Bab 27 : Next Destination

182 14 54
                                    

"Sebab SAYA SUKA AWAK"

Aku terlopong mendengar kata-kata Izzue. Ternyata soalanku menikam balik diriku sendiri seperti bermain boomerang. Otak!!! Tolong fikir soalan lain. Cepat!! cepat!!

"Mawar, awak ok?"

"Izzue, kita nak pergi mana lepas ni?" aku sengaja menukar topik. Aku takut dengan jawapan pada soalanku tadi. Takut kemungkinan yang bakal berlaku seperti Rizal dulu. Aku belum bersedia untuk itu.

"Makanlah dulu. Sambil kita borak-borak. Ke mana arah tujuan kita selepas ni awak tak perlu risau, In Shaa Allah awak akan suka, Mawar"

"Izzue...."

"Ye Mawar, kenapa ni?"

"Sebelum makan, awak bukalah topeng mask of zorro awak tu dulu. hehehe Nanti tak nampak pulak spageti ni"

"Haha betul jugak. Saya tak perasan saya masih gunakan topeng ni" Izzue gelak. Topeng di mukanya di letakkan di sisi meja. Izzue menarik pinggan spageti dan mula menjamahnya. Nampak sangat berselera. Ya, Izzue nampak sangat berselera menikmati spageti, macam orang kebuluran pulak.haha

"Mawar.."

"Ya.."

"Awak ada boyfren?"

Aku hampir tersedak apabila mendengar pertanyaan Izzue. Nasib baik tak terkeluar spageti dalam mulut aku ni.

"Tak ada"

"Kenapa tak ada? ke Mawar ni memilih sangat.hehe"

"Eh taklah. Tak ada....sebab tak ada orang yang nak..."

"Kalau macam tu Izzue nak lah"

Sekali lagi aku terlopong. Apa aku nak buat ni? Nak cakap apa lepas ni? Aku kerahkan otakku untuk berfikir soalan lain lagi bagi mengelak kata-kata Izzue. Aku tak bersedia jika Izzue ingin mengajak aku menjadi pasangannya ketika ini. Mataku melilau melihat sekeliling. Mencari idea untuk menukar topik. Akhirnya idea tercetus dimindaku.

"Izzue, kek oreo cheese yang orang meja sebelah kita ni makan nampak sedap je" itulah idea yang tercetus di mindaku untuk melarikan diri dari topik perasaan tadi. Izzue menoleh perempuan yang sedang makan di sebelah meja kami. Tiba-tiba Izzue berdiri dan memanggil waiter. Dia kemudiannya memesan satu slice kek oreo cheese. Alamak!! Idea yang dicetuskan tadi menambahkan bilangan kek yang aku dapat.

Seketika kemudian datang seorang pelayan membawa satu kotak kecil dimana kek oreo cheese ditempatkan. Pelayan itu meletakkan di atas meja kami berdua.

"Cik, tolong bungkuskan kek strawberry ni ya. Saya nak bawa balik" kata Izzue. Perempuan tersebut mengangguk dan membawa kek strawberry tersebut untuk dibungkuskan.

"Nanti Mawar bawa balik kek strawberry ni, makan bersama family. Oreo cheese cake ni untuk Mawar makan bila dah terasa lapar nanti" kata Izzue. Baik sungguh Izzue. Kesiannya dia terpaksa keluarkan duit belikan kek untukku.

"Habiskan spageti tu, lepas ni kita ada plan lain pulak"sambung Izzue lagi. Aku hanya mengangguk. Malas sudah aku hendak bertanya ke mana tujuan kerana aku tahu aku tidak akan dapat jawapan yang betul. Entah apalah pulak plan Izzue selepas ini.

Usai makan kami melangkah keluar dari kedai Secret Recipe. Driver mama Izzue sudah menunggu kami di luar kedai. Izzue membawa kotak kek strawberry tadi bersama kotak kecil kek oreo cheese. Aku hanya mengikut langkah Izzue. Kami memboloskan diri ke dalam kereta sebelum kereta bergerak menuju ke arah destinasi seterusnya.

Kereta berhenti di depan City One Megamall. Izzue mengajakku turun. Kami melangkah ke dalam salah satu pusat membeli belah terbesar di Kuching.

"Mawar, kita main satu game lagi ye" kata Izzue. Bukan satu persoalan, seperti satu kenyataan sahaja kata-kata Izzue.

Nota CintaWhere stories live. Discover now