Aku menghantar sahabat-sahabatku di depan pintu, sudah tiba masanya untuk bersurai. Aku sekali lagi mengucapkan terima kasih pada mereka atas sambutan mengejut hari jadiku hari ini. Setelah mereka semua beredar, aku menutup pintu dan melangkah naik ke bilikku ditingkat atas. Kelihatan banyak hadiah di atas katilku, mesti mama atau papa dah bawakan hadiah ke atas. Aku senyum memandang semua hadiah, terasa diri ini disayangi dan dihargai. Aku letakkan juga hadiah dari Rayqal, bear dari Jasmin dan Esya serta hadiah dari Adam bersama di atas katil. Aku mencapai tuala di tempat penyidai, perlu membersihkan diri sebelum masuk tidur.
Usai mandi aku terus pergi ke katil. Tidak sabar rasa di hati untuk melihat semua hadiah yang aku dapat hari ini. Ini yang best nya kalau hari-hari hari jadi, hari-harilah dapat hadiah. Aku mencapai satu bungkusan, tertera nama si pemberi di atasnya, abang Asyraf. Aku buka pembalut hadiah yang membaluti hadiah dari abang Asyraf, ada sehelai baju tshirt berwarna merah. Ada perkataan yang tertera di baju itu 'I m cute like my brother' . Aku tertawa kecil, baju itu ku peluk sebentar tanda suka dengan hadiah yang abang Asyraf berikan.
Aku membuka hadiah yang kedua, daripada adikku yang nakal, Amsyar. Hadiah Amsyar berbentuk segiempat seperti buku. Agak-agaknya buku lah ni kot. Aku koyakkan pembalutnya, ya memang buku. Buku skrap buatan sendiri. Di depan buku itu ada gambar family ketika kami sekeluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi. Ada hiasan kayu-kayu kecil dan reben. Kreatif juga si Amsyar ni. Adik siapa kan? Hahaha Aku ketawa bangga. Di depan buku ada tertulis my family. Aku buka buku tersebut, ada coretan sedikit di muka surat pertama di mana ada satu gambarku disitu, yang menjadi masalahnya kenapalah dalam banyak-banyak gambar aku, gambar yang membuat duck face ini yang menjadi pilihan Amsyar. Aku menggelengkan kepala.
Untuk kakakku, selamat hari jadi. Amsyar sayang akak dunia akhirat. Muah ciked..hihihi
Pecah ketawaku melihat ayat terakhir Amsyar tu. Entah dari manalah budak tu belajar benda macamtu, itukan tagline artis bernama Aida Jebat. Ini mesti kes suka tengok drama melayu dengan mama. Entah kenapa Amsyar mempunyai minat yang sama dengan mama, minat tengok cerita melayu. Aku pulak lebih suka layan drama Philipine, suka tengok artis-artis yang cantik dan handsome seperti Kristine Hermosa, Marian Rivera, Dingdong Dantes dan Jericho Rosales.. Hehehe
Ketika aku membelek-belek hadiah Amsyar, handphone ku berbunyi. Whatapp masuklah tu, apa lagikan. Cuma tak tahu siapa penghantar whatapp yang berbunyi tadi. Aku mencapai handphone.
'Mawar, dah tidur ke? Jangan lupa buka hadiah Rayqal tadi, just for you. Good nite Mawar. Have a sweet dream'
Mesej dari Rayqal yang membuatkanku teringat tentang kotak yang diberi Rayqal tadi. Mataku melilau mencari akhirnya jumpa. Tanganku mencapai kotak kecil pemberian Rayqal dan terus membukanya.
Pendrive??????? Kenapa Rayqal memberi pendrive padaku? Kosong ke ada isi didalamnya? Ligat otakku memikirkan persoalan tentang pendrive itu. Pendrive tersebut hanya 4GB. Baik aku cek dulu, mungkin benar kosong, mungkin Rayqal beri untukku simpan data atau maklumat. Aku mengambil laptop ku di atas meja. Ku bawa ke katil sambil menghidupkan laptopku. Setelah laptop ku hidup, aku masukkan pendrive Rayqal pada lubang USB.
Ada dua video didalam pendrive tersebut. Satu video dengan nama Mawar dan satu lagi dengan nama Selamat Ulang Tahun. Aku klik pada video bernama Mawar. Movie maker. Berlatar belakangkan lagu Happy Birthday dari kumpulan N'sync. Video tersebut menampilkan gambar-gambarku. Entah bila Rayqal mengambil gambar aku pun aku tak tahu. Ke dia culik dari facebook? Aku layan video tu sambil menyanyi ikut lagu happy birthday dari kumpulan N'sync.
"Happy Birthday"
Happy Birthday
Happy Birthday to you
Happy Birthday just for you
Happy Birthday
Happy Birthday to you
Happy Birthday
Happy Birthday