"Mawar!!"
Panggil suara itu lagi. Aku menoleh dan menghadiahkan senyuman walaupun ikutkan hati, aku tak nak tengok muka dia pun.
"You buat apa kat sini?"
"Kat kedai buku, tengok buku" kedengaran dengan nada yang lembut namun tetap ada kekerasan dalam kata-kataku.
"Eh ye tak ye jugak kan. Takkan makan pulak kat sini kan" Aliya ketawa dengan terbahak-bahak. Lawak sangat ke apa yang aku kata tadi??? Ke ketawakan diri sendiri kerana kata-kataku telah mengena tepat ke mukanya?? Haha padan muka kau Aliya, baik pulak kau dengan aku kat sini. Semalam bukan main lagi nak tampar aku.
"You datang dengan siapa? Sorang je ke?"
Belum sempat aku menjawab, Izzue menghampiri kami.
"Ni kawan awak ke Mawar?" tanya Izzue. Tangannya diluhurkan pada Aliya, tanda perkenalan.
"Hai, saya Izzue. Awak?" Izzue memperkenalkan dirinya pada Aliya. Huluran tangan Izzue disambut baik oleh Aliya.
"Saya Aliya. Saya dan Mawar satu kelas" jawab Aliya, dia kemudian menghadiahkan senyumannya padaku. Manis sangat. Kalau gula dah didatangi semut. Buang tabiat ke dia ni?
"Mawar ni kawan baik saya kat sekolah. Kan Mawar?" Aliya menoleh kepadaku, aku hanya senyum. Mengiya pun tidak, menolak pun tidak. Bila masa pulak aku jadi kawan baik dia? Aliya buat aku pening je.
"Oh. Macamtu. Baguslah" kata Izzue.
"Eh, lupa pulak. Saya ni girlfriend Rayqal, budak baru satu kelas kami" Aliya memperkenalkan diri sebagai kekasih Rayqal. Ada riak terkejut pada wajah Izzue.
"Ooo ye ke? Saya ni sepupu Rayqal. Tak tahu pulak awak ni girlfriend dia. By the way, nice to know you" ujar Izzue. Lucu pulak tengok muka Aliya pulak yang sedikit terkejut mendengar kenyataan Izzue.
"Mungkin Rayqal belum sedia nak kongsikan kut. Hehe takpelah Izzue, kiranya awak dapat tahu dululah tentang kami" baik punya cover si Aliya ni bagi.
"Izzue, jum tengok buku kat sana pulak" aku mengajak Izzue pergi ke bahagian lain di dalam kedai buku. Tak mahu berada lama di situ dengan Aliya. Tak tahu kenapa ada rasa cemburu pada Aliya.
"Oklah Mawar, saya pegi dulu ya. Jumpa lagi kat sekolah nanti my BFF" Aliya melambai tangannya padaku. Kemudian pada Izzue. Izzue membalas dengan melambai kembali pada Aliya. Aliya melangkah keluar dari kedai buku dengan senyuman sampai ke telinga.
"Cantik kawan awak tu Mawar tapi.." puji Izzue. Tiba-tiba hatiku rasa panas.
"Oh. Dia memang cantik. Tapi awak dah terlambat Izzue, Rayqal dah ambil dulu" kataku. Aku tak tahu sekarang ni aku rasa membahang kerana pujian Izzue atau kerana Rayqal.
"Mawar ni, saya belum habis cakap lagi. Tapi awak tetap yang paling cantik di mata saya. Takpe lah, Aliya saya tak dapat, awak kan ada" kata Izzue.
Aku buat tak dengar kata-kata Izzue. Boleh pulak aku ni jadi pengganti kalau tak dapat Aliya. Hishhh.. mendidih. Sebelum aku merapu, baik aku fokus dengan buku-buku yang memanggil aku untuk di tatap.
Aku mengambil dua novel dan pergi ke kaunter untuk membayar. Cukuplah dua. Kalau ikutkan hati aku ni semua aku nak beli.huhu
Di kaunter pembayaran Izzue dah terpacak disitu menunggu. Aku membawa buku ke kaunter. Izzue mengambil buku yang dah aku letakkan di atas kaunter.
"Eh Izzue, novel ni biar saya bayar" kataku bertegas ingin membayar sendiri.
"Takpe. Ni kira hadiah Mawar jugak" tangan Izzue mengambil dua novel yang telah ku pilih tadi. Izzue campurkan sekali dengan tiga lagi novel yang ada dekat situ.