Cerita 32

1.1K 94 20
                                    

"Hi, Suraya ada?" aku menghampiri kaunter bayaran. Tray berisi kek aku serahkan kepada Lily, salah seorang pekerja Suraya yang aku kenal sepanjang aku menghadiri kelas disana. Kedai kelihatan agak kosong, kek dan roti masing lagi memenuhi chiller dan meja. Selalunya kalau waktu macamni, banyak yang dah habis.

"Kak Suraya cuti lah kak. Dah dekat seminggu dia cuti. Emergency katanya" roti dan kek yang bersusun, dimasukkan kedalam plastik dengan kemas sambil dia menekan-nekan mesin pembayaran.

Aku angguk dan membayar. Sejak semalam sudah berkali-kali sebenarnya aku cuba menghubungi Suraya untuk memberitahunya aku mahu menanggguhkan kelas ku buat sementara waktu.

Tengok lah keadaan macammana samada aku batalkan terus kelasku disini dan bertukar ke kelas lain ataupun lupakan terus cita-cita mahu membuka kedai kek dan roti.

Terbit rasa risau didalam hati, tatkala aku melihat last seen pada status WhatsApp nya pada hari Ahad yang lepas. Gambar juga sudah bertukar diganti dengan gambar dirinya jika sebelumnya gambar bersama dengan kedua anak kembarnya.

Aku meminta diri untuk pulang setelah hampir 10 minit berbual kosong dengan Lily. Sempat aku titipkan pesanan agar Suraya menghubungiku sebaik sahaja dia masuk kembali bekerja.

From: Umi
Maira, nanti tolong belikan barang-barang nak buat mac and cheese ya. 

Aku balas ya dan mengemaskan ikatan kasut pada kaki. Langkahku kembali perlahan disaat memandang deretan hypermarket yang mencuri tumpuan. Pantas juga proses pembukaannya kerana seingat aku hari Khamis lepas deretan ini masih tutup dan pekerjanya sedang sibuk mengangkat dan menyusun barang masuk kedalam kedai.

Tidak membuang masa, aku melintas jalan dan mengambil untuk singgah bagi membeli barangan yang dipesan umi. Sempat juga aku berpusing-pusing di beberapa bahagian melihat apa yang menarik untuk dibeli sebelum ke kaunter pembayaran.

Saat melewati rak bahagian barangan bayi, tak semena langkahku terhenti. Aku pandang satu-satu barangan yang bersusun sambil membuat perkiraan adakah sekarang sudah tiba masa yang sesuai untuk aku beli sedikit demi sedikit barangan untuk persediaanku kelak.

Otak mula mencongak baki simpanan duit yang masih bersisa didalam bank. Cukup ke nak beli semua barang baby ni?

"Maira" satu suara yang amat dikenali menegurku.

Lamunan jauh ku tersentak. Cepat-cepat aku kembali ke dunia nyata lalu meneruskan langkahku ke ruangan sebelah. Pemilik suara tadi aku tinggalkan bersendirian tanda aku masih lagi tidak bersedia untuk berhadapan dengannya.

"Jangan buat abang macamni. Kenapa Maira tak jawab semua call abang?" Saif menahan troliku. 

"Abang pergi rumah umi, tapi sunyi. Abang bagi salam tak bersahut. Maira pergi mana?" 

Aku lepaskan pegangan tanganku pada troli dan meninggalkan Saif bersamanya di belakang. Malas nak bertekak di khalayak ramai.

"Please, please balik rumah kita. Abang nak bincang" lenganku ditarik Saif. 

"Lepaskan saya" aku menahan marah. Pegangan tangannya aku tolak perlahan-lahan.

"Saya tunggu dalam kereta" troli daripada Saif aku ambil lalu aku tolak ke kaunter pembayaran. Siap membayar, barangan didalam plastik diangkat Saif lalu kami beriringan berjalan masuk ke dalam kawasan parking. Selesai menyusun barang di bonet belakang Saif hilang semula hampir 15 minit sebelum dia kembali ke kereta dengan keadaan yang basah.

Oh hujan rupanya.

"Hujan, abang tak bawa payung" dia mengibas rambut yang basah. Aku membuka pintu lalu ke bahagian seat belakang. Beg pakaian yang masih terletak elok di bahagian kaki aku angkat dan mengeluarkan tuala kecemasan yang disimpan Saif seperti selalu.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now