulu masih digunakan sekarang?Peredaran masa tidak mengubah semua benda..hehehe 😆😆😆
Enjin kereta aku hidupkan. Beberapa minit kemudian aku memandu laju keretaku menuju ke destinasi. Ketika dalam perjalanan handphoneku berdering. Aku menekan icon jawab call yang ada pada skrin keretaku, handphoneku telahku sambungkan pada skrin kereta.
"Assalamualaikum sayang" kedengaran suara yang amat kurindui memberi salam.
"Waalaikummussalam abang" jawabku, gembira rasa dihati mendengar suara insan yang dicintai.
"Tak sabarnya abang nak jumpa sayang" katanya lagi, meluah apa yang terbuku dihati.
"Sayang pun sama. Kita jumpa sekejap lagi ya" balasku, senyuman mekar dibibir.
"Ok sayang. Nanti abang call lagi. Love you so much honey"
"Love you too abang" talian dimatikan. Kereta terus ku pandu laju menuju ke destinasi. Hati sudah berbunga-bunga.
Pasti korang tertanya-tanya apa yang berlaku pada sahabat-sahabatku kan?Nanti aku ceritakan satu persatu. Bawak bersabar ye 😄😄
Waktu indah disekolah hanya sementara. Semuanya pasti berlalu dan pergi. Namun tidak pernah sekali dilupakan. Aku teringat kata-kata seorang cikgu sewaktu aku masih di tingkatan tiga.
'Kamu takkan dapat balik tingkatan tiga ni tahun depan, jadi manfaatkanlah masa yang ada. Jangan menyesal di kemudian hari. Hargailah setiap hari kamu disekolah yang akan kamu rindui nanti'
Masih aku ingati sampai sekarang. Ya, memang benar. Masa yang dah berlalu takkan kita mampu ulangi, hanya dapat dirasai sekali seumur hidup. Dan aku rindukan zaman persekolahanku. Rindu sekolah, cikgu dan kawan-kawan.
Jasmin dan Esya, dua sahabat baikku dunia dan akhirat kini telah berjaya dalam hidup mereka. Masing-masing dengan kejayaan kerjaya yang diraih. Cinta mereka?? Sudah semestinya menjadi impian yang terlaksana. Keduanya mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan. Jasmin kini tinggal di Singapura kerana Sufi bekerja disana dan mereka dikurniakan seorang anak kecil yang bernama Sofea. Esya pula mengikut Ezad yang bekerja di Sabah. Mereka pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lepas. Mereka berdua bersama menerajui sebuah syarikat milik keluarga Ezad. Esya menjadi personal assistant Ezad. Lebih baik isteri sendiri jadi PA kan? Dapat setiap detik bersama. Bijak betul Esya membuat pilihan, suami menjadi keutamaan 😊. Alhamdulillah kedua-dua sahabatku bahagia dengan pilihan hidup masing-masing. Kami masih sentiasa berhubung walaupun jarak memisahkan kami bertiga. Sekarangkan zaman teknologi, jarak bukan lagi satu penghalang untuk meneruskan hubungan.
Sebut tentang bahagia, ada seorang lagi insan yang sangat ku kenali mencapai kebahagiaan dunia. Aku bersyukur sangat kerana Allah pertemukan jodoh mereka. Rizal si pengawas akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan hatinya. Nak tahu siapa? Seseorang yang aku tak pernah jangka akan menjadi pilihan Rizal iaitu Aliya. Aliya sangat kecewa bila cintanya ditolak Rayqal suatu ketika dulu. Namun, tiada siapa boleh menolak jodoh yang telah tertulis. Kekecewaannya diganti dengan hadirnya cinta lain yang lebih bersinar. Mereka menjalin hubungan cinta sepanjang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi. Dua tahun selepas tamat belajar mereka melangsungkan perkahwinan. Aku gembira kerana Aliya tidak memusuhiku. Aliya telah dapat menerima keadaan sebenar. Benarlah kata orang, usia mendewasakan kita. Aku tidak menyalahkan Aliya atas apa yang berlaku dulu.
Aku telah sampai ke destinasi. Pintu kereta ku buka dan aku mula melangkah masuk ke dalam tempat destinasiku. Dari jauh aku melihat seseorang berlari ke arahku.
"Mama! mama!"
Aku segera mengambil dan memeluknya. Pelukanku dibalas erat. Itulah Adam. Adam Rizqi, anakku. Aku mengucapkan terima kasih pada penjaga yang menjaga Adam ketika aku bekerja.
"Adam, jum kita ambil papa di lapangan terbang" ujarku, Adam seseolah memahami. Aku tersenyum melihat ragam anakku. Kereta ku pandu menuju ke lapangan terbang.
Adam Rizqi adalah anugerah dari Allah hasil perkahwinanku dengan Mohd Rayqal. Apa yang berlaku semasa kursus ketika di zaman persekolahan kami memang mengganggu hubungan kawan antara kami berdua. Aku keliru antara untuk memaafkan Rayqal atau tidak. Entah kenapa aku merasakan seperti aku dipermainkan oleh Rayqal. Namun Rayqal tidak berputus asa. Keikhlasannya untuk mendapatkan cintaku selama bertahun-tahun membuatkan hatiku terbuka untuk menerimanya. Akhirnya setelah aku menerima cinta Rayqal dalam hidupku, Rayqal terus menyuntingku menjadi suri dihatinya. Tidak sampai sebulan perhubungan kami terus bertunang dan berkahwin dalam masa tiga bulan seterusnya.
Izzue? Izzue seorang yang sangat baik. Aku akui Izzue ada daya penarik untuk membuatkan perempuan jatuh hati padanya. Aku hampir menerima Izzue untuk melupakan Rayqal, namun nasib baik aku tidak melakukannya. Kalau tak, aku pasti rasa bersalah kerana melukakan hati Izzue. Perasaanku pada Rayqal mengatasi perasaanku terhadap Izzue,aku hanya menganggap Izzue seperti sahabat, tidak lebih dari itu. Izzue tetap menjadi sahabatku sampai bila-bila. Dia pernah memberitahuku dia redha dengan ketentuan Ilahi, dan biarlah insan yang dicintainya mengecapi bahagia walau bukan bersamanya. Maafkan aku Izzue.
Akhirnya aku sampai di lapangan terbang. Aku terus mengendong Adam dan membawanya masuk ke dalam. Kelihatan Rayqal sudah menunggu ketibaan kami berdua. Adam berlari mendapatkan Rayqal apabila aku lepaskannya dari gendonganku. Rayqal mengambil Adam kemudian memeluk dan mencium Rayqal. Tangan Rayqal ku ambil dan ku kucup tanda kasihku padanya sebaik aku sampai dihadapannya. Rayqal memeluk bahuku sambil mengendong Adam.
Rayqal mengambil tanganku dan meletakkan sesuatu pada genggaman tanganku. Sekeping sticky note. Aku mengerutkan dahi dan kemudiannya tersenyum. Aku membuka kertas ditanganku.
I love you so much Mawar
Inilah Rayqal, penuh dengan nota cintanya. Kenangan yang akan sentiasa menjadi yang terindah dan terbaik dalam hidupku, Nota Cinta.
Alhamdulillah akhirnya Nota Cinta menemui penamatnya. Tamatlah sudah karya kedua saya. Maaf sebab update untuk cerita ni ada lambat sedikit. Temui saya lagi di 'Istanbul & Cinta?'
Terima kasih buat semua pembaca yang sudi membaca cerita ni dari mula hingga ke akhir.Lov u ol
Xoxo E