3 Tahun Berlalu
From:Umi
Umi dah ambil Ali dekat sekolah. Fokus kelas!
Pesanan ringkas yang dihantar umi tak sampai lima minit tadi aku baca sambil tersenyum. Macammana aku tak risau, kelas aku harini boleh pula habis lambat. Umi pula sibuk menghadiri kursus haji di masjid perumahan kami menyebabkan tiada siapa yang dapat menjemput Ali di sekolah.
Siap membalas ok, aku mempercepatkan langkah menuruni tangga dan masuk ke dewan kuliah. Hanya berbaki dua minggu lagi dan semua kelas ini akan berakhir. Puas aku dipujuk abang Haqeem untuk menyambung master disamping menguruskan kedai bakeri ku yang baru setahun jagung. Dia pula sejak kembali bekerja di Malaysia, fokusnya hanya menjaga aku, umi dan Ali.
"Maira weh....." tegur Hasanah yang kelam kabut masuk ke dewan kuliah. Waktu sudah menunjukkan pukul 2.15 petang, maunya dia tak kelam kabut. Dari jauh aku ketawa melihat gelagatnya yang berlari mengejar pintu agar tidak dikunci dari dalam.
"Wehh nasib baik aku sempat. Kalau tak belajar ikut tingkaplah lagi harini" dia mengipas ngipas mukanya yang basah denganmpeluh. Aku hanya ketawa dan sambung membalas mesej daripada Shikin yang tak berhenti henti mengajak aku untuk keluar makan pada malam esok.
"Alamak, kelas batallah Maira" Hasanah menunjukkan skrin handphonye padaku.
"Batal? Awat? Prof ni jarang lah nak batal-batal kelas" aku tarik tangan Hasanah untuk melihat mesej didalam handphonenya dengan mata kepalaku sendiri.
"Anak dia accident. Dia ambil cuti mengejut. Dah lah accident dekat Korea weh. Mau lama kelas ni tak berganti nanti" adu Hasanah lagi.
Ada betulnya juga. Peperiksaan akhir semester hanya tinggal lagi dua minggu. Kalau kelas ni batal ataupun tiada gantian, kemungkinan besar kami perlu menyambung satu lagi semester.
"Dah lah jom balik. Jumpa kau minggu depan. itupun kalau kelas Prof Rashid ni ada gantian. Kalau tak, jumpa kau semester depan" dia bercakap sambil menggoyangkan kepalanya persis penari Bollywood.
Aku sampai di rumah lewat petang, hampir pukul 6. Sampai sahaja, aku nampak Ali, Akil dan Adriana senang bermain air didalam kolam plastik yang dibeli abang Haqeem dua bulan lepas.
"Amboi anak mama. Sampai merah mata main air" aku menyapa Ali yang masih lagi leka bergelak ketawa dengan sepupu-sepupunya. Dia mengekek keriangan disaat melihat aku yang sudahpun berdiri di pintu pagar rumah sambil mendepakan tangan, mahu didakapnya.
"Mama!!" jerit Akil dan Adriana serentak. Awal dulu susah juga nak mengajar mereka berdua menukar panggilanku daripada mummy kepada mama. Tapi disebabkan Ali yang sudah terbiasa memanggilku mama, lama-lama panggilan tersebut bertukar secara natural.
"Umi balik pukul berapa? Diorang berdua sampai bila pulak ni?" aku bersalam dengan umi. Kopi o panas yang dihidang, aku teguk beberapa kali sebelum menyambung fokus memerhatikan mereka bertiga bermain air.
" Tak lama lepas umi ambil Ali, Daniel call bagitahu mereka berdua nak datang sini. Terus umi balik cepat-cepat"
"Daniel pergi mana?"
"Dia ada conference katanya. Lagipun tengah cuti sekolah kan sekarang, jadi seminggu jugaklah mereka duduk dekat sini"
"Abang Haqeem mana? Kereta pun takde?" aku berpusing pusing mencari proton Iris hitam kelabu milik abang Haqeem.
Umi tergelak. "Dia dah berjaya. Tu, dating dengan jiran rumah kita ni"
Aku membulatkan mata tanda tidak percaya.
"Betul ke umi? Mak ai punyalah lama dia try tackle. harini baru dapat pergi dating?" ketawa kami serentak.
Keadaan kembali sunyi seketika hanya bersilih ganti dengan jeritan mereka bertiga yang masih leka bermain air.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...