Bab 14 : Adam

207 15 14
                                    

Aku merenung tiga benda di atas katilku; handphone, kertas nota pertama dan kertas nota berwarna biru. Kepalaku ligat memikirkan idea yang Jasmin cetuskan pagi tadi, whatapp nombor misteri tersebut. Tiba-tiba handphone ku berbunyi. Whatapp dari Jasmin. Macam tahu-tahu pulak dia ni aku tengah memikirkan apa nak buat dengan nombor tu.

J : Beb, aku buat satu group baru..hihi jap ah

Group apa pulak yang Jasmin nak buat ni??siapa pulak akan jadi ahli?

'You are invited to Mission Impossible group'

Wahhhhh...mission inpossible?????? Hanya ada tiga orang dalam group tu, aku, Jasmin dan Esya. Aku yakin group ni ada kerana nota misteri yang ku terima tu.

J : Mawar, dah mesej nombor tu ke?

E : Kau janganlah sembunyi lagi Mawar, kalau dah mesej cer citer

M : Belum lagi lah. Aku tengah berfikir ni.

E : Kau tu kalau berfikir tak akan habis. Take action lah beb.

J : Ikut jer apa ku kata tadi, whatapps je nombor tu, lepas tu kau cerita kat kitorang.

M : Okay, aku whatapps sekarang. Jap ye.

Aku mengambil nota yang berada di atas katilku. Terus aku simpan kan nombor tu ke dalam contact phone. Aku save sebagai "unknown". Aku tekan whatapp dan terus menaip mesej kepada unknown.

Hai, saya Mawar. Ni sapa erk?

Pendek je mesejku. Aku sekadar hendak mengetahui siapa empunya nota misteri itu. Tak sampai seminit mesejku di balas.

Hai Mawar Mewangi. Akhirnya awak mesej saya jugak. Lama dah saya tunggu, hari-hari saya tunggu mesej awak.

Aisehmen, tak jawab soalan aku langsung. Aku tanya kau sapa, tak de pulak aku tanya kau dah lama tunggu ker?? Tak boleh jadi ni, aku kena tanya lagi.

Awak ni takde nama ke? Awak tak jawab soalan saya!

Aku letak tanda seru, biar dia tahu aku serius. Tapi bila difikirkan balik macam garang sangat je. Tapi apa boleh buat aku dah tekan butang send.

Sorry Mawar, saya tak jawab soalan awak tadi. Jangan marah saya ye. Nama saya Adam.

Adam??????? Aku rasa tak de pulak rakan sekolahku yang bernama Adam. Tak tahu pulak kalau ada budak baru lagi yang aku tak kenal. Siapa Adam ni? Aku membalas lagi mesej tu.

M : Awak kelas mana Adam? Saya rasa macam saya tak kenal awak pun. Macam mana awak tahu nama saya Mawar dan tempat duduk saya dalam kelas?

A : Saya kat kelas sebelah. Saya tahu tentang awak sebab saya suka awak. Maaf kalau saya meluahkan perasaan saya pada awak Mawar. Awak tak perlu terima saya sebagai kekasih tetapi terimalah saya sebagai kawan.

Alamak, Adam ni meluah perasaan pulak. Nak balas apa erk? Kemudian aku menerima satu mesej yang lain, dari Rayqal. Rayqal tanya aku tengah buat apa. Nak ajak boraklah tu, masa sunyi kau cari aku, nanti kat sekolah kau bersama Aliya pulak..huhh Aku tak layan mesej Rayqal sebaliknya aku membalas mesej dari Adam tadi.

M : Adam, kita kan masih sekolah, sememangnya kita lebih elok sebagai kawan je. Oklah Adam, saya ada kerja nak buat ni. Bye.

A : Thanks Mawar sebab sudi terima saya. Okay, nanti kita mesej lagi yer Mawar Mewangi. Take care.

Aku mesej ke dalam group yang Jasmin buat tadi.

M : Hello, anybody's home??

J : Kau ni, kami berdua tunggu mesej dari kau lah beb. Pa citer?Siapa mamat tu?Dari mana pulak dia?

M : Kalau soalan tak banyak-banyak tak dapat ke?haha

E : Ceritalah Mawar. Tak sabar aku nak tahu siapa tu. Siapa nama dia?

M : Adam.

E : Eh siapa pulak adam?tak pernah dengar pun nama dia. Sama kelas kita ke?

M : Tak. Dia kelas sebelah.

J : Kelas sebelah tu kelas mana?

M : Err..tu aku takde pulak tanya.hehe

J : Alamak kau ni Mawar, tak dapat jadi pegawai penyiasat kau ni. Cerita tak lengkap.

M : Hehe aku tak terfikir pulak tadi. Aku tanya dia macammana boleh kenal aku? Dia boleh meluah perasaan pulak. Dia cakap dia suka aku.

E : Wahh..ada secret admire..wiwitt

J : So, kau jawab apa bila dia meluah perasaan pada kau?

M : Aku cakap kita kan masih sekolah, sememangnya kita lebih elok sebagai kawan je. Sampai tu je aku terus cakap aku ada kerja nak buat.

E : Skema betul jawapan kau tu.haha

M : Betullah. Takkan aku nak jadi kekasih dia pulak. Oklah korang, aku nak tidur, ngantuklah. nite2

J : Nite Mawar Mewangi.

E : Semoga mimpi Adam.hehe

Haha..tergelak aku baca mesej dari dua sahabatku itu. Ish, macammana pulak aku nak mimpi dia, wajah pun tak pernah tengok lagi. Tiba-tiba hatiku rasa bersalah pada Rayqal sebab tak balas mesej tadi.

Rayqal, sorry tak reply, tadi saya busy sebab tu tak balas mesej awak. Gudnite Rayqal

Aku memandang mesej tu dulu sebelum menekan butang send. Taklah aku rasa bersalah sangat kan. Seketika kemudian, ada mesej lagi yang masuk.

Hai Sweetie. Mawar, cuma nak ingatkan jangan lupa temujanji kita sabtu ni ye. Dua hari je lagi. Nanti saya jemput awak di rumah.See you tomorrow at school.

Rupanya mesej dari Izzue. Aku tergamam. Hampir terlupa deal yang aku setuju dengan Izzue. Aku letakkan handphone ku di meja tepi katil. Aku berbaring, memaksa mata untuk tidur. Terlalu banyak yang aku fikirkan hari ini.


Nota CintaWhere stories live. Discover now