" Nanti dulu Maira. Tunggu, dengar dulu penjelasan saya" Lin menghalang langkahku didepan lif.
" Ya Allah, awak nak jelaskan apa lagi ni Norazlin? Hah? Please, saya ada banyak sangat perkara penting dalam hidup yang perlu saya fikir. Could you please?" aku meminta laluan.
" Maira, dengar dulu. Saya dengan Naufal, kami dah tiada apa-apa. Talak dah dilepaskan, jadi saya cuma menunggu hari untuk bersalin. Lepastu, Naufal milik awak. Jangan buat saya dan dia macamni."
Lengan yang dipaut Lin aku leraikan dengan perlahan. " Lin, tolonglah. Saya dan malas nak dengar semua ni. Saya tak nampak apa point Naufal perlu berkahwin dengan awak dulu. Sekarang, awak dah mengandung, Lin. Awak ingat saya tergamak ke nak runtuhkan rumah tangga yang awak dengan Naufal bina?"
" Yes, saya marah. Marah sangat, tapi saya masih rasional. Anak ni, anak awak dengn Naufal. Kenapa korang berdua perlu sampai bercerai demi nak jaga hati dan perasaan saya? Kalau awak dengan Naufal, betul-betul nak jaga hati dan perasaan saya, dah lama dah kamu berdua jaga. Bukan bila saya nampak dengan mata dan kepala saya sendiri" tegasku.
" Lin, saya tak marah dan bencikan awak. Begitu juga pada Naufal. Tapi apa yang awak buat pada saya sangat kejam dan jahat. Tergamak korang berdua tipu saya bertahun-tahun, dan kantoi depan mata saya sendiri."
" I'm sorry" ucapnya lagi. Aku pegang bahu Lin dan aku peluk.
" Simpan kata-kata maaf awak tu. Saya taknak dengar, sebab semuanya dah lambat. I have to go now. Bye" lalu aku masuk kedalam lif. Wajah Lin aku pandang sehingga pintu lif rapat.
Berkata baik bukan bermakna aku memaafkan. Cuma sikap aku memang begitu.
" Sedap? Kalau sedap, lain kali abang bawa Maira datang sini lagi"
Aku angguk dan turut memuji masakan yang dihidangkan. Tak sangka, pandai abang Syazwan mencari kawasan yang menyediakan masakan laut dan barat yang sedap, walaupun agak jauh dari ibu kota.
" Ini sebenarnya restoran kawan abang. Tapi, dia tiada sekarang, pergi bercuti. So, parents dia yang uruskan kedai ni sekarang. Abang sengaja bawa Maira, sebab nak curi hati Maira lagi"
Aku tunduk memandang makanan. Tiada respon aku berikan terhadap kata-kata abang Syazwan.
" Hei, abang gurau ajelah. Takut sangat kalau kita mengorat dia. Bukan, abang sengaja bawa Maira, sebab abang teringin nak makan ke sini tapi semua kawan abang busy. So, abang bawa adik abang ni"
" Abang takkan takde girlfriend? Abang dah 33 tahun kot. Dah boleh ada 3 anak kalau abang kahwin umur macam Maira ni."
Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan, tapak tangan dirapatkan lalu dia meletakkan dagu diatasnya. Mata memandang aku tak lepas-lepas.
" Abang tak jumpa orang macam Maira, macammana abang nak kahwin?"
" Abang ni, janganlah main-main."
" Ada pula cakap abang main-main. Betullah, selagi abang tak jumpa perempuan yang sama perangai dan ciri-ciri macam adik abang ni, abang taknak kahwin. Susahlah nak jumpa yang sama perangai macam Maira"
" Ada ke situ pula. Abang kenalah pandai cari. Tak semestinya yang macam Maira ni aje yang abang nak tunggu. Ramai kan pegawai dekat office sana yang abang boleh kenal. Anis tu pun single lagi kan bang? Mengoratlah" aku memberi cadangan.
Dia menggeleng, tanda tak mahu.
" Abang tak kisah pun pasal kahwin ni Maira. Yang penting, mama bahagia dan abang boleh jaga mama. Sampai jodoh, abang kahwin lah. Ni adik abang ni, bila nak kahwin? Nak bertunang sampai bila ni?"
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...