Aku membuang pandangan ku keluar kelas. Hatiku masih terasa panas dengan adegan yang ku lihat di kantin tadi. Aku mengeluh, mungkin bukan jodohku bersama Rayqal, jauh fikiranku melayang.
"Mawar, tengok tu. Menyampah pulak aku tengok diorang tu" Jasmin berbisik padaku dari belakang.
Kelihatan Rayqal dan Aliya baru masuk ke dalam kelas. Aliya memegang lengan Rayqal penuh mesra. Lagak Aliya memang nak menunjuk-nunjuk padaku. Kemudian Rayqal menarik tangannya dari Aliya dan terus pergi ke tempat duduknya. Aliya sengaja melalui meja tempat dudukku sedangkan dia boleh je terus ke tempat duduknya tanpa lalu mejaku.
"Rayqal is mine. Jangan kau berani kacau hubungan kami" kata Aliya padaku,tegas namun ada senyuman terukir di bibirnya. Aku hanya mendiamkan diri, didalam hati mahu sahaja aku menjawab si Aliya ni. Bagiku saat ini diam lebih baik kerana Rayqal bukan milikku. Mungkin takkan jadi milikku. Aliya beredar ke tempat duduknya. Kelihatan cikgu Tansi sudah menghampiri kelas. Baik aku fokus dengan pelajaran, getus hatiku. Aku cuba buang jauh perasaan marahku tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti biasa waktu rehat aku bersama Esya dan Jasmin akan makan di kantin. Aku membawa sekali dua nota yang dah ku terima, aku berniat nak kongsikan cerita ini pada mereka berdua.
"Jasmin, Esya, aku ada sesuatu nak bagitahu korang berdua" kataku memulakan bicara.
"Bagitahu apa?" tanya Esya. Mereka berdua mula memberikan tumpuan sepenuhnya padaku.
"Sebenarnya aku ada menerima dua nota misteri" kataku.
"Eh nota??dari siapa??apa yang ditulis dalam nota tu??? " bertubi-tubi soalan Jasmin.
"Kau ni Jasmin, satu-satulah tanya. Relax lah beb" kataku lagi. Aku mengeluarkan nota pertama yang aku terima.
"Wahhhh Mawar Mewangi. Kenapa Mawar Mewangi eyk? Macam pelik jer" kata Esya, tanganya leka menilik nota misteri itu.
"Entah" jawabku. "Mungkin kerana namaku Mawar kut"
"Kau ada call tak nombor tu?atau mesej?ataupun whatapp?" tanya Jasmin, soalan Jasmin tak pernah satu je.
"Tak. Aku buat bodoh je. Aku tak tahu nak buat apa. Sebab tu aku terima satu lagi nota ni" aku mengeluarkan satu lagi nota,kertas berwarna biru yang aku terima pagi tadi.
"Kau ni, dah terima dua nota baru nak bagitahu kitorang" Esya berkata, dari intonasinya aku tahu Esya merajuk.
"Ala kau ni, jangan merajuk beb, nanti aku panggil Ezad pujuk kau k.hehe aku mula-mula tak anggap nota ni penting pun. Aku ingatkan kalau aku tak buat apa-apa dengan nombor tu aku tak akan dapat nota lagi. Tetiba hari ini aku tengok pagi tadi ada nota lagi, nombor yang sama pulak tu" jawabku.
"Aku rasa kau perlu add nombor ni dalam contact phone kau, then kau berkenalanlah, dengan cara tu baru kau dapat tahu siapa yang bagi nota misteri ni" Jasmin mengutarakan ideanya. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Jasmin tu,kalau aku tak buat apa-apa aku takkan tahu.
"Betul tu,aku sokong" Esya menyokong idea Jasmin.
"Tengoklah nanti. Malam nantilah aku take action" aku menjawab.
"Kau rasa siapa?" Esya membuat teka teki.
"Entah-entah Izzue, Izzue tu macam suka kat kau je aku tengok. Ataupun Rayqal. Eh tapi Rayqal macam dah bersama Aliya, tak mungkin Rayqal kut" kata Jasmin.
"Aku tak rasa diorang sebab aku dah cek nombor Izzue dan Rayqal, tak sama dengan nombor dalam kertas ni" aku menerangkan pada mereka berdua.
"Takpe,mungkin bukan mereka berdua kut. Orang lain lah tu" Esya berkata, dahinya berkerut berfikir siapa empunya nombor tu.
"Dah.Tak payah fikir. Mawar, kau whatapp je nombor ni balik sekolah nanti. Esok kau kena share tau cerita ni dengan kitorang, wajib share tau" Jasmin berkata "Bestnya kau ada mission nak diselesaikan" sambung Jasmin lagi, sifat detective memang ada dalam dirinya.
"Ok beb. No problem" jawabku. Malam ini aku akan mesej nombor ni, aku pasang tekad dalam hati. Kami bertiga menghabiskan makanan dan balik ke kelas sebelum waktu rehat tamat.