Bab 12 : Kertas Biru

204 16 10
                                    

Pagi itu aku turun ke sekolah seperti biasa. Hari ini aku tak lewat ke sekolah. Dahi ku pun sudah beransur baik, tak membengkak sangat. Aku senyum je memanjang, teringat mesej bersama Rayqal semalam. Aku melangkah masuk ke kelas. Kelihatan Jasmin dan Esya dah sampai awal ke kelas. Aku merapati mereka berdua setelah beg dan buku ku letakkan di atas meja.

"Hai you all" sapaku.

"Wah wah..ada orang senyum sampai ke telinga lah pagi ni" kata Esya.

"Yelah. Happy nye kau Mawar. Ada cerita best ke?" tanya Jasmin ingin mengorek cerita. Sifat ingin tahu yang membuak seperti detective Conan ingin melakukan penyiasatan memang sudah sebati dalam diri Jasmin.

"La..takde lah..biasa je..korang ni, tak boleh ke aku senyum happy gini?" aku pulak mengajukan soalan sambil memuncungkan bibirku.

"Hahaha ada orang nak merajuk. Jum, merajuk di kantin. Aku lapar ni" kata Esya sambil menarik tangan aku dan Jasmin. Esya ni kan,macam budak-budak pulak main tarik-tarik begini, nasib baik baju aku tak koyak.

Kami bertiga melangkah menuju ke kantin. Aku memesan milo panas je sebab aku dah sarapan di rumah tadi. Kami mencari meja di hujung sekali untuk makan. Aku melihat jam, ada empat puluh lima minit lagi untuk kelas bermula. Awal betul aku ke sekolah hari ini. Semangat baru katakan. Hehehe

Sedang leka kami makan, aku memerhatikan satu gelagat manusia yang membuat aku terkejut. Rayqal! Tapi ada seorang manusia bersamanya. Bukan Izzue mahupun Rizal tapi ALIYA!!! Mereka nampak mesra. Mesra sangat sampai Aliya memeluk lengan Rayqal, Rayqal tak pula membantah. Ishhh..

"Macam kenal je dua ekor tu" kata Jasmin. Esya menoleh ke belakang, aku sekadar memerhati dengan pandangan yang tajam. Kalau ada pisau sekarang ni, pisau pun tak setajam mata aku.

" Aiekkk.. bila masa pulak diorang ni jadi kekasih. Cepat betul, baru jer kenal tak sampai seminggu kan" kata Esya.

Aku tak menjawab. Hanya bahu ku angkat tanda tak tahu tentang mereka berdua itu. Aku dihujani pelbagai persoalan, kenapa Rayqal bermesej denganku malam tadi kalau dah ada kekasih? Adakah Rayqal mesej dengan semua perempuan yang dia nak? Kenapa kau buat macam ni Rayqal? Aku ni bahan mainan kau ke?

Aliya perasan tiga pasang mata memerhatikan mereka berdua, terus dia menarik lengan Rayqal. Kemudian menyuap makanan ke mulut Rayqal. Rayqal pulak macam lembu dicucuk hidung, hanya menuruti.

"Jum lah kita balik kelas. Nanti cikgu Tansi masuk awal pulak" aku mengajak Jasmin dan Esya balik ke kelas. Duduk lama disini buat hatiku panas. Aku bangun dari kerusi dan terus berjalan. Jasmin dan Esya menuruti. Mungkin bagi mereka tak ada apa-apa yang berlaku. Langkahku laju menuju ke kelas.

Sesampainya di kelas aku terus duduk di tempat dudukku. Tiba-tiba mataku terpandang satu kertas berwarna biru terselit di dalam buku teks matematikku yang berada di atas meja. Aku tarik kertas biru yang terselit. Kertas biru itu tertulis "Mawar Mewangi". Again?? Why?? Ada mesej tertulis didalam lipatan kertas biru itu.

Mawar Mewangi,

Kenapa awak tak mesej atau call saya? Please add my no to your phone Mawar. 019*******

Xlast : Your secret crush.

Ada lagi nota misteri dari nombor yang sama. Aku menyimpan balik kertas berwarna biru itu. Hatiku masih panas melihat adegan romantik tadi. Perlukah aku rasa marah begini?? Rayqal bukannya ada hubungan istimewa pun denganku. Serabut kepalaku memikirkannya. Mungkinkah aku seorang yang menaruh perasaan???

Nota CintaWhere stories live. Discover now