Petang Jumaat itu ada taklimat untuk semua pelajar yang mengikuti lawatan pada hari Isnin nanti. Jumlah kesemua pelajar yang pergi adalah sebanyak empat puluh orang dan empat orang guru dilantik sebagai guru pengiring. Semua pelajar yang terpilih adalah pelajar tingkatan lima.
Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Cikgu Yazid selaku ketua cikgu pengiring untuk lawatan. Tiga lagi cikgu pengiring adalah Cikgu Dahlia, Cikgu Noraini dan Cikgu Zakaria.
Semua pelajar yang mengikuti lawatan diminta berkumpul di Dewan Sri Santubong. Kelihatan Cikgu Yazid dan tiga lagi cikgu berkumpul di atas pentas, seperti tengah berbincang sesuatu. Cikgu Yazid mengambil microphone. Dia mengetuk-ngetuk dulu kepala microphone sebelum mula bersuara.
"Pelajar semua, sila duduk di dalam barisan mengikut kelas masing-masing ye. Cikgu Zakaria akan tolong saya semak kehadiran kamu" arah Cikgu Yazid. Semua pelajar duduk dalam satu barisan panjang mengikut kelas masing-masing. Jasmin berada di hadapan sekali, diikuti Esya, aku, Dieja, Adila, Milia, Maira, Shafiq, Fawwaz, Mukhriz dan yang berada di hujung sekali Rayqal. Cikgu Zakaria atau lebih glamour dengan panggilan Cikgu Zack menyerahkan kertas yang mempunyai senarai nama kelas kami untuk ditandatangani. Ada tiga lagi barisan di sebelah kiri kami mewakili tiga lagi buah kelas tingkatan lima.
"Ok. Jumlah kita semua yang pergi lawatan adalah empat puluh orang pelajar dan empat orang cikgu pengiring iaitu saya, Cikgu Zack, Cikgu Dahlia dan Cikgu Noraini. Setiap kelas akan di ketuai oleh seorang guru. Cikgu Dahlia akan mengetuai kelas 5 Sains 1, Cikgu Zack untuk 5 Sains 2, Cikgu Noraini 5 Sastera 1 manakala saya adalah ketua untuk 5 Sastera 2. Cikgu-cikgu diminta pilih seorang penolong di kalangan murid" ujar Cikgu Yazid, langkahnya di atur menuju ke barisan 5 Sastera 2.
"Milia, saya lantik awak untuk jadi penolong saya. Dalam bas esok kita akan duduk berdua. Kerusi kita berada depan sekali. Saya akan bahagikan kamu duduk dengan siapa. Milia awak akan duduk sebelah saya supaya senang saya nak menyampaikan arahan pada group kita nanti" Cikgu Dahlia memilih Milia sebagai penolongnya, Milia angguk tanda setuju. Tiba-tiba Shafiq bangun dan menghampiri cikgu Dahlia.
"Cikgu, boleh request tempat duduk tak?" tanya Shafiq perlahan seperti bersembunyi.
"Boleh dipertimbangkan. Kamu nak duduk dengan siapa?" Cikgu Dahlia senyum dan bertanya balik kepada Shafiq.
"Maira.." jawab Shafiq perlahan. Mukanya merah menahan malu. Shafiq hanya mencuba, harap Cikgu Dahlia benarkan.
"Saya tak kisah kamu nak duduk dengan siapa tapi pastikan tiada apa-apa masalah yang timbul" kata Cikgu Dahlia lembut namun ada ketegasan dalam kata-katanya.
"Saya janji cikgu. Terima kasih" Shafiq duduk semula di tempatnya. Ada segaris senyuman terukir di bibirnya. Dia kemudiannya berbisik sesuatu ke telinga Fawwaz. Entah apa yang dibicarakan.
"Ok. Saya minta kamu berdiri dan buat dua barisan ikut tempat duduk masing-masing di dalam bas nanti. Saya beri kelonggaran untuk kamu pilih pasangan sendiri" ujar Cikgu Dahlia. Milia terus pergi ke hadapan, berdiri bersebelahan Cikgu Dahlia.
Esya bergerak dan berdiri di sebelah Jasmin, awal dia book Jasmin nampak. Aku berdiri di belakang Jasmin, sebelahku kosong. Aku tak tahu nak ajak siapa bila aku menoleh ke belakang Adila sudah berdiri di sebelah Dieja,pastinya mereka hendak duduk bersama. Shafiq pulak bersama Maira yang tersipu-sipu malu. Fawwaz bersama Mukhriz. Tiba-tiba Rayqal bergerak ke arahku dan terus berdiri di sebelahku. Rayqal menghadiahkan satu senyuman padaku.
"Mawar, I'm your partner" ujar Rayqal padaku. Aku hanya senyum padanya. Dah tiada pilihan lain. Tapi ok jugaklah, taklah aku duduk sendirian. Nasib baik Aliya tidak ikut, kalau tak mesti aku kena lagi dengan dia. Aliya, for this time Rayqal is mine..hahaha Berangan pulak aku ni kan.
"Ok. Semua dah ada pasangan masing-masing, nanti dalam bas ingat kawan sebelah. Pastikan ada. Takut pulak ada yang tertinggal nanti. Satu lagi, kamu di kehendaki menulis saiz baju pada senarai nama ini, lepas tu pulangkan balik pada cikgu" ujar Cikgu Dahlia. Semua rakan sekelasku menulis saiz baju masing-masing didalam kertas tadi. Pasti akan dapat baju ni nanti, fikirku. Setelah siap diisi, kertas tersebut dikembalikan kepada Cikgu Dahlia. Cikgu Dahlia bergerak melangkah menuju ke arah Cikgu Yazid bagi menyerahkan senarai tersebut.
"Baiklah pelajar sekalian, saya ada maklumat yang hendak disampaikan. Program lawatan kita ni adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersama dengan Yayasan Sarawak. Lawatan ini bukanlah semata-mata lawatan kosong, ia ada berkaitan dengan SPM yang bakal kamu duduki. Saya akan edarkam jadual program kita nanti. Ada ceramah, permainan dan lawatan sambil belajar. Saya harap kamu semua mengambil peluang ini sebagai salah satu langkah untuk kamu memperbaiki diri kamu bagi menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini. Kita bertuah kerana kita satu-satunya sekolah yang terpilih untuk mengikuti program besar anjuran Jabatan Pendidikan. Untuk hari pertama kamu dikehendaki menggunakan pakaian sukan sekolah kita. Wajib pakai. Sesiapa yang tidak pakai pakaian sukan tidak akan dibenarkan ikut serta. Hari kedua pula kita akan dibekalkan baju tajaan dari Yayasan Sarawak. Oleh kerana itu, kamu dikehendaki menulis saiz baju kamu pada senarai nama yang telah saya agihkan sebentar tadi. Faham semua?" terang Cikgu Yazid. Cikgu Noraini mula mengagihkan aturcara program kepada semua pelajar.
"Faham cikgu!" jawab semua pelajar hampir serentak.
"Baguslah kalau faham. Saya nak kamu semua berkumpul di perkarangan tempat letak kereta sekolah kita selewat-lewatnya jam 730pagi. Sesiapa yang lewat, when you say hi to me, i will say byebye to you. Understand?" ujar Cikgu Yazid lagi. Murid-murid menjawab yes sir dan menganggukkan kepala tanda faham.
"Kalau tak ada apa-apa lagi,kita boleh bersurai sekarang" kata cikgu Yazid lagi.
Pelajar-pelajar mula bersurai meninggalkan dewan Sri Santubong. Aku mengikut langkah Esya dan Jasmin. Rayqal turut sama ikut. Kenapa pulak Rayqal ni ikut berjalan bersamaku??
"Mawar, saya tak sabar pergi lawatan dengan awak" kata Rayqal.
"Nape lak?" tanyaku.
"Entahlah. Saya rasa happy"
"Happy walaupun Aliya tak pergi?" aku sengaja menduga.
"Happy, yang penting awak sentiasa ada bersama saya"
*Media khas untuk @EshaMeralda & @jasMineMj .. ingat tak tempat tu?hehe
For all reader, thank for reading. Dont forget to vote n comment ya
See ya :)