Seperti apa yang aku sangkakan, memang Naufal tidak dapat membantu aku petang Ahad ketika aku berpindah keluar dari rumahnya. Kesemua barang-barang aku dibawa keluar dengan bantuan Shikin. Lagipun kalau nak kira, bukan banyak sangat pun. Ada dua luggage dan tiga kotak barang-barang yang lain.
Sampai sahaja ke apartment Shikin, memang cantik. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam, konsep ringkas yang menjadi konsep utama duplex ini dibina membuatkan aku sangat kagum. Agaknya sesuailah dengan sikap aku yang agak intrvert, tidak berapa gemar duduk didalam keramaian dan susah untuk berkawan dengan orang lain.
" Tadi aku ada call daddy. Dia cakap sewa rumah tu ikut kemampuan kau aje. Dia pun faham yang kau baru kerja dan rumah ni pun asalnya rumah kakak aku. Jadi, bayarannya terpulang. Tak bayar pun takpe daddy aku cakap" Shikin datang dari dapur ke hall membawa dua gelas jus oren lalu duduk disebelahku. Gelas berisi jus diserahkan kepadaku.
" Takkan macamtu sekali? Tak sedaplah duduk free aje. Kalau daddy kau cakap macamtu, aku bayar ikut kemampuan ajelah. Aku trylah cari rumah untuk dibeli lepas ni. Takkan nak menyewa hingga ke akhir hayat kan?"
" Alah, rumah kau dekat Kuala Selangor tu takkan tak cukup lagi? Punya besar rumah arwah ayah kau tinggalkan."
" Itukan rumah umi. Takkan aku nak memandai claim jadi rumah aku pula. Em, kau ni tidur sini ke malam ni? Or balik?"
Shikin mencapai handphone di atas meja. Dua tiga kali mengecilkan anak mata membaca mesej, dia memandang aku kembali. " Aku balik kot. Takkan nak tidur rumah kau yang kecik ni. Tak muat katil nanti"
Segera aku mencubit Shikin.
" Aku baliklah. Esok kan nak kerja. Kau ni, dah reti nak pergi office dari sini tak? Ke nak aku ambil dan hantar ke office?"
Ni yang buat aku jadi tak sedap hati. Dengan Shikin ni, semua benda dia nak tolong. Lagipun dari sekolah lagi aku memang kenal dengan perangai Shikin yang memang tak lokek dengan menghulur bantuan. Tapi bila dah bekerja dan dalam situasi macamni, takkan aku nak mengharapkan Shikin?
" Takpayahlah. Aku boleh call Naufal. Dia pun ada janji nak hantar aku pergi kerja selagi aku tak beli kereta. Kau tak payah susah-susahlah" elakku. Tidak mahu menyusahkan dia lagi. Walaupun pada hakikatnya tak pernah aku berjanji dengan Naufal untuk esok hari.
" Naufal bukan busy ke esok? Dia tak beritahu kau dia kena outstation? Last minute meeting untuk pelancaran pakej baru syarikat dia."
Mata yang memandang TV terus aku alihkan memandang Shikin. " Macammana kau tahu Naufal ada meeting esok? Dia takde bagitahu aku pun?"
Renungan aku menjadi semakin tajam. Kenapa Shikin boleh tahu precise jadual kerja Naufal ni?
" Em aku kan s-satu tempat kerja dengan dia. Naufal tak bagitahu?"
Setahu aku dulu Shikin kerja dekat bank. Bila dia tukar kerja? Adalahtu, aku je yang tak tahu agaknya. Siapa suruh aku lama sangat duduk negara orang?
Malamnya, siap makan malam aku menemani Shikin ke tingkat bawah untuk menghantarnya pulang. 10 tahun aku berkawan dengan Shikin, malam ini perlbagai perasaan timbul. Paling buruk, ada tanggapan bahawa Shikin dan Naufal sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanku.
Ah, tak mungkinlah. Aku kenal Shikin. Aku yakin Shikin dan Naufal tak buat aku macamtu.
" Aku balik dulu. Esok kalau Naufal tak dapat hantar kau, bagitahu aku cepat-cepat. Aku ambil kau tau?" Shikin memelukku sebelum kami bertukar ciuman di pipi.
" Yelah. Siap sedia nak jadi maid aku lepasni tau?" aku mengingatkan Shikin. Dia hanya ketawa sebelum masuk ke dalam kereta dan memandu meninggalkan aku di situ berseorangan.
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...