Dah bab 16 tak kahwin pun lg Maira ni. Bosan betul HAHAHHA
Awal pagi lagi aku dah terbangun. Dekat lima enam kali ada panggilan masuk aku endahkan. Tapi disebabkan panggilan tu tak putus-putus masuk, aku terjaga dengan sendiri dan terus segar. Dengan malas, aku capai handphone dan aku tengok waktu. Baru pukul 7.30 pagi, tak sampai sejam pun lagi aku sambung tidur lepas subuh tadi. Dengan gagah aku buka mata luas-luas melihat gerangan sang pemanggil.
Umi?
Tak buang masa, aku terus call umi semula. Dalam fikiran aku kosong, sebab tak tahu apa punca umi call aku sampai banyak kali dalam waktu macamni. Ada kecemasan ke?
" Maira!" bisik umi dalam nada berbisik.
" Yee umi. Maira tidur lepas subuh tadi. Ada apa umi call pagi-pagi ni? Ada emergency ke?" terus aku bertanya. Tak sempat nak beri salam, umi terus panggil nama aku.
" Maira main-main apa ni? Ni Saif ni siapa pula ni? Pagi-pagi dah terpacak depan rumah, katanya kejap lagi dalam pukul 9 lebih macam tu ibu dia dengan kakak dia sampai nak meminang Maira. Apa Maira buat ni? Tak sayang Naufal ke apa ni?"
" HAH?! Umi jangan lah main-main. B-betul ke Saif tu ada dekat situ?" aku pula yang menjerit. Terus terbangun aku dari pembaringan dan duduk di tepi katil sambil berlegar-legar dalam fikiranku wajah umi yang memang sedang menahan marah dan geram saat ini.
Tapi masalahnya aku sendiri tak tahu Saif sampai dengan beraninya pergi ke rumah umi pada waktu begini dan datang untuk masuk meminang? Dia gila ke?
"U-umi, Maira tak tahu yang Saif datang. No, I mean, Maira memang tak tahu apa-apa. Mana dia sekarang?" Saat ini aku betul-betul mengharap ada pintu ajaib Doraemon untuk aku terus sampai ke rumah umi.
" Okay, now you tell me. Apa yang dah jadi ni? Saif said Maira dengan Naufal dah takde apa apa lagi. Maira dah taknak dengan Naufal lagi?" suara umi mula kendur dan lembut.
Aku diam tanpa jawapan. Tak bersedia menerima soalan begitu dalam waktu begini.
Entahlah, aku sendiri tak tahu nak beri jawapan apa. Dah dua bulan aku dan Naufal putuskan perhubungan kami, tapi masing-masing mendiamkan diri dan masih merahsiakan perkara ini daripada pihak keluarga.
" Okay. Sekarang umi nak Maira buat keputusan. Kalau family Saif datang nanti, apa yang umi perlu jawab? Maira nak terima ke pinangan Saif ni? " umi berterusan memberi soalan.
" Saif ada cerita tentang Naufal pada umi. Kenapa Maira tak cerita pada umi? Kesian anak umi, sampai hati Naufal tipu Maira" suara umi semakin lembut dan sayu.
Ahh, rindunya pada umi. Rindunya pada wajah lembut umi, suara umi dan nasihat-nasihat umi. Mula rasa terpukul dan bersalah kerana aku terlalu berahsia terhadap umi mengenai rahsia ini. Agaknya umi kecil hati?
Aku juga masih diam dihujung talian. Buntu memikirkan masalah yang tak pernah aku tahu akan datang pada hari ini.
" Umi tunggu Maira balik boleh?"
Diam. " Helo umi?"
" Hello Maira. This is Saif speaking. Umi ke ruang tamu kejap. Saya pula tengah duduk breakfast dekat dapur rumah umi. Awak nak balik harini?"
" None of your bussines Saif. Awak buat apa ni? Pergi balik lah" aku mula bersuara jengkel. Dalam sejam setengah sahaja lagi, dah nak masuk pukul 9. Saif dah ada di rumah umi, dan aku pula masih duduk tak senang di katil rumah sendiri.
" Lah, apa yang saya buatnya? Saya sedang berkenalan dengan bakal mak mentua saya. Saya sedang interview umi tentang awak. Apa yang awak suka, apa yang awak tak suka. Pendek kata, saya ni memang sweetlah Maira"
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...