Bab 3 : Izzue

340 20 8
                                    

"Alamak....dah lewat ni " aku mempercepatkan kayuhan basikalku. Aku terlambat ke sekolah pagi ini gara-gara bangun lambat. Padan muka aku, siapa suruh tidur lewat malam semalam. Pasti aku akan di denda selepas ini. Aku semakin laju mengayuh basikal. Akhirnya aku sampai di depan pagar sekolah, ada pengawas berdiri di sana,pasti untuk mencatat nama pelajar yang lewat.

"Mawar, lambat kau hari ni. Pegi mana malam semalam? Dating ke?" sapa Rizal, pengawas yang ditugaskan menjaga pagar sekolah pagi ni.

"Ish, mana ada dating, boyfren pun tak ada. Jam loceng ku rosak, sebab tu terlajak tidur pagi tadi.hehe" aku reka alasan menyelamatkan diri.

"Owh.tak de boyfren ye" kata Rizal sambil mengerutkan dahinya,seperti tengah berfikir sesuatu.

"Rizal, tak payah lah tulis nama saya dalam buku tu, saya bukan selalu datang lambat kan?" kataku dengan lembut memujuk Rizal supaya tidak menulis namaku pada buku di tangannya.

"Tak nak nama ada dalam ni ye. Boleh tapi ada syarat" kata Rizal.

"Apa syaratnya? Berapa sen?" aku cuba bergurau dengan Rizal.

"Hmm..jadi girlfren saya, saya tak tulis nama awak dalam buku ni" jawab Rizal.

Aku yang terkejut mendengar jawapannya terus menjawab "Hehe..berguraulah awak ni Rizal. Takpelah tulis jer nama saya dalam buku tu, saya dah lambat ni, gerak dulu, bye". Laju langkahku meninggalkan Rizal. Ish, dia buat main pulak dengan permintaan aku. Aku jalan laju tanpa melihat ke depan. Tiba-tiba..... Gedebuk!!!

Adusss..sakitnya kepala aku. Aku langgar apa tadi ek? Aku mengangkat muka.

"Awak ok ke? Sorry saya terlanggar awak" tanya insan yang melanggar ku tadi. Aku menggelengkan kepala. "Dahi awak tu dah merah" tangannya laju menyentuh dahiku. Aku menolak lembut tangannya.

"Saya ok. Sikit je ni. Sorry, saya yang langgar awak sebenarnya sebab saya jalan tak tengok depan. Sorry ye, ni fail awak" aku mengambil box-file nya yang terjatuh akibat dilanggarku tadi. Dahiku sakit kerana terkena bucu box-file tersebut.

"Saya Izzue, awak?" dia bertanya. Izzue nama orang yang ku langgar.

" Mawar. Saya jalan dulu,saya dah lambat. Sorry sebab langgar awak tadi" kataku terus melangkah laju.

"Mawar, jalan tengok depan ye" kata Izzue tersenyum sambil melambai tangan padaku. Pesanan Izzue membuatku tersenyum. Ya, jalan kena tengok depan, kalau tak habis semua orang akan ku langgar. Hehehe.. Akhirnya aku sampai di depan kelas ku. Kelihatan cikgu Tansi sedang mengajar subjek matematik. Aku mengetuk pintu.

"Selamat pagi cikgu. Maaf cikgu, saya terlewat...." kataku sambil menundukkan wajah, tanda bersalah.

"Haaa Mawar...kamu lewat jadi kamu akan di denda. Berdiri depan ni menghadap rakan-rakan kamu sampai habis waktu kelas saya" arah cikgu Tansi.

Alamak..tak ada denda lain yang lebih baik ke, ok lagi kalau berdiri kat luar kelas, takde sapa-sapa tengok. Ini tidak, aku terpaksa jadi patung di depan ni pulak. Dahi aku mula terasa sakit. Agak-agak dah bengkak dahi aku ni.

Sedang aku berdiri di depan, aku curi-curi melihat wajah-wajah rakan sekelasku. Ku lihat Aliya tersenyum padaku sambil tangannya membuat isyarat good. Argghhh...geram hatiku melihat Aliya, muka je cantik perangai hampeh. Aku merungut marah di dalam hati. Kemudian mataku melihat ke arah Rayqal. Handsome nya dia. Aku tersenyum melihat dia fokus ketika cikgu Tansi memberi penerangan. Kemudian matanya memandangku dan menghadiahkan ku senyuman yang boleh membuatkan siapa saja melihatnya cair. Oppss... aku terkejut lalu terus ku tundukkan wajah. Malunya aku....

Aku mendengar bisikan suara perlahan memanggilku. Rupanya Jasmin dan Esya yang memanggil. Jasmin memberi isyarat menunjuk ke dahinya bertanya kenapa dahiku membengkak. Aku membalas isyarat mengatakan nanti aku ceritakan pada mereka berdua. Ingatanku terus melayang teringat kemalangan kecil tadi. Siapakah Izzue? Kenapa aku tak pernah berjumpa dengan dia sebelum ini? Mungkinkah dia budak baru? Bermacam persoalan bermain di mindaku.

Nota CintaWhere stories live. Discover now