"Mawar, kau ada hati dengan Izzue tak?" tanya Esya, mulutnya penuh dengan makanan tapi sibuk juga nak tanya soalan cepu mas padaku.
"Tak tahulah beb" pendek jawapanku. Jawapan yang telus lahir dari hati.
"Cuba kau pandang Izzue tu. Ada rasa berbunga tak?" Jasmin pula menyoal. Kenapa pulak dengan mereka berdua ni, aku sumbat dengan mi goreng ni baru tahu. Masa makan dikantin jugak masa yang diorang berdua ni guna untuk tanya soalan pelik padaku.
"Haha..berbunga macammana?" tanyaku ingin kepastian dua doktor cinta di hadapanku ini.
"Tanya pada yang pakar. Cik Esya, sila jawab" arah Jasmin pada Esya.
"Aku bagi kau contoh ye. Macam aku bila aku tengok je si Ezad tu jantung aku terus berdegup kencang. Pastu kalau sehari tak jumpa dia mesti rasa hari aku tak lengkap, tak sempurna seperti siang tanpa matahari, malam tanpa bulan bintang" ujar Esya sambil melentokkan tangannya seperti penari inang.
Pecah ketawaku mendengar penjelasan Esya. Dia menjegilkan mata padaku.
"Aku tak tahulah Beb. Tak pasti"
"Takpe. Aku dah boleh buat analisis sedikit dari jawapan kau tu" kata Jasmin dengan dahinya berkerut seperti sedang memikirkan masalah dunia.
"Dah. Baik korang makan cepat. Lepas ni kan kelas matematik. Kalau lambat nahas kita nanti" kataku, sengaja memberikan kelas matematik sebagai alasan. Mereka berdua mengangguk. Sesi makan diteruskan.
~~~~~~~~~~~~
"Murid-murid sekalian, cikgu ada satu pengumuman!" kata Cikgu Yazid selaku cikgu biologi. Kelas menjadi senyap, tumpuan difokuskan pada pengumuman Cikgu Yazid.
"Sekolah kita akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Lundu-Sematan selama dua hari. Pelajar yang terpilih dari kelas kita adalah berdasarkan markah ujian semester lepas dan pemilihan dari cikgu-cikgu yang berkaitan" ujar Cikgu Yazid. Semua murid bertanya sesama sendiri siapakah yang akan menyertai lawatan tersebut.
"Di tangan saya ada sebelas nama yang akan menyertai lawatan itu. Hanya nama yang bakal saya sebutkan layak pergi ke Lundu-Sematan" kata Cikgu Yazid bak pengacara Akademi Fantasia. Ada bakat Cikgu Yazid ini menjadi pengacara, aksinya spontan dan bersahaja.
"Ok. Nama pertama yang akan saya sebut adalah..." seperti pengumuman Miss World pulak..haha aku tertawa sendiri.
"Mawar!" kelas menjadi riuh bila namaku disebut. Tak sangka ramai pulak peminat. Terima kasih semua..haha berangan je tu!
"Yang akan join Mawar adalah Jasmin, Dieja, Fawwaz, Shafiq, Esya, Maira, Adila, Milia dan Mukhriz" kata Cikgu Yazid. Semua nama yang disebut mengukir senyuman dibibir. Aku lagilah seronok kerana teman baikku pergi bersama.
"Tapi cikgu, baru sepuluh. Seorang lagi siapa cikgu?" tanya Shafiq sambil mengangkat tangannya.
"Dan yang ke sebelas adalah Rayqal" sambung Cikgu Yazid lagi. Semua murid bersorak. Eh kelas aku ni semua orang yang terpilih diberi sorakan. Adil semua mereka ni.hehe
"Rayqal terpilih berdasarkan keputusan ujian di sekolah lama. Tak sangka rupanya Rayqal pelajar cemerlang di sekolah lamanya. Tahniah Rayqal" ujar Cikgu Yazid, Rayqal hanya tersenyum. Kelihatan Aliya senyum lebar dengan muka bangganya. Iyelah kan kekasih dia yang dapat pujian, tak ke bangga giler.
"Jadi semua nama yang saya sebutkan tadi tampil ke depan untuk mengambil borang kebenaran ibu bapa, esok mesti serahkan balik pada saya" Cikgu Yazid mula mengagihkan borang bila semua pelajar yang disebut tadi sampai ke mejanya.