Bab 25 : Game

189 11 28
                                    

"Izzue, cakaplah kita nak ke mana?" aku berusaha sedaya upaya mendesak supaya Izzue bagitahu aku ke mana arah tuju kami hari ini.

"Nanti Mawar tahulah. Semuanya untuk Mawar" Izzue tidak menjawab soalanku. Susah betul nak desak dia ni, mati-mati Izzue tak nak bagitahu. Haruskah aku mengalah sekarang dan ikut je? Hmmm No! Aku nak cuba lagi.

"Ala Izzue. Bagitahu je. Mawar janji Mawar ikut je mana Izzue nak pergi" aku memujuk lagi. Izzue hanya senyum. Usaha masih tidak menjadi. Tiba-tiba kereta diberhentikan.

"Ok. Kita dah sampai. Chapter One : Game - Having Fun" kata Izzue, dah macam bagi kata kunci kat dalam super spontan pulak Izzue ni. Aku keluar dari kereta. Seperti tadi Izzue yang tolong membukakan pintu kereta untukku. Rasa puteri raja pulak.hehe

Kami berdua berada di hadapan bangunan Megalanes Bowling. Adakah Izzue nak bawak aku main bowling??? Alamak! Aku tak pernah main bowling, macammana ni? Eh jap,aku kena tanya untuk kepastian dulu.

"Izzue, kita nak main bowling ke?" tanyaku. Izzue mengangguk. Aku mula menggelabah. Aku tak pernah main bowling. Nanti aku memalukan diri sendiri je.

"Kenapa Mawar?"

"Saya tak pernah main bowling" aku tundukkan mukaku ke bawah, malu mengaku.

"Tak apa. Nanti Izzue ajar Mawar. Senang je. Jum" Izzue menarik tanganku. Aku terkejut dan mengikut tanpa bicara. Tanganku dilepaskan bila kami sampai ke dalam lif.

Izzue mendahului masuk bila kami sampai di tingkat tiga. Aku kagum melihat tempat ini. Tidaklah banyak sangat orang sedang bermain ketika ini. Tapi kanak-kanak pun ada. Oklah tu, taklah aku malu sangat.hehe

Aku menghampiri Izzue yang berada di depan kaunter. Aku tengok dia mengeluarkan kad berwarna hitam yang tertulis megalanes bowling. Mungkin Izzue member kat sini, aku membuat kesimpulan sendiri.

"Mawar, saiz?" tanya Izzue. Aku mengerutkan dahi. Saiz?? Saiz apa ek? "Eh, soalan tak lengkap. Sorry Mawar. Kasut awak saiz berapa?"

"Mungkin empat kut" aku mengagak. Aku memerhatikan kakiku, kecil. Empat lah tu kut. Muatlah agaknya. Izzue memberiku kasut yang ada tertulis nombor empat dan sepasang stocking. Stocking pun kena beli rupanya. Izzue ni lah, kalau bagitahu awal baik aku siap-siap pakai stocking ke sini.

"Jum Mawar. Kita lane nombor tiga" kata Izzue, dia menuju ke arah lane nombor tiga yang dimaksudkannya.
Izzue terus duduk dan memasang kasutnya. Aku ikut apa yang dilakukan. Kasut bernombor empat tadi ku sarungkan dikakiku. Muat dan selesa. Betullah aku pilih kasut saiz empat tadi. Aku senyum sendiri.

"Mawar tunggu sini, Izzue pergi ambil bola bowling" aku hanya mengangguk. Tiba-tiba aku dengar orang bersorak dan bertepuk tangan dibelakangku. Kanak-kanak yang ku lihat tadi berjaya jatuhkan semua pin bowling. Wow! handal jugak budak kecil ni. Aku kagum melihat kepandaian budak kecil itu. Ada seorang wanita dan lelaki yang agak berusia bersamanya, mungkin ibu dan bapanya. Kecil-kecil lagi dah pandai main bowling. Aku kagum.

"Mawar, senyum sorang nampak. Izzue main dulu ya" sapaan Izzue mengejutkanku. Aku senyum padanya tanda setuju. Aku melihat di skrin televisyen di atas kepalaku, tertera nama Izzue. Patutlah dia mulakan dulu, aku mengangguk-angguk mengiyakan kesimpulan yang aku buat sendiri.

Aku melihat cara Izzue melontar bola bowling. Sungguh bergaya. Dan yang paling menakjubkan bola bowlingnya berpusing-pusing, cantik, mula-mula berada ditepi sedikit,sampai ke hujung bola bowling Izzue pandai pergi ke tengah. Akhirnya Izzue dapat menjatuhkan semua pin.

"Wow, pandainya awak Izzue" kataku sambil bertepuk tangan.

"Terima kasih Mawar. Jum, giliran awak selepas ni" kata Izzue. Dia mula lapkan satu bola bowling dengan kain.

"Mawar, awak masukkan jari awak kat lubang bola ni macam ni. Cuba pakai bola yang ringan ni" Izzue memberi tunjuk ajar. Aku ikut tunjuk ajar Izzue. Berat jugak bola bowling ni. Aku mesti buat bersungguh-sungguh ni, my first time playing bowling!

"Then, Mawar boleh hayunkan sedikit untuk bagi kelajuan pada bola bowling. Cubalah" Izzue membuat aksi melontar bola bowling dihadapanku. Aku mengambil bola bowling dan cuba melontar ke arah pin.

Cubaan pertamaku mencuci longkang!!! Alamak! Malunya!!

"Takpe Mawar, you can do better" Izzue memberi semangat. Nasib baik hari ini tak banyak sangat orang bermain, mungkin kerana hari masih awal kut. Aku mencuba lagi, cubaan kedua.

Kali ini aku cuba untuk fokus. Mataku tajam melihat pin-pin bowling yang berdiri lurus di hadapan. Kemudian aku mula menghayunkan bola dan melepaskannya. Bulkkkkkkkk!!!!. Enam dari sembilan pin aku berjaya jatuhkan. Yes!!!! Terasa kepuasan disitu. Izzue bertepuk tangan meraikan kemenanganku menjatuhkan enam pin.hehe

Giliran Izzue pulak. Seperti biasa lontaran bola bowling Izzue memang membuat aku kagum. Lontaran pertama lima pin dan lontaran kedua empat pin. Spare!! Berjaya jatuhkan semuanya.

"Izzue, awak memang selalu main bowling ke?" Aku bertanya.

"Bolehlah selalu jugak. Sukan kegemaran saya" Izzue menjawab sambil senyum. Dia memberi isyarat padaku untuk melontar. Aku bangun dan mengambil bola bowling. Kali ini aku benar-benar fokus sebelum melakukan lontaran.

Kali ini semua pin jatuh. Yes!!!!! STRIKE!!!!!

Aku separuh menjerit melihat kemenangan aku menjatuhkan semua pin. Aku berlari ke arah Izzue dan menarik tangannya mengikutku berpusing-pusing meraih kemenangan. Seronoknya aku. Begini rasanya gembira menjatuhkan semua pin bowling. Kemudian aku tersedar banyak mata memandang ke arahku. Alamak! Aku tersedar tindakan luar kawalku melampau!! Malunya aku!!! Mana nak sorok muka ni....

Nota CintaWhere stories live. Discover now