Ballroom yang boleh memuatkan lebih kurang enam ratus orang itu telah siap dihias gaya prom night. Emilin menggeleng. Dah tua-tua nak prom night bendanya?
"Em?" Dia berpaling memandang orang yang menegur.
"Am!" Macam nak melompat Emilin jumpa kawannya yang seorang ni. Besties la katanya. "Bila last kita jumpa?"
"About a year ago. Why?" Disebabkan kekangan kerja, mereka dah lama tak duduk melepak sambil sembang kencang macam dulu.
"You're sure a stunning gorgeous doctor," ujar Emilin nakal sambil mengenyitkan mata.
Tawa Izham pecah dengan karenah sahabat baiknya ini. "Bongok!"
Dari dulu tak berubah. Gaya je la berbeza, dah nampak anggun dan sofistikated sekarang. Eksekutif syarikat kan. Tapi sengalnya tak jugak hilang.
Tiba-tiba Izham rasa lengan bajunya ditarik. Ya Allah! Lupa ada Wahi dekat sini.
"Em, I want you to meet my girl, Wahi. Wahi, ni ex-girlfriend abang dulu, Emilin,"
Berubah muka Wahi apabila mendengar kata-kata tunangnya itu. Sungguh dia cemburu dengan gadis cantik di hadapannya ini. Dah la Izham selamba memperkenalkannya sebagai girl sahaja.
Kamon la, Abang Am. Kita tunang kut!
"Am, tak baik tau menipu. Kau tengok, dah down dah muka girl kau," sambil menahan ketawa Emilin pukul lengan Izham dengan clutch LVnya.
Menndesis mamat tu dibuatnya. Helo, ni Emilin la. Tak main la pukul-pukul manja.
"Wahi, saya Emilin," dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan pasangan Izham itu. "Partner in crime boyfriend awak ni. Don't worry or hate me, we're completely platonic. Okay?"
Wahi menyambut salam itu sambil mengangguk. Ragu-ragu nak percaya perempuan di hadapannya ini. Cantik macam ni, tipulah kalau Izham tak pernah ada hati padanya.
Takpe, nanti dia siasat!
"Tunang,"
"Hah?"
"T.. tak, saya t... tunang Abang Izham,"
Izham tarik sengih menganjeng sambil mendekatkan telinganya pada Wahi. "Apa Wahi? Abang tak dengarlah,"
Wajah Wahi jelas kelihatan merah. Pembuli!
"Oh, tunang! Seriously, Am? Tak bagi tahu pun. Sentap, fullstop!"
"Sshht! Kejap, bebel kejap lagi. Aku nak dengar dia ulang relationship kitorang tadi. Apa Wahi?"
Gadis itu yang sudah bengang dengan usikan mencubit lengan Izham manja. "Main-main eh?"
"Dah tu, susah sangat abang nak dengar Wahi mengaku tunang abang," dia mencuit hidung gadis itu.
Emilin rasa nak melting dekat situ jugak. Alololo... sweetnya!
"Walaupun aku terharu tengok aksi manja korang, aku tetap nak tahu kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau dah bertunang? I mean, aku ada crush pun aku beritahu kau kut!"
"Masa kau pergi UK dulu sikit pun kau tak khabar. Fair and square la. Anyway, cakap pasal crush... kau datang sorang je ke?" Izham angkat kening mengusik.
"As I told you, alone. Aku kesah pulak tema prom night nak kena ada date ke apa. I'm totally alone,"
Izham ketawa mendengar jawapan sahabatnya itu. "Bunyi loner sangat tu. Jangan risau, Mr Ingenieur ada,"
Dan dia terus melangkah bersama Wahi, meninggalkan Emilin. Siap dengan smirk lagi.
Perempuan tu dah rasa berapi. Ahh siot punya member!

ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
Romanzi rosa / ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...