Cerita 2

6.4K 177 14
                                    


"Hani, nak masuk tak? Kita dah sampai ni" Naufal melambai-lambaikan tangannya didepan wajahku. Aku kembali ke alam yang nyata. Tersergam indah rumah teres dua tingkat milik umi yang dibeli arwah arwah ketika aku dan kak Ana kecil dahulu. Aku memandang kebelakang, Akil dan Adriana masih tidur. 

Penat agaknya.

" Fal, Hani takut" aduku tiba-tiba. Entah apa agaknya penerimaan umi terhadap kembar milik kak Ana ini. Dan aku pula menggalas tanggungjawab sebagai mummy kepada mereka berdua. Tidak ada sekalipun aku memberi perkhabaran serta bercerita mengenai mereka berdua kepada umi, mahupun Naufal.

" Kita masuk, dan bincang dengan umi baik-baik" pujuk Naufal, memberi semangat kepadaku. Aku angguk lemah.

" Fal, kenapa tak marah Hani? Hani dah ada anak-anak. Hani tipu Fal bertahun-tahun. Hani curang dengan Fal " aku ajukan soalan padanya. Walaupun pada hakikatnya aku berbohong. Akil dan Adriana bukan anak-anak aku. Mereka anak kak Ana dan Daniel.

" Sayang, apa pun yang jadi, mesti ada sebab. Fal taknak tuduh Hani macam-macam. Fal nak dengar cerita yang sebenar dari Hani. Apa-apapun Fal tunggu cerita dari Hani. Sebab Fal sayang Hani. Fal nak Hani "

Semakin menggunung perasaan bersalahku pada Naufal. Aku telah dikira curang dan tidak jujur dengannya sepanjang pemergianku ke luar negara, namun tunang aku Naufal masih menerima kepulanganku dengan hati yang terbuka. Tidak terbitkah perasaan marah dan benci terhadap perbuatanku? 

  Naufal pula lebih bersikap tenang. Tidak terburu-buru memarahiku atau melemparkan sebarang tuduhan kepadaku . 

Atau perlu aku menerangkan keadaan sebenar diriku dengan anak-anak kak Ana?

" Kita masuk. Takkan nak duduk dalam kereta lama-lama? Hani cerita pada umi elok-elok. Fal pun nak dengar cerita dari Hani " Naufal ajak aku lagi. Aku setuju lalu menanggalkan seatbelt pada badan. Akil dan Adriana yang masih tidur aku kejutkan perlahan-lahan lalu meminta mereka mengikutku masuk ke dalam rumah umi.

Dalam kepalaku berderu-deru jalan cerita serta ayat yang aku telah susun untuk aku cerita pada umi dan Naufal. Semoga umi dan Naufal dapat menerimaku.

Sampai di depan pintu, aku jenguk ke dalam. Keadaan rumah masih sama tidak banyak yang berubah. Masih tergantung elok gambar-gambar lama ketika ayah dan kak Ana masih ada. Gambar ketika aku dan kak Ana masih kecil dan bersekolah serta gambar kak Ana menamatkan pengajiannya di UPSI. Sert gambar graduasiku tahun lepas, yang aku poskan ke Malaysia ada tergantung elok disebelah gambar kak Ana.

" Assalamualaikum" aku memberi salam dengan panjang. Kedua tangan aku genggamkan rapat-rapat, agar dapat menghilangkan dan membuang gusar yang bersarang dalam hati. Dalam takut-takut, sebenarnya aku sangat teruja untuk bertemu umi. Empat tahun yang pertama aku di Australia, umi dan Naufal ada datang menjengukku sekali, itupun pada cuti semester panjang sebelum aku masuk ke tahun dua. Sebelum aku berpindah masuk ke apartment kak Ana. Tahun yang kelima iaitu setahun yang terakhir setelah aku bergraduasi dan menamatkan pengajianku, aku hilang tanpa khabar berita. Seingat aku, aku hanya mengirimkan gambar aku beraya kepada umi melalui Naufal. Selepas itu, aku terus mendiamkan diri.

Tidak ada yang menjawab. Mana umi ni? Pintu rumah terbuka luas, tapi dalam rumah kosong. 

" Assalamualaikum umi." aku tinggikan lagi suara agar dapat didengari umi.

Bunyi kipas di ruang tamu menambahkan lagi kesepian dalam rumah ini. Macammana agaknya keadaan umi tinggal berseorangan lima tahun tanpa aku dan kak Ana disisinya?

KLAK!

Bunyi pintu bilik di tepi tangga dibuka. Umi keluar dari situ lalu menjengahkan kepalanya memandang aku di pintu. Dia sedang menyarung tudung. Terus menguntum senyum sebaik nampak tubuhku yang berdiri tegak didepan pintu rumah.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now