Aku membersihkan diri setelah penat berjalan bersama Izzue. Terasa segar badan terkena air pancuran yang dingin. Usai mandi, aku merehatkan diri di atas katil. Semua novel yang dibeli Izzue tadi masih di dalam bungkusan plastik di atas meja. Aku mencapai handphone ku. Ada mesej masuk, sudah tentunya dari dua sahabat baikku didalam group whatapp.
Jasmin : Mawar, apa cer???
Esya : Tak payah kau nak rahsiakan lagilah Mawar, baik kau cerita sebelum aku dan Min merajuk.
Jasmin : Mawar, kau tak balik rumah lagi ke??
Aku tersenyum sendiri membaca mesej mereka berdua. Detektif sedang mencari maklumat, itulah yang mereka berdua sedang lakukan sekarang. Aku membalas mesej.
Mawar : Hai you all..aku tadi dah balik rumah tapi aku mandi dulu. Now i m free. Nak cite ape ni???
Hehehe..saje je aku buat-buat tak tahu nak cerita apa. Pasti melenting diorang ni nanti.haha
Esya : Eleh kau Mawar, jangan buat-buat tak tahu pulak kau tu..yang aku jumpa tadi tu apa pulak???
Jasmin : Kau ada simpan sesuatu rahsia yang kami tak tahu ke?
Mawar : Aku tak ada simpan rahsialah. Aku tak ada apa-apa dengan Izzue.
Jasmin : Habis tu kenapa kau keluar berdua dengan dia?
Esya : Aah..dahlah nampak mesra lagi tu.
Mawar : Kau ni Esya, ada-ada je lah..yang mesra tu bukan aku la, kau dan ezad yang mesra.
Esya : Aku dan Ezad memang mesra lama. Itu kau pun tahulah.haha
Jasmin : Ke situ pulak korang ni. Back to the point please!
Mawar : Sorrylah beb.hehe Aku keluar dengan Izzue sebab aku dah janji nak pulangkan duit dia. Duit yang dia bagi untuk aku pegi klinik dulu. Aku kan tak ada pergi klinik, jadi aku nak bagi balik duit tu tapi dia tak nak. Sebab tu kami berdua deal nak keluar hari ini. Niat aku semata-mata untuk bagi balik duit tu.
Jasmin : Habis tu Izzue terima balik ke duit tu?
Mawar : Tak. Dia cakap nak ada pertemuan seterusnya dengan aku. Sebab tu dia tak nak terima balik duit tu beb. Pening aku.
Esya : Izzue ada hati kat kau la Mawar. Terima je lah Izzue tu, habis cerita.
Ish, Esya ni. Bukan semudah itulah cerita hendak dihabiskan. Aku menggelengkan kepala.
Mawar : La..cakap senang le. Aku tak tahu aku suka dia ke tak.
Esya : Alaa..cinta tu boleh dipupuk.
Jasmin : Kenapa tak tahu pulak? Kau suka orang lain ek?
Mawar : Eh..takdelah.
Jasmin : Izzue ada cakap dia suka kat kau?
Mawar : Mmm..ada...tadi..tapi korang jangan bagitahu orang lain pulak. Rahsia kita bertiga je.
Jasmin : Wahhh..memang tepat tekaan aku hasil dari kajian aku selama ni. Izzue memang suka kat kau.
Jasmin ni jadikan aku bahan siasatan ke? Siap ada tekaan yang tepat pulak. Agak- agaknya lepas sekolah nanti Jasmin ni jadi detektif kut.
Jasmin : Korang pegi mana tadi?
Esya : Diorang pergi tengok wayang. Sweetnyeee...hehe
Mawar : haha..sweet pulak..tadi aku dan Izzue pegi main bowling, tengok wayang, lunch kat secret recipe, pergi memanah dan dinner di top spot.
Esya : Wow...untung nye kau. Banyak betul aktiviti korang berdua. Cemburu pulak hati kite ni!
Mawar : Izzue tu bawak aku pergi tempat macam tu sebagai hadiah harijadi aku. Tadi pun dia beli kek hari jadi lagi. Nanti aku bagi kat korang jugak k.
Jasmin : Yessss...makan kek secret recipe..yummy
Esya : Baik betul Izzue tu. Kalau aku jadi kau, aku dah lama terima Izzue tu jadi kekasih.
Mawar : Kau tu Esya, takde benda lain ke nak cakap? Tapi kan, tadi aku jumpa seseorang..
Jasmin : Siapa??
Mawar : Aliya
Jasmin : Aliya ada buat apa-apa kat kau tak? Dia nak tampar kau lagi ke?? Kalau ada aku cari dia nanti untuk balas dendam!
Mawar : Takdelah beb. Dia ok je pada aku. Dia dah lain betul lah tadi. Siap bagitahu pada Izzue yang aku ni BFF dia.
Esya : Uwekkkk!!!..Tak malu betul perempuan tu. Bila masa pulak kau jadi kawan dia. Bukan ke dia anggap kau tu musuh dia sebelum ni??
Mawar : Itulah pasal. Aku pun terkejut dengan kenyataan dia. Lepas tu dia cakap dia girlfriend Rayqal.
Jasmin : Ish biar betul. Kesian Rayqal. Kenapalah pilih Aliya si sengal tu.
Mawar : Tapi yang peliknya Izzue tak tahu yang Aliya tu girlfriend Rayqal sedangkan Izzue tu sepupu Rayqal.Hmmm entahlah..
Esya : Mungkin Rayqal tak sedia nak share kut.
Jasmin : Mungkin jugak. Biarlah diorang tu. Yang penting sekarang Izzue suka dekat kau.
Mawar : Tapi aku tak tahulah beb. Macam aku tak sedia.
Jasmin : Haha. Kau tu bukan takde orang nak. Tapi ada orang nak, kau yang tak nak.
Esya : Betul tu. Yang itu aku sokong!
Ish.. Diorang ni kalau part kenakan aku nombor satu. Siap ada sokongan lagi tu.Tiba-tiba aku dapat satu panggilan telefon, dari Izzue. Kenapa pulak Izzue call ni? Aku menekan butang menjawab panggilan.
"Hello Mawar. Dah tidur ke?"
"Belum lagi Izzue. Saya baru lepas mandi"
"Oh. Patutlah wangi"
"Ish, takkanlah sampai ke situ"
"Betullah. Wangi Mawar tu keluar dari handphone Izzue"
"Hahaha. Izzue ni buat lawak pulak"
"Saya suka dengar Mawar ketawa"
"Haha.Nanti saya rakam ketawa saya bagi kat Izzue"
"Jangan lupa bagi kat Izzue tau"
Eh Izzue ni suruh aku rakam betul-betul ke??Haha. Takkanlah aku nak rakam ketawa aku dan bagi kat dia. Tak pernah lagi orang buat macamtu.
"Takdelah Izzue, Mawar gurau je lah"
"Hehe..Izzue tahu tu. Mawar seronok tak hari ni?"
"Seronok. Terima kasih banyak-banyak. Sorry susahkan Izzue je"
"Taklah. Tak susah pun. Izzue hanya nak Mawar happy"
"Mawar happy sangat, terima kasih Izzue"
"Mawar, pasal tadi tu kan Izzue harap sangat Mawar fikirkanlah ye. Izzue ikhlas"
"Err.. Izzue, dah lewat ni. Mawar ngantuk la. Nanti kita borak lagi ye. Terima kasih bebanyak sekali lagi Izzue. Papa dan mama kirim salam kat Izzue, diorang ucap terima kasih untuk makanan tadi. Selamat malam Izzue"
"Ok Mawar. Kirim salam balik kat papa dan mama Mawar ye. Selamat malam. Mimpi indah ye sayang"
Talian dimatikan. 'Sayang'??? Tapi kenapa aku tak rasa apa-apa yang istimewa? Betul ke Izzue benar suka kat aku? Aku pulak suka kat Izzue ke tak? Aku keliru dengan perasaanku sendiri.