"Mawar, mawar" mama memanggil namaku berulang kali. Pintu bilikku turut diketuk-ketuk. Aku menggosok-gosokkan mata.
"Mawar sayang, bangun dan bersiap. Izzue dah tunggu kat bawah tu" kata mama.
Izzue?????Izzue dah sampai rumah? Alamak, aku baru bangun,belum mandi lagi ni. Aku melihat jam ditepi meja katilku. Pukul lapan pagi. Sejak bila aku tertidur pun aku tak sedar. Aku tidur bersama semua hadiah hari jadi dan laptop. Nasib baik laptop aku set auto shutdown, kalau tak sampai pagilah laptop aku on.
"Mawar, lepas bersiap turun bawah sarapan, mama dah masak nasi goreng. Makan dulu ya sebelum keluar dengan Izzue nanti" mama bersuara lagi. Nampaknya mama masih berada didepan pintu bilikku.
"Ok mama" jawabku. Aku kena cepat, takkan nak biarkan Izzue tunggu lama, nanti tahu pulak dia aku baru bangun tidur. Malunya!! Aku sorokkan mukaku di belakang teddy bear yang mama beri semalam.
"Morning my teddy" aku mencium bear yang mama bagi dan juga bear yang diberi Jasmin dan Esya. "Mawar mandi dulu, teddy jangan notty tau" kataku bingkas bangun dari katil dan mencapai tuala untuk pergi mandi. Nasib baik ada satu bilik mandi di tingkat atas. Tiba-tiba aku melihat di atas katil ada satu lagi bungkusan hadiah yang masih elok, belum dibuka. Eh,aku belum habis buka hadiah rupanya. Ini hadiah dari siapa pulak ye??
Aku ambil bungkusan hadiah itu. Tiada nama. Aku buka balutannya. Cardigan sweater!!! Cantik betul cardigan sweater ni, warna warni seperti pelangi. Aku meletakkannya dihadapanku dan berdiri di depan cermin. Wow!! Cantik, aku suka cardigan sweater ni. Bolehlah aku pakai untuk keluar selepas ni. Tapi siapa yang bagi cardigan sweater ni??
Aku ambil semula pembalut hadiah tadi. Aku mencari-cari manalah tahu ada tulis nama si pemberi namun tak ditemui. Aku pegang semula cardigan sweater tadi. Membelek-belek cardigan sweater tersebut. Ada satu poket di dalam cardigan sweater itu, dan ada sekeping kad kecil di dalamnya. Aku tarik kad kecil itu keluar. Kad pun comel, ada gambar belon-belon berlatar belakangkan pelangi. Aku buka kad, pasti tahu siapa yang memberi hadiah ini.
Selamat Hari Lahir Mawar.
Mawar suka tak baju ni? Semoga Mawar sentiasa happy dan ceria seperti pelangi ;)~Ikhlas; Rizal
Rupa-rupanya Rizal yang memberi baju ini. Terima kasih Rizal, tapi sayangnya aku baru perasan hadiah Rizal belum dbuka lagi. Kesiannya hadiah dari Rizal tercicir.Huhuhu Maafkan aku Rizal. Nanti aku nak mesej Rizal ucapkan terima kasih untuk baju yang cantik ini.
Aku meletakkan cardigan sweater pelangi itu di atas katil. Aku mengambil semula tuala yang ku lepaskan tadi dan terus ke bilik air.
Selesai mandi, aku mengemaskan diriku. Aku mengenakan baju yang abang Asyraf bagi, baju yang ada tulis 'i m cute like my brother' dan seluar jeans. Kemudian aku sarungkan cardigan sweater pelangi diluar baju tshirt. Nampak sesuai.Wajah ku oleskan sedikit dengan bedak. Rambut sengaja ku lepaskan, lagipun rambutku hanya paras bahu. Aku menyikat rambutku agar kelihatan kemas dan ku sematkan satu klip rambut berbentuk reben kecil di sebelah kanan rambutku. Aku semburkan sedikit minyak wangi Bvlgari Omnia Crystalline kegemaranku. Aku senyum melihat diriku di dalam cermin.
Sewaktu hendak melangkah keluar, aku terpandang kotak kecil pemberian Adam. Aku teringat ada rantai emas di dalamnya. Aku keluarkan rantai tersebut kemudian memakainya. Aku pandang diriku didalam cermin, tanganku menyentuh rantai tersebut. Rantai ini sangat cantik. Pasti mahal, fikirku. Aku senyum sekali lagi melihat diriku didalam cermin. Ya, lengkap bila ada rantai, bahagian leherku tidak nampak kosong. Aku kini menggabungkan semua hadiah hari jadi yang boleh dipakai. Terima kasih semua!
Aku turun ke bawah. Aku lihat Izzue tengah duduk di sofa ruang tamu bersama abang Asyraf. Aku menghampiri mereka berdua yang sedang leka bermain Playstation4.
"This is my sister, our princess. She's cute like me right Izzue? Look at her tshirt" abang Asyraf tiba-tiba bersuara sebaik perasan kehadiranku. Abang Asyraf juga perasan aku pakai baju hadiah hari jadi darinya.
"Ya, she's beautiful. Cantik baju tu,sesuai untuk Mawar" Izzue senyum memandangku.
"Tengoklah siapa yang bagi" abang Asyraf menuding jari pada dirinya sendiri, merasa bangga.
"Izzue, sorry buat awak tunggu lama" aku meminta maaf pada Izzue.
"Takpe Mawar. Saya sengaja datang awal, boleh saya main game sekejap dengan abang Asyraf" jawab Izzue sambil senyum sekejap padaku, kemudian matanya melihat kaca televisyen semula.
"Princess kitorang ni Izzue, memang lambat. Almaklumlah kan princess katakan" abang Asyraf sempat mengusikku. Aku mencebik bibirku. Sempat jugak abang kenakan aku di depan Izzue. Izzue hanya tertawa kecil.
Aku melangkah ke arah abang Asyraf dan mencubit bahunya. Abang Asyraf sempat mengelak dan berlari tapi joystick PS4 masih ditangannya. Aku mengejarnya tanda tak puas hati. Geram.
"Lariiii!!! Ketam dah sampai.hahaha" abang Asyraf berteriak dan berlari-lari anak. "Mama, ketam mama terlepas ni, ketam ni kacau abang main bola"
Itulah lelaki. Asyik main game bola. Sikit-sikit bola. Makan,minum dan tidur semuanya bola. Eh, tiba-tiba mencarut hal bola pulak. Out of topic.hehehe
"Mawar, ajak abang dan Izzue sarapan sekarang" ujar mama dari dapur. Aku memberi isyarat pada abang Asyraf supaya berhenti bermain PS4.
"Izzue, kita sarapan dirumah dulu ya. Mama saya dah masak. Jum kita sarapan sekarang" kataku mengajak Izzue.
Izzue mengangguk. Abang Asyraf dan Izzue bangun dan melangkah ke dapur. Aku mengikut dari belakang. Kemudian Izzue menoleh dan berkata padaku "Mawar, cantiknya awak hari ini. Indah seperti pelangi"
Aku hanya senyum. Pasti kerana cardigan sweater yang diberi Rizal ni Izzue cakap aku seperti pelangi.