Bab 26 : Celebration

195 14 61
                                    

"Sorry Izzue saya tarik awak tadi" aku minta maaf, tindakan luar kawal ku tadi melampau sedikit. Ish aku ni sesuka hati pulak pegang tangan Izzue. Tapi nasib baik Izzue yang aku tarik, bukan budak kecil sebelah tu, kalau tak mesti parent budak tu risau.haha

"Takpe. Saya suka" jawab Izzue. Eh suka pulak dia ni. Kang tarik tangan sampai terseliuh baru tahu.hehe tak mungkin aku sampai hati buat macam tu.

"Seronoknya saya tengok awak happy" kata Izzue sambil senyum. Izzue merenungku.

"Terima kasih Izzue" aku membalas senyuman Izzue.

"There's something more for you today Mawar" kata Izzue lagi. Bila aku bertanya menggunakan bahasa isyarat, Izzue hanya senyum. Gila senyum ke apa mamat ni.

"Awak haus tak?nak air tak Mawar?"tanya Izzue.

"Err tak pe. Saya ok" aku menolak. Tak lah haus sangat. Rasa sedikit tu adalah.hehehe

Tiba-tiba datang seorang pelayan membawa segelas air ice lemon tea. Gila besar gelas air tu, mahu kembung perut kalau minum sekaligus. Izzue membayar sejumlah wang untuk air tersebut. Aku hanya melihat air yang sangat banyak itu.

"Minum lah Mawar. Untuk awak" kata Izzue.

"Nanti saya tak habis minum kan membazir, banyak ni" kataku. Izzue senyum dan menolak gelas besar tu padaku, kemudian dia terus mengambil bola bowling, turn Izzue pulak melontar.

"Tak habis tak pe. Minumlah" sempat Izzue menjawab sebelum melakukan lontaran.

Aku memegang gelas besar yang berisi air ice lemon tea itu. Aku sedut perlahan airnya menggunakan straw yang ada disitu. Rasa segar bila kesejukan air ais masuk ke dalam badanku. Memang sedap air itu. Tapi banyak sangat. Mesti mahal ni.

"Sedap tak?" tanya Izzue. Aku mengangguk. "Giliran awak Mawar" ujar Izzue. Aku bangun untuk mengambil bola bowling. Aku melontar, tidak dapat jatuhkan semua namun tidak menjamah longkang, kira ok lah tu kan.hehe

Aku lihat Izzue minum air ice lemon tea yang telah diminumku tadi. Alamak, Izzue tanpa ragu-ragu guna straw yang aku pakai tadi. Macammana ni? Patut ke aku tanya atau biarkan je? Aku tanyalah, tak menjadi persoalan di mindaku.

"Izzue, straw tu tadi saya dah pakai, tak pe ke?" tanyaku, merasa bersalah pulak, baik aku tak payah minum air tu tadi.

"Takpe. Saya memang nak share air ni dengan Mawar. Lagipun kalau tak habis kan membazir" kata Izzue. Eh, macam kata-kataku tadi je. Takpelah kalau tak kisah, memang niat nak share rupanya. Kalau Izzue ni boyfren aku mesti dia ni romantik orangnya, aku bukan girlfren dia pun dia dah romantik. Eh apa yang aku cakapkan ni. Terlebih-lebih pulak. Ish melalut pulak. Go back to reality Mawar.

"Jum kita habiskan game ni, lepas ni kita pergi ke satu tempat lain pulak" katanya.

"Pergi mana?" terpacul terus soalan itu dimulutku. Aura sikap ingin tahu Jasmin masuk dalam diriku saat ini.

"Kedai" jawab Izzue. Ada jawapan! Tapi jawapan tu macam tak lengkap je. Kedai je?Kedai apa? Dah agak dah dia tak nak bagitahu aku punya.

Kami menghabiskan game bowling tersebut. Markah Izzue hampir mencecah 200, aku pulak sekadar 65. huhu oklah tu, sekurang-kurangnya atas 50. Kalau exam dah lepas dari gagal tu. Bangga sekejap.Haha

Kami keluar dari tempat bowling. Kelihatan driver mama Izzue dah tunggu kami kat luar. Aku dan Izzue masuk ke dalam kereta hingga kami sampai di sebuah 'kedai'.

"Ok. Second chapter : Lunch + Celebration. Jum Mawar" kami berhenti di depan kedai kek secret recipe. Aku mengikut langkah Izzue masuk ke dalam kedai tersebut.

Kami di sapa mesra oleh pekerja di kedai tersebut. Izzue bertanya aku nak makan apa, aku sebenarnya tak tahu nak makan apa, jadi aku bagi mandat pada Izzue untuk memilih makanan untukku. Dia memesan spageti untuk kami berdua. Air aku pilih sendiri, strawberry yogurt. I love yogurt!

Ketika menunggu makanan tiba, Izzue meminta diri untuk ke tandas. Aku benarkan. Takkan aku tak bagi kut, nanti terkencing kat sini pulak tak ke jadi satu masalah besar. Aku mengambil handphone ku yang berada di dalam poket seluarku. Ada satu mesej masuk. Dari Rizal.

Mawar, awak dah buka hadiah dari saya? Awak suka tak hadiah saya tu?

Aku membuka kamera pada handphone dan terus mengambil gambar selfie. Tanganku ku letakkan di tepi pipi dengan tanda peace, sebelah mata ku kecilkan sedikit, lagak gaya artis korea gwiyomi.haha snap! Aku sengaja ambil sampai paras badanku, biar nampak sweater yang ku pakai. Gambar tersebut aku hantar kepada Rizal.

Tengok ni, saya dah pakai pun baju awak ni? Cute tak?? Hehehe terima kasih banyak-banyak Rizal untuk hadiah ni. Saya suka sangat.

Tak sampai seminit Rizal membalas mesejku.

Woww..cantiknya awak Mawar. Cute betul. Cair saya tengok tau. Saya simpan gambar ni. Terima kasih Mawar. Awak cantik sangat.

Ish Rizal ni, puji aku lebih-lebih pulak. Aku bagi gambar tu nak tunjuk kat dia yang aku dah pakai baju yang dia bagi. Lain pulak yang menjadi perhatiannya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi lagu Happy Birthday dari Katy Perry dimainkan. Izzue keluar dengan seorang pekerja yang sedang memegang sebiji kek. Izzue menggunakan topeng seperti mask of zorro dan ada sekuntum bunga ros merah di bibirnya. Lucu betul aku tengok Izzue macamtu. Dia menghampiri aku sambil melutut. Semua orang memerhatikan kami. Malunya aku!!! Buat hal pulak Izzue ni. Bunga di bibirnya di ambil dan di serahkan padaku.

"Selamat Hari Jadi Mawar"

"Err...terima kasih Izzue. Bangunlah, semua orang tengok sini" aku memegang bahu Izzue, menyuruh Izzue bangun sambil memerhatikan orang sekeliling. Ada yang senyum melihat kami, ada pulak yang sampai ternganga, nasib baik lalat tak masuk mulut. Bunga ros tadi ku letakkan di atas meja.

Izzue duduk di hadapanku. Pekerja yang membawa kek tadi meletakkan kek di atas meja. Kek Strawberry Vanilla. Tahu-tahu pulak Izzue ni yang aku suka vanilla. Hehe kebetulan je kot. Kemudian datang lagi seorang pekerja membawa spagethi dan air minuman.

"Izzue, kenapa awak celebrate lagi birthday saya? Semalam kan sudah" tanyaku. Kesian Izzue, banyak pulak duit dia habis hari ini.

"Semalam tu sharing, hari ini dari saya seorang khas untuk Mawar" kata Izzue. Dia memotong kek strawberry didepanku. Kemudian mengambil sehiris potongan tadi.

"Mawar, nah. Buka mulut saya suapkan" Izzue menghulurkan sepotong kek di depan wajahku. Nak tak nak terpaksa buka mulut dan makan sedikit kek tu. Wow sedapp!!!
Comot je tepi mulutku terkena aising. Izzue menggunakan satu tangannya lagi untuk membersihkan mulutku yang terkena aising tadi. Alamak! Izzue ni buat jantung ku berdegup laju pulak.

"Comel lah Mawar ni. Makan kek pun comot" katanya bersama gelak kecil. "Makanlah lagi, kek ni kalau tak habis Mawar bawa balik ye. Jum sambung makan, kita ada destinasi lagi nak pergi selepas ini" ujar Izzue, kek yang aku makan separuh tadi terus di makan Izzue sampai habis. Share lagi! Huhuhu

"Izzue, kenapa awak buat semua ni?" soalku. Nak tahu kenapa dia buat semua ni untuk aku.

"Sebab SAYA SUKA AWAK"

Hmmm..izzue dah luahkan perasaan. Begitu jugak rizal. So korang nak pilih siapa??? Rayqal pulak macammana? Adam? Perlukah diketepikan????

Thanks semua yg sudi baca cerita ni. Saya ni bukanlah penulis novel, saya hanya pembaca setia novel je. Sudi-sudikanlah komen yer. Komen anda semua pembakar semangat saya untuk terus menulis. Rasa seronok bila ada notification masuk nanti..hehehe luv u ol

Dont forget to vote n comment :)
See u ol on nex chapter, our next destination with Izzue (^-^)
@>----

Nota CintaWhere stories live. Discover now