Cerita 35

861 71 2
                                    


"Betul taknak aku teman naik atas?" tanya Shikin buat yang ke entah berapa ratus kalinya. Tiada angin tiada ribut awal pagi semalam dia muncul di rumah umi membuat kejutan pulang ke Malaysia dengan tiba-tiba. Sepanjang malam kami tidak tidur dan berbual sehingga ke pagi. 

Dan hari ini dia berkeras mahu menemani aku kembali ke Ampang secara diam-diam untuk mengambil semua barang-barang penting yang tertinggal di rumah Saif. Terkesan juga sebenarnya bila abang Haqeem meleteri aku kerana masih berkeinginan untuk ke sini sejak dari waktu sarapan pagi sehinggalah kami berdua bersiap untuk bergerak menaiki kereta.

"Kau yakin ke dia tak tukar lagi nombor pin rumah kau? kalau dia dah tukar macammana? Sama jela sia-sia kita datang jauh-jauh macamni" tambah Shikin lagi, tidak puas hati. Aku menjelingnya kerana tahu yang dia memang sebenarnya ingin naik dan bersua muka dengan Saif jika berkesempatan.

"Dia tak tukarlah pin tu. Kalau tukar, akan update dekat sistem dalam phone ni. And, aku ada access card untuk masuk kalau dia tukar pin number tu siap-siap. Dahlah kau pergi rumah kakak kau dulu. Nanti aku dah siap kemas semua, aku call kau" aku berkeras menyuruh dia ke rumah kak Sara sementara menunggu aku siap mengemas.

Dan seharusnya aku tidak mahu Shikin naik ke atas kerana bimbang tercetus pergaduhan diantara dia dan Saif, jika Saif masih ada di atas.

"Hmm yelah-yelah. Kita ni daripada UK datang nak support kawan, tapi dia buang kita macamtu je.. Penat kita drive jauh-jauh lepastu dia halau je kita" dia masih mengomel dengan berharap aku mengubah fikiran.

"Okay, aku turun dulu. Kau keluar ke kanan ok? Nanti aku call kau" pesanku berkali-kali sebelum dia menurunkan aku di lobby block A.

Hampir sebulan aku meninggalkan kawasan ini. Semuanya masih sama, yang berubah hanya perasaan dan keadaan hidupku. Kepada Saif juga sudah aku pesan awal-awal untuk keluar dari rumah sementara aku ke sini untuk mengambil baranganku.

Sebulan aku di rumah umi, ada juga sesekali dia cuba menghubungiku. Nombor telefonnya sudah pasti aku block, jadi hanya melalui umi sahaja dia berjaya menghubungiku. Selebihnya, panggilan Saif aku biarkan sepi.

Sampai sahaja dihadapan pintu rumah, pokok bunga hidup yang terhias dihadapan sudah mati kekeringan. Air didalam bekas penyembur yang bergantungan juga sudah kering. Aku capai lalu aku bawa masuk kedalam rumah.

Benar tekaanku, pin rumah ini masih dikekalkan dengan nombor yang sama. Menapak masuk kedalam, hatiku mengucap panjang melihat keadaan rumah yang tidak terurus. Kotak makanan yang bersepah-sepah, pinggan mangkuk yang tidak berbasuh serta pakaian Saif yang bersidai di merata tempat.

Aku buka sliding door seluasnya dan melihat ke ruangan balkoni rumah. Mataku disajikan dengan suasana jalan raya DUKE yang penuh sesak dengan kereta yang memenuhi di bahagian kiri dan kanan simpang untuk masuk dan keluar daripada highway.

Hampir setengah jam mengemas dapur dan memasukkan kesemua baju Saif yang bersepah ke dalam mesin basuh aku masuk ke dalam bilik tidur. Bilik tidur ini seperti tidak berpenghuni, keadaannya masih kemas sama seperti mana yang ditinggalkan aku sebulan yang lepas. Luggage di tangan aku hamparkan ke atas katil dan mula mengemas ligat baranganku yang masih tertinggal disini.

Lumrah apabila mengemas, pasti kita akan berhenti seketika merungkai kembali memori yang pernah di cipta bersama. Kepingan kad-kad ucapan yang dihadiahkan Saif aku baca penuh perasaan sambil tersenyum namun segera kembali ke alam yang nyata.

Siap melipat kesemua pakaian dan shawl yang bersepah, aku tutup kembali luggage dan menarik zip supaya ia tertutup rapat. Aku kembali ke make up dresser untuk mengumpulkan kesemua barangan skincare ku yang masih bersisa dan boleh digunakan kedalam tote bag khas yang dibawa dari rumah umi.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now