Cerita 37

1.2K 100 12
                                    


"Ok Ali, ingat tak apa kita nak beli harini?" aku mengingatkan Ali sebelum kami keluar dari kereta. Dia yang sudah memakai topi kelihatan teruja untuk menemaniku membeli kelengkapan persiapan untuk majlis hari jadinya pada minggu hadapan.

"Mama kenapa uncle Zarif tak ikut?" petah dia berbicara. Aku mengemaskan tudung sambil memeriksa lipstik yang disapu pada bibir tadi.

"Ali rindu uncle Zarif ke?" saja aku mengusik dia.

"Uncle Zarif dan janji nak belikan Ali toys baru" dia memuncungkan bibir, memberi tanda yang dia sedang merajuk. Aku pandang Ali sebelum membetulkan topi yang dipakai senget.

"Ali, tak baik selalu minta uncle Zarif beli macam-macam. Kalau Ali nak toys, Ali kena minta dengan mama, minta dengan tok umi ataupun dengan Acik." aku menasihati Ali. Aku tak suka kalau perangai dia yang meminta hadiah dengan orang terutamanya Zarif menjadi-jadi dan tidak dapat dibendung.

"Tapi, uncle Zarif yang nak belanja Ali..." dia mula menjawab.

"Ok, lepasni kalau Ali nak toys, minta dengan mama. Boleh?"

Dia mengangguk tanda setuju.

Sebenarnya kebanyakkan kelengkapan untuk majlis hari jadi Ali sudahpun dibeli abang Haqeem, cuma aku berhasrat ingin menambah apa yang patut kerana majlis nya dibuat siang untuk doa selamat dan malamnya lebih kepada majlis makan-makan. Dan berdasarkan apa yang umi cerita semalam, dia menjemput agak ramai kenalannya untuk hadir kerana rumah kami sudah lama tidak dihadiri orang ramai untuk jamuan yang besar.

Seperti mana yang aku janjikan dengan Ali, penat juga nak tackle kemahuan dia yang menginginkan pelbagai mainan yang bergantungan dan tersedia di sepanjang laluan ini. Dia pula selagi aku tak tolak troli masuk ke laluan kegemarannya akan berterusan merengek dan menarik seluarku untuk mengikut telunjuk nya.

"Ali, ingat apa yang penting dan murah sahaja" aku memesan beberapa kali. Ali hanya ketawa keriangan dan berlari ke depan dan belakang, rambang mata mahu memilih mainan yang baru. 

"Mama, kalau pistol boleh?"

Aku geleng, tanda tak setuju. Tak lama kemudian dia datang lagi membawa kereta control yang lebih besar dan mahal daripada yang sudah ada dibeli dirumah.

"Ini kan kita dah ada yang sama dekat rumah?"

Dia mencebik dan kembali memulangkan kereta tadi. Nafas berat dihela dan dia memuncungkan bibir.

"Habistu Ali nak beli apa?" tangannya didepa, tanda bingung tidak mampu membuat keputusan.

" Kalau kita beli buku ok tak?" aku memberi cadangan sambil mengangkat kening memancing minatnya.

"Ali nak buku warna!" dia mula berlari.

Sebelum sempat sampai ke rak buku, Ali tersadung, melanggar kotak-kotak yang bersusun di hujung sudut. Aku menolak troli menghampiri Ali yang mula menangis dan memujuknya untuk bertenang. Lutut yang dipegang tangan kecil Ali, aku gosok dan tiup beberapa kali agar dia berasa selamat.

"Ok sebabtu mama tak nak Ali lari. Kan dah jatuh..." aku memujuk dia yang masih mencuka. Pipinya aku cuit beberapa kali sebelum mula mencadangkan buku-buku yang sesuai untuk kami beli.

"Eh, uncle" tiba-tiba Ali bersuara. 

Aku segera memusingkan badan dan berdiri. Langkahku kebelakang sedikit tanda aku terkejut dengan kehadiran Saif yang tiba-tiba.

"Hi Ali" tegur Saif sambil melambaikan tangan.

Aku segera menarik Ali kebelakang badanku. 

"Jangan. Jangan pegang" aku memberi amaran kepada Saif. Kehadirannya yang mengejut dan tiba-tiba begini membuatkan aku jadi takut dan risau. Risau dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Banyak tanggapan buruk yang mula menghantui ku sejak Saif menekanku mengenai status Ali yang masih menjadi rahsia diantara kami. Selama ini, aku memang bertindak untuk merahsiakan kewujudan Ali, terutamanya daripada pengetahuan keluarga Saif. Aku takut jika Ali diambil ibu Saif dan dibawa jauh daripadaku.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now