Aku masih tergamam, cuba mengingati hari ini hari apa. Kenapa aku boleh lupa hari jadi sendiri? Mama dan papa tak ucap happy birthday pun? Ke mereka lupa macam aku jugak.
"Hari ini hari jadi aku ke?aku lupalah" tanya aku pada Jasmin dan Esya.
"Alamak Mawar, itupun kau lupa ke. Itulah kau banyak sangat makan semut" Esya menjawab, eh apa pulak aku banyak makan semut, ingat semut tu sedap ke..hahaha
Tanganku masih memegang kotak kecil yang terbuka. Jasmin kemudiannya mengambil rantai emas dan mula meniliknya seperti tauke jual emas.
"Emas betul ni Mawar. Beruntungnya kau. Mahal ni. Tengok, memang sesuai kat kau, pandai Adam pilih" kata Jasmin, dia meletakkan rantai tu pada leherku.
"Ye betul tu. Cantik betul. Kalaulah Ezad bagi rantai macamtu masa hari jadi aku nanti. Wahhh bestnya, mesti romantik" Esya mula berangan, kedua tangannya diletakkan dipipinya, dia mula tersenyum-senyum sendiri.Pasti sedang membayangkan Ezad tu. Aku dan Jasmin tertawa melihat gelagat Esya, romantic girl ni.
"Selamat hari jadi Mawar. Aku dan Esya pun ada hadiah untuk kau. Asalnya kami rancang nak bagi masa kita sama-sama berjalan balik dari sekolah. Tapi dah alang-alang ada kat sini, bagi terus jer lah" ujar Jasmin, dia menyuruh Esya mengambil sesuatu di dalam beg. Esya membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan hadiah dari mereka berdua.
"Haa..ni hadiah dari we all. Hope kau suka Mawar" kata Esya sambil menyerahkan bear berwarna coklat muda yang memegang love yang tertulis friends forever.
"Cutenya. Terima kasih banyak-banyak awak berdua. Seronoknya" aku mengambil bear tersebut dan memeluknya, menciumnya. Serius bear ni sangat cute. Happy nya. Kan best kalau hari-hari hari jadi. Hehehe
"Baguslah kau suka Mawar. Tapi hadiah Adam lagi special " kata Jasmin sambil senyum.
"Special tapi aku tak kenal siapa Adam" kataku. Ya, hadiah ni memang istimewa, cuma sayangnya aku tak mengenali siapa Adam yang sebenarnya.
"Oklah. Jum kita balik rumah. Hari dah macam nak hujan tu" kata Esya menunjuk ke arah langit yang sedikit mendung. Kami bertiga berjalan meninggalkan kantin, namun sempat mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada makcik kantin.
"Kau ada plan ke petang ni Mawar?" tanya Jasmin.
"Takde apa-apa plan. Duduk rumah je kot. Aku nak singgah kedai buku Pakcik Amit tu sekejap, nak beli majalah lepas ni. Korang nak ikut tak?"
"Tak naklah Mawar, aku nak balik rumah cepat ni. Aku dah janji dengan mak aku nak tolong dia" kata Esya. Aku menoleh Jasmin, dia juga menggeleng. Sejak bila ulat buku dua ekor ni taknak pegi kedai buku,selalunya tak pernah menolak.
"Oklah kalau macam tu aku pergi sorang" kataku, takpelah aku pergi sorang je. Aku tahu hari ni akan datang keluaran baru majalah remaja,aku memang peminat majalah tu, setiap siri aku beli jadikan koleksi. Aku mesti dapatkan majalah tu hari ini jugak.
"Ok. Hati-hati ye Mawar. Kami balik dulu" Jasmin sempat berpesan padaku. Kami bertiga berpisah disatu simpang jalan kerana kedai buku Pak Amit berada di hujung jalan simpang yang satu lagi. Aku gagahkan langkahku, akhirnya aku sampai di depan kedai buku Pak Amit.
"Mawar, pakcik dah reserve satu majalah remaja untuk kamu. Haa ni dia" kata pakcik Amit. Pakcik Amit memang akan simpan satu untukku sebab aku ni pembeli nombor satu disini..hehe aku sendiri yang membuat andaian itu.
"Terima kasih pakcik. Lepas ni saya bayar majalah ni, saya nak tengok buku lain dulu" kataku, pakcik Amit hanya tersenyum. Aku terus melangkah masuk ke dalam kedai untuk mencari buku teka silang kata dan sudoku untuk Amsyar nak. Tak tahulah kenapa dia suka sangat buku tu,katanya dia akan jadi lebih pandai kalau selalu menyelesaikan teka silang kata dan sudoku. Awal pagi lagi aku dah dapat pesanan dari Amsyar untuk beli buku tersebut sekiranya aku ke kedai buku nanti. Pesanan penajalah katakan.
Ketika aku sedang leka membelek buku yang Amsyar mahukan tadi, mataku teralih ke arah satu sudut di mana terdapat seseorang yang sedang leka memilih buku. Ada satu aura yang memaksa mataku melihatnya, jelas kelihatan dia tu boleh dikategorikan good looking man. Ditangannya pula sudah ada satu majalah iaitu majalah remaja, mungkin dia peminat majalah tu jugak kot. Tapi aku tidak mengenali lelaki yang aku lihat ini, tidak pernah nampak sebelum ini, mungkinkah anak pak Amit. Tiba-tiba dia perasan aku memandangnya dan dia senyum. Cepat-cepat aku alihkan pandangan mataku ke tempat lain, seolah-olah tak melihatnya sebelum ini. Aisehmen malunya aku. Aku terus ambil buku yang Amsyar mahu dan membawa ke kaunter untuk dibayar bersama majalah ku tadi. Setelah membayar aku terus melangkah keluar menuju ke rumah.
Sesampainya di depan rumah aku melihat kereta mama ada didepan rumah tapi yang hairannya semua pintu kereta mama terbuka. Barang berselerak di sekeliling kereta mama. Hatiku mula tak tenteram. Tapi kereta papa pulak tak ada. Apa yang berlaku dengan mama?? Aku lihat pintu rumah terbuka sedikit,hatiku mula bingung, mungkinkah rumah dimasuki pencuri,mama tak pernah biarkan pintu rumah terbuka kalau papa tak ada dirumah. Aku menuju ke depan pintu, aku terkejut, tiba-tiba......