Selesai makan, aku membantu mama mencuci pinggan mangkuk yang sudah dipakai. Selepas semua kerja siap, mama menghadiahkan ciuman padaku sambil berkata "thank you bantu mama sayang mama". Aku membalas ciuman mama.
"Mawar masuk bilik dulu ya mama, nak ulangkaji pelajaran sedikit" kataku, mama mengangguk sambil senyum padaku.
Melangkah ke atas menuju ke bilikku aku melihat Abang Asyraf dan Amsyar berdiri di depan bilikku, seseolah menunggu ketibaanku.
"Akak, betul ke Izzue tu kawan akak je?kenapa dia temankan akak pulak tadi, lain macam jer" Amsyar memulakan bicara. Owh, sebab ni korang lepak kat depan pintu bilik aku ye. Sibuk betul dua orang ni, mengalahkan Mak Jemah di radio Era tu.
"Betullah.Akak nak bagitahu macammana lagi. Kebetulan dia tunggu kawan dia ambil jugak,sebab tu temankan akak. Dah, dah.Akak nak ulangkaji pelajaran ni, selamat malam adikku dan abangku sayang..haha" kataku separuh menghalau reporter dua orang ni yang nak kumpul cerita untuk dimasukkan ke akhbar esok barangkali.
"Ulangkaji ke mesej dengan 'my Izzue'?Hehehe Selamat malam princess" kata Abang Asyraf sambil langkahnya laju menuju ke pintu biliknya dan Amsyar, takut kena cubit aku lah tu, awal dia lari, tau takut. Amsyar pun berlari mengejar Abang Asyraf yang dah berada di depan pintu bilik mereka berdua.
"Tapi akak..." Amsyar menyambung bicaranya.
"Tapi apa pulak ni syar?" Aku menjengukkan mukaku keluar semula setelah melangkah masuk ke bilikku.
"Syar lebih suka pada Abang Rizal, dia baik, macam sesuai jer dengan akak.hehe " jawab Amsyar lalu menutup pintu biliknya.Ish, ke situ pulak budak Amsyar ni.Aku menggelengkan kepala. Amsyar memang rapat dengan Rizal. Mungkin sebab Rizal suka budak-budak kot, sebab tu Amsyar selesa bila bersama Rizal. Pandai-pandai jer si Amsyar ni carikan jodoh untuk aku, ingat aku ni dalam rancangan Perfect Match yang aku dan mama suka tengok setiap hari ahad tu ke.hahaha
Aku menutup pintu bilikku. Tanganku mencapai buku matematik, ada soalan ulangkaji yang aku perlu selesaikan. Setelah setengah jam memerah otak menyelesaikan soalan matematik, akhirnya tugasan ku siap.Aku menyimpan semula buku di dalam beg sekolahku.
Aku mencapai handphone di dalam poket baju tidurku. Sambil berbaring aku membuka whatapps yang Izzue hantar tadi.
'Awak dah sampai rumah kan? Saya rasa awak tengah dinner sekarang ni. Sorry ganggu, juz a little bit miss u.hehe'
Tau pulak Izzue aku tengah dinner tadi ye. Kebetulan jer tu kot. Selain dari mesej daripada Izzue, ada banyak juga mesej yang masuk ke dalam group friends. Berbual sakan diorang ni. Aku sengaja mute kan whatapps group tu, sebab group ni tersangatlah aktif. Nanti handphone aku asyik berbunyi pulak.
Sufi added 019+++++++
Sufi added My Izzue
Tanganku laju menyimpan nombor yang di added Sufi selain dari nombor Izzue. Aku pasti itulah nombor Rayqal. Seronoknya aku..hehehe Aku terus teringat nota yang aku dapat dalam buku teks pagi tadi. Mungkinkah itu nombor Rayqal???
Pantas aku mengambil nota di dalam buku teks di atas meja belajarku. Ku perhatikan nombor Rayqal yang dimasukkan Sufi ke dalam whatapps dengan nombor yang tertulis di atas nota adalah nombor yang berbeza. Alamak, siapa pulak empunya nombor didalam nota tu. Aku menyimpan kembali nota tersebut ke dalam buku teks. Tak nak take action tentang nombor misteri tu dulu. Nanti-nantilah, fikirku dalam hati. Aku kembali membaca whatapps.
Sufi : Welcome to our group, Rayqal n Izzue. We can share anything here. :)
Rayqal : Thanks add sufi
My Izzue : Ya, tq sufi
Sufi : Most welcome. Small matter.
Ezad : Wei, korang dah siap ke latihan matematik?
Esya : Tengah buat ni. Awak tu lah Ezad, kacau saya buat latihan ni. Xboleh fokus tau.
Ezad : Apa salahnya syg..bagi inspirasi sikit.hehe
Rizal : wey, nak jiwang2, chat personal le..
Ezad : :p
Sufi : kau ni Rizal sensitif sangat. Cari makwe la wey
Ezad : btol tu.dapat jiwang2 mcm aku jugak.
Esya : ish, janganlah gaduh korang ni. Kesian Rizal, dia belum dapat cinta hati lagi.korang kena la bagi semangat kat dia.
My Izzue : Rizal, aku ada kawan, kau nak kenal tak?
Rayqal : kau tu Izzue. Tau lah kau tu ada banyak 'spare part'..hehehe
My Izzue : qal, janganlah cakap macam tu kat sini. Jatuh air muka aku..hahaha
Sampai disitu jer mesej mereka. 'Spare part' ? Apa maksud Rayqal tu??? Aku menggaru kepala yang tak gatal. Lantaklah, tak de kaitan dengan aku. Aku terus menaip, nak bagitahu mereka yang aku dah siapkan latihan matematik yang Cikgu Tansi bagi tadi. Sudah menjadi kebiasaan Cikgu Tansi untuk memberikan latihan yang sama untuk setiap kelas.
Mawar : Aku dah siap dah latihan matematik tu..hehehe
Aku tengok di atas whatapps tu, Rayqal is typing.... OMG!!! Berdebar-debar pulak menunggu apa yang ditaip Rayqal. Apa agaknye erk?? Aku bertanya pada diri sendiri.
Rayqal : Wahh..bestnye Mawar dah siap latihan Matematik. Nanti bolehlah awak ajar saya ye Mawar?
Mawar : Eh, saya ni taklah pandai sangat Rayqal, biasa-biasa je. Kalau sikit-sikit tu bolehlah. hehehe
Rayqal : Yang sikit-sikit tu lah yang saya nak awak ajar saya. :)
Mawar : OIC...okay Rayqal.
My Izzue : Saya nak jugak. Saya ikut sekali ye Mawar?
Rayqal : Eleh kau ni Zue, ada aku adalah kau tu. Macam tak boleh berpisah pulak.hahaha
My Izzue : Hihihihi
Rayqal : Dah macam Digi pulak "Buddies takkan terpisah" ..hahaha
My Izzue : memang takkan terpisah bro.
Aku dah mati idea. Entah nak balas apa. Biarlah dua orang ni. Nanti gila pulak aku kalau terus melayan mereka ni.hahaha Member yang lain tak pulak membalas mesej mereka ni. Mungkin tengah busy buat latihan matematik. Handphone ku letakkan ke tepi.Tiba-tiba ia berbunyi tanda whatapps masuk. Aku mengambil handphone dengan malas dan terus membuka.
'Hai Mawar. Rayqal ni. Borak jum' aku memandang skrin handphone ku tanpa berkedip. Rayqal mesej aku!!!!