Cerita 30

1.1K 98 22
                                    




Ahadnya, baru kami berdua bersua muka. Aku sengaja memenuhi masa lapangku untuk keluar lebih kerap dengan Alisa dan banyak lagi dengan Suraya.

Siap menyediakan sarapan, aku keluar. Malamnya hampir pukul 11 barulah aku sampai ke pintu rumah. Kami dingin, namun masih tidur sekatil. Kami berbual, namun tidak semesra dahulu.

Saat ini aku hanya berfikir, adakah perceraian itu jalan mudah dan terbaik bagi perhubungan aku dan Saif?

Aku tak marah bila dia kata dia masih cintakan Farah. Tapi kenapa begitu lama dia mengambil masa untuk move on?

Dua tahun usia perkahwinan kami, tidak cukupkah untuk dia berpaling kepadaku? Dia kata dia sayang, tapi sayang sebagai apa?

Saif sayangkan aku, tapi bukan aku yang dicintainya.

"Abang nak pergi rumah ibu" ujarnya setelah siap mandi. Aku sekadar mengangguk dan masih fokus menonton TV. Harini aku nak berehat.

Aku taknak kemana-mana.

"Maira taknak ikut?" dia bertanya. Aku geleng tanda aku tidak mahu.

"Kalau macamtu, abang pergi dulu. Jangan tunggu abang balik, mungkin lambat" beritahunya sebelum keluar dan hilang.

Sendu.

*_______________________*

From: Akak

Akak dah sampai. Maira dekat mana?

Aku lambaikan tangan agar kelibatku di hujung sudut dapat dikenalpasti kak Farhana. Dia datang dengan senyuman terang dan manisnya sambil memegang dulang makanan ringan yang sudah dipesan di tingkat bawah.

Kami berbual pendek, sebelum aku bersedia untuk mengorek rahsia Saif daripada satu-satunya kakak Saif yang paling rapat dan mengenali dirinya.

"Saif adalah anak angkat ibu. Dia dan Farah kenal semasa mereka sama-sama tinggal di rumah anak yatim. Bila Saif dah dekat nak UPSR macamtu, ibu ambil dia dan membesar dengan kami. Awalnya, agak kekok menerima orang baru dalam kehidupan kami, tapi Saif ni jenis yang periang, jenis pandai mengambil hati. Lama lama semua orang suka dia"

Kalau Saif anak angkat ibu, kenapa ibu dan maklang mengawal gerak geri hidup Saif seperti dia berumur 12 tahun? Saif dah 29 tahun, bukannya budak-budak lagi.

"Boleh akak tanya?"

Aku angguk. "Akak nak tanya apa semua boleh"

"Kenapa Maira nak Saif kahwin dengan Farah?"

Aku senyum sambil menghabiskan sisa kentang yang masih ada. Takkan aku nak cerita pada kak Farhana yang ibu sebenarnya menekan aku untuk meminang Farah untuk Saif.

Dan Saif pula masih cintakan Farah.

"Sebab kami takde anak. So kalau Saif kahwin dengan Farah, peluang Saif nak ada anak sendiri tu tinggi" balasku penuh yakin.

Kak Farhana menggeleng tanda tidak setuju. "No, bukan itu caranya. Korang ada pergi buat apa-apa checking dekat klinik? Saif or Maira mana tahu ada apa-apa masalah kesuburan."

Aku geleng. Entahlah malas dah nak fikir. Biarlah kalau dia nak kahwin lagi satu pun. Perkara paling penting sekarang adalah memuaskan hati ibu dan ahli keluarga Saif yang lain.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now