Sabtu.
Ahad.
Dan hari ini, hari Isnin. Anak mata yang terkatup rapat aku buka perlahan-lahan dan berfikir apakah aktivti yang menarik untuk aku lakukan pada hari ini. Sudah dua hari Saif diam tanpa khabar berita. Group WhatsApp belah keluarga Saif juga telah lama aku mute dengan alasan tidak mahu mencampuri segala urusan mereka.
Mereka sudah menemui orang baru.
Gelas yang berhampiran aku capai lalu aku tuangkan air kosong didalamnya. Dua hari berlalu, tiada sebutir pun nasi yang aku jamah mahupun sebarang makanan yang aku makan. Selera aku mati.
Hilang dahaga, aku kembali berbaring. Tangan meraba-raba perut yang masih kempis, merisaukan nasib kandunganku yang hanya baru mencecah 7 minggu. Terbit rasa bersalah dan takut kerana mengabaikan tanggungjawabku kepada insan ini. Kalau Saif tahu aku mengandung, adakah dia akan kembali?
Aku bangun, lalu menatap keadaan diri didalam cermin. Kusut masai, busuk, aku tidak mandi sejak semalam pagi. Rambut ku tidak bersikat dan wajahku kusam. Aku ambil sikat diatas meja lalu menyisir rambut dan mengikatnya. Telefon bimbitku ada sekurang kurangnya 4 missed calls daripada Yusuf, dan 2 daripada Suraya.
Kepala yang masih berdenyut, aku urut berkali-kali. Tekakku mula terasa mual mahu muntah, namun masih dapat kutahan. Aku bergerak ke bilik air. Selesai urusan didalam bilik air, aku menapak semula ke dalam bilik.
Aku berpegang pada pintu bilik air saat pandangan mataku mula menjadi kabur. Aku gagahkan untuk keluar namun langkahku silap.
Duniaku gelap.
*__________________________*
Kepala yang berdenyut, masih terasa. Sayup sayup kedengaran, suara orang membaca surah Al Quran yang tidak begitu jauh denganku. Bacaannya lancar, dan merdu. Kadang-kadang dia berhenti beberapa minit sebelum bacaannya diteruskan. Aku amati surah yang dibaca, suara itu sedang mengalun ayat daripada surah Yasin.
Aku dah mati ke?
Lama, barulah aku membuka anak mata. Aku lihat kelibat umi yang bertelekung, duduk diatas sejadah sedang mengaji. Abang Haqeem pula duduk berhampiran di sofa bujang, sedang terlena.
"umi" suaraku lemah. Dia berhenti mengaji dan menyimpan Al Quran tadi diatas meja lalu mendapatkan aku. Pipi dan wajahku dicium semahunya.
"Maira. Maira anak umi dah ok ke?" umi mengusap dahiku berkali-kali. Riak wajahnya nampak tenang, namun dari nada suaranya aku mengesan nada suaranya yang bergetar dalam marah dan kecewa. Namun aku tidak tahu dia marah kepada siapa. Kepada aku kah?
"Bila umi dengan abang sampai" aku bangun untuk duduk bersandar di kepala katil. Abang Haqeem duduk di hujung katil, memandangku. Daripada riak wajahnya, sukar untuk aku tafsirkan raut wajah yang diberi abang Haqeem.
Adakah dia marah juga seperti umi? Mahupun kecewa?
"Saif call abang. Dia kata dia tak dapat call Maira daripada hari Jumaat malam" abang Haqeem mencelah. Suaranya juga garang namun ditahan tahan nadanya agar tidak terlalu kuat. Namun satu persatu perkataan yang disebut ditekan-tekan.
Kenapa semua macam nak marah ni?
"Kenapa tak bagitahu umi? Kenapa tak nak cerita dengan abang Haqeem? Kenapa Maira ambil keputusan macammni? Dah tak sayang dengan rumah tangga kamu berdua ke?" tanya umi lembut.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...