Cerita 28

883 44 1
                                    


Pagi Sabtu yang mendamaikan. Saif sudah keluar ke pejabat untuk menyelesaikan urusan pelajar latihan praktikal yang akan masuk mendaftar pada Isnin depan dan akan pulang semula ke rumah menjemputku dan seterusnya kami akan ke rumah ibu.

Tiga bulan berlalu dan aku masih berteka teki. Entahlah adakah aku yang terlalu takut untuk bertanya dan seterusnya menghadap realiti terhadap status siapakah Farah? Aku risau bagaimanakah penerimaan aku terhadap wajah Saif sekiranya aku bertanya soalan tentang ini. Bagaimana kalau tekaan aku semuanya benar belaka? Macammana kalau tekaan aku pula yang salah?

Dan dalam masa tiga bulan ini berlalu, segala galanya aku update kepada Shikin dah Suraya. Tak tertinggal satu cerita. Berkali kali juga Suraya mendesak aku untuk terus bertanya Saif dengan jujur, siapakah Farah.

Sakit kepala.

Lewat tengah hari, Saif memberi salam. Dia membawa dua bungkusan yang berisi kotak, yang dapat aku teka apakah isi didalamnya.

Kek?

"Abang beli dekat kedai Su tadi. Alang-alang budak ramai berkumpul dekat rumah ibu nanti. Maira dah siap ke?" helmet dan jaket yang dipakai, ditanggal Saif dan disusun rapi di rak berhampiran pintu.

"Abang pergi mandi dulu. Maira tunggu dekat sini" aku tutup TV dan mula menutup suis yang patut. Aku berharap sangat yang kami tidak perlu tidur di rumah ibu. Kalau perlu tidur, pasti aku perlu berkongsi tidur dengan sepupu-sepupu Saif didalam satu bilik dan Saif akan tidur diluar.

Aku tak selesa sebenarnya. Tambah pula dengan sikap sepupu Saif yang suka bertanya macam-macam. Aku nak lelap mata pun payah.

"Kita balik rumah tak malamni?" aku terus menyoal saat Saif berdiri di sebelah sofa membetulkan rambut dihadapan cermin.

"Kenapa?"

Aku tidak menjawab. Kalau kena tidur disana, tarik mukalah nampaknya malamni. Mungkin sampai minggu depan.

"Kita balik. Rumah ibu penuh dengan orang, abang tak suka tidur bersesak" jawabnya. Lega hatiku mendengarnya.

Sejam setengah, dan kami tiba di hadapan rumah ibu. Riuh rendah kedengaran dari dalam kereta sebelum enjin kereta dimatikan. 

Ibu sebenarnya anak sulung dan rumah yang didiaminya adalah satu-satunya rumah peninggalan arwah nenek Saif kepadanya. Jadi bila ada apa-apa perjumpaan secara beramai-ramai begini, rumah ibu adalah tumpuan kepada semua adik beradiknya. 

Malah sejak aku berkahwin dengan Saif, ini sudah hampir kali ke 7 mass gathering ini aku sertai. Awalnya agak kekok, namun lama-lama aku dapat menyesuaikan diri. Tambahan pula ada Zira yang sangat banyak menemaniku ketika Saif leka berbual dengan pakcik dan sepupu nya di luar rumah.

Lama kelamaaan, aku jadi selesa dan rapat dengan Zira. Tapi malangnya, Zira tidak dapat ke rumah ibu pada hari ini. Ada aktiviti sukan di sekolah tempat dia mengajar. Aku pun sebenarnya agak keberatan untuk ke sini, tapi tidak mahu pula menghampakan ibu dan Saif yang menjadi ketua program untuk perjumpaan kali ini.

Kek ditangan aku bawa ke dapur dan aku susun diatas penghidang kaca milik ibu lalu aku hidangkan ke meja makan di luar. Disitu riuh rendah makcik-makcik Saif yang tidak mahu kalah bercerita mengenai kehidupan masing-masing. Anak belajar di luar negaralah, shopping baju raya di Bandung, melancong ke Itali, ke Sepanyol, Korea, Jepun dan beberapa lagi cerita 'bawang' yang memang wajib di bualkan ketika beramai-ramai begini.

Aku potong kek tadi dan aku hidangkan kepada mereka. Sekeping kek yang memang menjadi kegemaranku, aku potong dan aku isi kan kedalam piring lalu aku bawa kebelakang meja dan duduk. Nasiblah, tiada siapa yang aku selesa untuk aku ajak berbual jadi lebih baik aku duduk dengan makcik-makcik ni dan dengar mereka berbual.

HUMAIRATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang