Bab 36 : Handphone

214 9 42
                                        

"Coklat?"

"Ye. Ini coklat untuk Mawar. Makan sekarang pun boleh" ujar Rayqal.

"Rayqal sendiri ada tak coklat ni?" tanyaku, kalau dia tak de baik Rayqal je yang makan coklat ni.

"Ada lagi saya bawak. Ada extra dua" jawab Rayqal. Aku mengangguk dan mengambil coklat cadbury dari tangan Rayqal.

"Terima kasih Rayqal" ucapku, Rayqal membalas dengan senyuman. Dia kemudiannya mengambil lagi dua coklat dari dalam begnya. Rayqal berdiri. Aku kehairanan. Apa kes pulak dia berdiri dalam bas ni?

"Jasmin, Esya, coklat ni untuk korang berdua" Rayqal menghulurkan dua keping coklat cadbury kepada Jasmin dan Esya, serentak mereka menoleh dan menyambut huluran coklat dengan senyuman mekar dibibir.

"Terima kasih Rayqal" ujar mereka berdua serentak. Kemudian terus mereka berdua membuka coklat tersebut. Happy lah tu, dapat coklat. Rayqal duduk semula. Aku melihat wajahnya menanti penjelasan. Kalau dah tahu coklat tingga dua kenapa diberi habis pada mereka berdua, diri sendiri nak makan apa Rayqal oi?, hatiku berkata sendiri. Rayqal membalas pandanganku balik, aku tunduk,aku pulak yang kalah.

"Mesti Mawar nak tanya kenapa Rayqal bagi dua coklat tu pada mereka berdua kan?" Rayqal bertanya padaku. Dah tahu aku nak tanya apa, dia boleh pulak bertanya pada aku soalan cepu mas ni. Aku hanya mengangguk.

"Rayqal memang beli untuk diorang. Kawan Mawar kawan Rayqal jugak kan?" tanyanya lagi.

"Tapi Rayqal tak ada coklat lebih untuk Rayqal sendiri. Rayqal ambillah balik coklat ni" aku meletakkan coklat yang Rayqal bagi pada aku tadi.

"Takpe. Ini Mawar punya. Rayqal memang bagi ikhlas untuk Mawar" Rayqal menyerahkan semula coklat tersebut padaku.

"Ambillah Rayqal. Jangan buat saya serba salah" kataku.

"Macamni je, apa kata kita kongsi? Mawar dapat separuh, Rayqal dapat separuh" Rayqal memberikan idea.

"Rayqal makan je semua coklat ni" aku tidak mahu mengalah.

"Kalau Mawar cakap macamtu, Rayqal tak naklah. Mawar je lah yang makan coklat tu" ujar Rayqal, riak wajahnya mula berubah. Eh, merajuk ke???

"Oklah, Mawar setuju kita share" jawabku, aku pulak yang mengalah. Rayqal tersenyum dengan kemenangannya. Aku tengok ke arah Esya dan Jasmin, tengah seronok diorang berdua tu berbual sambil makan coklat, tidak menoleh ke belakang langsung. Oleh kerana korang dah dapat coklat, aku tak nak bagi coklat yang Izzue bagi tadi pada korang..hahahaha (ketawa penjahat)

Setelah dua jam perjalanan kami hampir sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan aku mendengar lagu bersama Rayqal. Aku menoleh ke arah Rayqal, rupanya dia telah tertidur. Aku senyum melihat wajah Rayqal yang sedang tidur dengan tenang. Pandangan aku alihkan ke kerusi dihadapan, nyenyak juga dua orang sahabatku tidur. Cute!! Macam anak kucing!hehehe Esya melentokkan kepalanya pada bahu Jasmin dan Jasmin pulak melentokkan kepalanya pada kepala Esya. Aku bercadang untuk mengambil gambar mereka berdua. Snap! Gambar yang aku ambil tidak clear kerana jarak yang agak jauh. Aku bangun untuk mengambil gambar yang lebih dekat. Tiba-tiba aku rasa tersangkut dan tidak dapat mengawal keseimbangan badanku. Aku terjatuh dan handphone pada tanganku terpelanting. Alamak!!! My handphone!!!!

Rayqal tersedar dari tidur kerana bila aku bangun tadi aku tertarik earphone yang tersangkut antara telinga kami berdua. Rayqal jelas terkejut dan membantu aku untuk bangun dan duduk di kerusi semula. Handphone ku yang terjatuh di ambil dan diserahkan padaku. Pelajar lain yang melihat aksi kami hanya menjadi pemerhati senyap.

"Terima kasih Rayqal. Sorry buat awak terjaga" ujarku.

"Tak apa Mawar. Saya tertidur pulak. Mawar nak pergi mana tadi?" Alamak! Rayqal bertanya tentang kenapa aku bangun tadi. Takkan nak bagitahu yang aku nak tangkap gambar mereka berdua didepan. Malu pulak rasanya. My brain, please help me!!

"Errrr.. tadi badan Mawar rasa penat. Sebab tu Mawar bangun. Tak sangka pulak tersangkut lalu terjatuh" jawabku, lega bila ada idea terkeluar dari mindaku. Aku melihat handphoneku. Satu masalah baru wujud, skrin handphoneku retak. Aku cuba tekan-tekan icon di skrin, nasib baik boleh guna. Kalau tak mesti mama dan papa bising sebab ini kali kedua mama dan papa belikan handphone untukku sebab handphone pertama dulu rosak terjatuh ke dalam air.huhu malangnya nasib.

"Bagi Rayqal handphone Mawar tu, Rayqal nak tengok" pinta Rayqal. Aku masih menggenggam handphone ku. Masih berfikir nak bagi ke tak nak. Rayqal nak buat apa pulak dengan handphoneku.

"Rayqal bukan nak buka handphone Mawar, Rayqal nak tengok luaran handphone Mawar je. Rayqal janji tak baca mesej Mawar yang ada kat dalam tu" ujar Rayqal. Eh ke situ pulak si Rayqal ni. Aku bukan tak bagi kerana itu, tapi kerana aku tidak dapat berfikir dalam masa yang singkat. Aku menyerahkan handphone ku kepada Rayqal.

Rayqal menilik-nilik handphone ku lagak seperti pekerja kedai handphone di pasaraya. Dia kemudian menekan icon di skrin dan tersenyum. Senyum pulak tengok skrin handphone ku yang telah retak, kenapa pulak tindakan Rayqal sebegitu, tanyaku dalam hati.

"Mawar tak payah risau. Retak skrin kat depan ni je. Boleh pakai lagi ni" ujar Rayqal. Rayqal menyerahkan kembali handphone padaku.

"Betul ke?" tanyaku ingin kepastian.

"Betul" jawab Rayqal.

"Oklah kalau macamtu. Lega Mawar mendengarnya" kataku lagi. Aku memeluk handphone ku. Betapa aku sayang dengan pemberian mama dan papa ini.
Rayqal hanya memerhatikan gelagatku.

"Nanti Rayqal tolong Mawar repair skrin tu. Mawar jangan risau, Rayqal ada kenal seorang kawan yang pandai membaiki skrin retak macamtu" ujar Rayqal.

"Tak apalah Rayqal. Selagi handphone ni masih boleh dipakai, tak perlulah repair skrin ni dulu. Nanti Mawar terangkan pada mama dan papa kenapa handphone Mawar jadi begini" kataku menolak cadangan Rayqal tadi. Takkanlah aku nak susahkan Rayqal sedangkan bukan salah Rayqal skrin handphoneku retak, salahku sendiri.

"Rayqal tak nak Mawar kena marah dengan mama dan papa Mawar. Please....dengar kata Rayqal kali ini" rayu Rayqal, luluh hatiku mendengar rayuannya. Aku menunduk wajahku dan mengangguk. Janganlah merayu Rayqal, detik hatiku sendiri. Sungguh aku lemah mendengar pujuk rayu Rayqal.

"Macamtulah Mawar Rayqal" ujar Rayqal sambil senyum gembira. Aku perasan ada dua pasang mata memerhati ke arah kami berdua. Mata detektif. Siapa lagi kalau bukan Esya dan Jasmin. Sengaja aku tidak melihat semula ke arah pandangan mata tersebut. Pasti banyak soalan yang perlu aku jawab nanti..huhu








Hola readerssss....

Lamanya kita tak bersua kan?

Selamat hari raya, maaf zahir batin..

Rindu tak pada Nota Cinta??hehehe Saya akan cuba update cerita ni as soon as posibble sampai habis...

Jangan lupa vote n komen ye korang...sayang korang sangat2... 😊😊😊😊😊

Ps: cerita ni memang tak panjang..hanya 1k pp kebawah je...hrp korang enjoy..c u ol again






Nota CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang