Bab 11 : Sesi Perkenalan

211 19 25
                                    

R : Hai Mawar, Rayqal ni. Borak jum.

Mataku masih tertumpu pada whatapps yang Rayqal hantar. Otakku tiba-tiba jadi beku.

R : Awak dah tidur ke Mawar?

Masuk lagi satu mesej daripada Rayqal. Mungkin kerana dia tengah menunggu balasan dari aku. Aku cepat-cepat menaip membalas mesej Rayqal.

M :Takdelah Rayqal. Saya belum tidur lagi.

R : Saya ganggu Mawar ke?

M : Taklah Rayqal. Tak ganggu pun.

Sumpah tak ganggu Rayqal. Tak pernah pun engkau menganggu hidupku.Hehehe

R : Saya tak sempat lagi nak berkenalan dengan awak Mawar.

M : Kan kita dah berkenalan di sekolah. Awak pun share buku dengan saya hari tu kan, tu tak kira kita dah berkenalan ke?

R : Maksud saya dengan lebih mendalam lagi. Boleh kan Mawar?

M : Boleh Rayqal.hehehe Apa yang Rayqal nak tahu?

R : Saya nak tahu semua tentang awak. Saya nak mengenali diri awak Mawar.

Opsss..Apa yang dia nak tahu tentang aku erk?? Ayat Si Rayqal ni benar-benar buat hatiku luluh. Rayqal please, you make me melting. Aku dah seperti aiskrim paddlepop pelangi yang mula mencair sedikit demi sedikit.hehe

M : Macammana nak mula ni, saya blur.hehe Rayqal ada contoh tak?

Aku meminta pandangan Rayqal. Sebenarnya aku blur. Serius aku tak tahu nak mula macammana.

R : Ok. Saya mulakan ye. Nama saya Rayqal Haniq bin Mustaqim. Ok awak pulak Mawar?

Lucu betul si Rayqal ni, sedikit tu jer pengenalannya. Simple betul. Aku menaip lagi.

M : Saya Mawar Qaishara binti Fahrin.

Terus ku tekan button send. Huhuhu Terasa seperti formal pulak.

R : Saya dah tak de ibu dan ayah. Mereka meninggal dalam kemalangan ketika saya berusia dua tahun. Saya membesar dengan abang ayah saya, iaitu Pakcik Mustapha, ayah Izzue.

M : Sorry to hear that Rayqal. Giliran saya pulak ye ;)

R : Takpe Mawar. Its okay. Saya tak apa-apa, awak tak payah risau ye sweetie

Sweetie???? Hampir sahaja handphone terlepas dari tanganku kerana terkejut membaca mesej Rayqal. Adakah aku tak bertepuk sebelah tangan???? Bermacam- macam persoalan timbul.

M : Saya tinggal di Taman Sukma dengan papa, mama, abang dan adik saya.

R : Bestnyer. Lengkap satu family. Ceritalah lagi Mawar.

M : Papa bekerja sebagai akauntan, mama pulak ada butik sendiri. Abang saya namanya Asyraf Qayyum dan adik saya Amsyar Qhalid. Saya seorang je perempuan dalam adik beradik saya. Abang Asyraf sekarang ni menuntut ilmu di UITM, Amsyar pulak masih sekolah rendah, Darjah lima.

R : Wahh..bolehlah saya berkenalan dengan mereka nanti.

M : Boleh, apa salahnya. Mama dan papa saya kenal semua dengan kawan-kawan saya..kadang-kadang kami buat study group kat rumah saya.

R : Itu lagi seronok. Nanti saya nak join sekali lah Mawar.hehehe

M : Hehe ok Rayqal.

R : Mawar, awak suka apa?

M : Suka apa?saya tak faham.

R : Maksud saya apa yang awak gemari. Tak kira lah dari segi apa-apa pun.

Hehehe Aku rasa macam isi biodata pulak. Siap Rayqal tanya apa yang aku suka.

M : Saya suka baca novel. Dalam bilik saya ni ada satu rak untuk saya letakkan novel. Saya start suka membaca sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi buku pilihan saya adalah novel.

R : Mesti awak ni romantic kan orangnya.

M : haha..taklah..saya ni boyfren pun takde, tak tahulah romantic ke tidak.

Oppsss..aku dah tertekan send. Kenapa pulak aku taip macam tu...kenapa???? Malunya aku mengaku takde boyfren pulak sedangkan Rayqal tak tanya pun. Alamak big mistake!!!!

R : Iyeke tak de boyfren? Takkanlah orang macam mawar ni tak de boyfren.

M : ya..memang takde. Saya tak pernah ada boyfren.

R : Kenapa takde?

Alamak...!! Nak jawab apa ni. Aku buntu. Pandanganku di alihkan pada jam di dinding. Hampir pukul 10 malam. Dah tiba masa untuk aku tidur ni, kalau tak esok mesti aku akan mengantok.

R : Mawar?

M : Sory Rayqal. Tadi saya pergi toilet jap (aku buat tipu sunat..huhu sorry Rayqal). Awak, saya ngantok lah. Nanti kita mesej lagi ye, see you tomorrow

R : Okay sweetie. Gud nite. Sweet dream Mawar ;)

Aku meletakkab handphone di atas meja sisi katilku. Bibirku masih mengukir senyum, masih tak percaya Rayqal mesej ku. Lebih-lebih lagi memanggil sweetie. Terasa indahnya dunia.. Inikah cinta???

Nota CintaWhere stories live. Discover now