Cerita 1

7.2K 179 9
                                    

Sudah hampir setahun. Empat tahun yang tak sabar aku habiskan di sini, aku tambah lagi setahun, lalu menjadikan lima tahun aku berjauhan dengan umi dan Naufal.

Dan setahun yang terakhir ini, sangat jarang aku menghubungi umi. Begitu juga Naufal. Bukan kerana aku ingin membelakangkan umi, tapi kini aku ada tanggungjawab lain.

Tahun kedua aku disini, aku berjumpa dengan kak Ana. Rindunya bukan kepalang, dapat berjumpa semula dengan kakak kandungku sendiri. Ketika itu dia sedang menolak stroller bayi di taman berseorangan. Dan dengan beraninya aku peluk kak Ana dari belakang.

Dan sejak hari itu, aku duduk di apartmen kak Ana. Dia mengajak aku berpindah ke situ, menemaninya yang duduk bersendirian, tapi ditemani anak-anak kembarnya, Adriana dan Akil. Sejak hari itu juga kak Ana mengajar Adriana dan Akil memanggil aku mummy dan kak Ana digelar umi.

Dalam diam aku tahu kak Ana menahan getar dan rindu setiap kali Adriana dan Akil memanggilnya umi. Aku tahu kak Ana rindukan umi. Dan aku tahu, umi rindukan kak Ana.

Sebab dengan tidak sengajanya umi jawab panggilan skype aku ketika dia berada dalam bilik kak Ana. Sesekali dua aku biarkan, tapi aku ada tegur umi. Tapi umi kata, dia nak kosongkan bilik kak Ana. Sebab kak Ana takkan balik semula ke Malaysia.

Entahlah, puas aku pujuk umi untuk terima kak Ana semula. Dan aku pujuk juga kak Ana supaya balik ke Malaysia menyelesaikan segala permasalahannya dengan umi.

Namun dua-dua ego dan keras kepala. Daniel pula jarang ada di rumah. Sekejap ke China, sekejap pulang ke Malaysia, sering meninggalkan kak Ana bersendirian di sini. Atas sebab itu juga aku pindah dari kolej ke sini. Sekurang-kurangnya aku ada kawan untuk berbual dan melepaskan rasa tertekan.

Tapi report kesihatan milik kak Ana yang aku jumpa secara tak sengaja pagi itu setelah aku kemas pakaiannya masuk ke dalam almari mengubah segalanya.

Aku marahkan kak Ana yang tidak berterus terang dengan aku dan umi, serta bertindak merahsiakan perkara sepenting ini dari kami, ahli keluarganya yang paling rapat!

" Kak Ana! This is cancer. Liver cancer Stage 3! Apa yang kak Ana fikir? Sampai bila kak Ana nak rahsiakan dari umi? Sekurangnya kalau kak Ana mati, kak Ana dengan umi dah berbaik. Dah tak bergaduh dan bertengkar macam sekarang" entah apa yang merasuk aku malamnya. Dia pulang dengan wajah yang begitu pucat. Jalannya begitu lemah sambil memicit-micit kepala.

Terkejut bukan kepalang kak Ana ketika melihat aku yang berdiri di balik langsir memandangnya penuh tajam. Aku pegang juga kertas yang memberitahu mengenai kanser hati yang dihadapinya.

" Kak Ana tak boleh. Ini jalan yang kak Ana pilih. I've been here for fucking 5 years Maira. Kak Ana taknak patah balik."

" Apa yang tak boleh patah balik? Kak Ana boleh ceritakan mengenai perkara sebenar. Kenapa kak Ana kahwin dengan Daniel. Kenapa semua ni terjadi. Kak Ana tak perlu tanggung seorang. Maira ada untuk tolong kak Ana" aku peluk kak Ana. Tangisanku makin menjadi-jadi.

Lima tahun kak Ana simpan perkaran ini seorang diri. Demi tidak mahu membuat umi susah hati dan risau, dia korbankan dirinya.

Lama kami berpelukan. Aku bawa kak Ana masuk ke dalam bilik dan kami berbaring.

" Sejak bila kak Ana?" aku masih teragak-agak untuk bertanya.

" Lepas akak posting. Maira ingatkan? Kak Ana kena posting ke Sabah, tapi rawatan kesihatan kak Ana tak baik. Kak Ana taknak susah kan ibu. Dan kak Ana tahu, Maira pun nak sambung belajar masatu. Sampai bila kak Ana nak susahkan ibu?"

Raihana Hanisah. Kenapa kak Ana selalu buat Maira kagum dengan kak Ana?

" Kak Ana ke Langkawi lepastu. Kak Ana ingat nak tenangkan fikiran. Tapi lepastu kak Ana jumpa Daniel dan kak Ana cerita mengenai penyakit akak. Dia terus ajak kak Ana ke sini."

HUMAIRAWhere stories live. Discover now