P/S
Next update 70 votes ok? Hehehe nah la sebab dah lama peram! Enjoy reading
"Maira tunggu dekat luar. Abang nak tengok ada apa apa lagi tak kena buat sebelum kita gerak. Lepastu Maira tunggu Zira sekali lah" Saif membuka pintu sebelum menghidupkan enjin kereta. Aku yang memang sedang kepanasan terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan suis air cond.
Panas gila bak hang. Berkicap dah ketiak aku ni gara-gara aircond dewan yang macam tak berfungsi langsung pada akhir-akhir majlis. Sudahnya, pihak pengurusan dewan membawa masuk kipas bagi menggantikan fungsi aircond untuk menyejukkan suasana dewan.
Panggilan abang tu rupanya tak dibuat main. Sejak subuh tadi dia praktis membahasakan dia dia abang dan serious menyuruh aku turut memanggilnya dengan panggilan yang sama. Mula mula rasa janggal tapi bila aku paksa juga diri aku untuk panggil dia abang, jadi seronok juga.
Ketika dalam majlis tadi, aku dibawa berkenalan oleh ibu dengan makcik-pakcik Saif serta sepupunya yang hanya aku nampak wajah dan sekadar bertukar salam di majlis pernikahan malam tadi. Dalam ramai-ramai sepupu Saif yang dikenalkan, hanya Azira sahaja yang betul-betul tidak kekok dan ramah berbual denganku sepanjang majlis tadi.
Dan alang-alang Saif bercuti lagi hari esok, ibu telah meminta kami berdua untuk menghantar Zira dan anaknya pulang ke Gopeng, Perak petang ini. Telan air liur juga aku tadi berfikir agaknya sampai pukul berapalah kami di rumah nanti.
Awal perjalanan ke Gopeng, jalan masih lagi lenggang. Tak banyak yang menghala ke utara, namun berderau juga lah darah aku tadi saat aku dan Saif sama sama memandang ke arah laluan yang menghala ke KL. Jem di sepanjang jalan.
Sepanjang perjalanan, banyak perkara yang dibualkan Saif dan Zira. Aku pula hanya menjadi pendengar yang tekun dan hanya banyak memberi respon dengan ketawa dan mengangguk jika antara cerita yang dibualkan benar-benar menarik minat dan tumpuanku. Selebihnya aku hanya melelapkan mata.
Kami sampai di rumah sewa Zira setelah hampir 3 jam perjalanan ke Gopeng. Awalnya Zira agak keberatan mahu menumpang kami berdua kerana dia hanya menyewa sebuah rumah kecil yang hanya ada 2 bilik dan dikongsi pula dengan rakan serumahnya yang turut sama mengajar si sebuah sekolah berasrama penuh berdekatan sini. Pada Saif pula dia tidak kisah kerana kami akan pulang ke KL pada hari yang sama jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan Zira jika kami tidak dapat menumpang tidur dirumahnya pada malam ini.
"Terima kasih banyak-banyak Saif dengan Maira hantar kak Zira balik. Jauh tu nak pusing balik ke KL. Betul ke taknak singgah tidur mana-mana hotel dulu?" Zira menghulur tangan untuk bersalam sebelum kami bertolak pulang ke KL. Huluran salam diakhiri dengan pelukan dan laga pipi kiri dan kanan sebaik sahaja kami tiba di kereta. Saif pula sudah awal-awal masuk ke dalam kereta dan memanaskan enjin.
"Maira" bisik Zira.
"Ha kenapa kak Zira?" responku penuh minat. Lagaknya penuh saspen, membuatkan aku jadi gementar sedikit.
"Ni dah ada isi ke belum?" dia menggosok perutku dengan lembut, tanda bergurau. Senyumnya nampak teruja, membuatkan aku tidak terganggu dengan soalan yang baru ditanya. Takpelah sebab sepanjang kenduri tadi aku rasa lebih 10 orang tanya soalan yang sama.
Dah lali.
"Belum lagi kak Zira. Takde rezeki lagi" aku menyusun ayat dengan sopan sambil mencuri pandang Saif yang leka bermain handphone didalam kereta. Sekilas aku pandang skrin radio waktu sudah pun menghampiri pukul 9:30 malam. Boleh memandu ke Saif ni kejap lagi? Selalunya pukul 11 macamtu dia dah menguap mencari bantal, nak masuk tidur.
Kejap lagi nak menghadap jem, aku risau kami tidur tepi jalan je nanti.
"Dah dah la tu. Aku nak balik ni Zira"
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...