Cerita 18

6.7K 127 22
                                    


Hampir lima jam perjalanan kami ke Johor, kereta Saif perlahan lahan memasuki ruangan perkuburan di kampung Naufal. Awalnya tadi, hujan rintik-rintik namun lama kelamaan menjadi semakin lebat. Ibu pula sudah memesan awal kepada Saif agar tidak memandu laju.

Siap sahaja majlis akad nikahku pagi tadi di rumah, Saif terus meminta izin daripada umi dan ahli keluargaku yang lain untuk terus membawaku ke Johor, melawat arwah Naufal. Umi yang tidak berkata banyak hanya memelukku dan sekadar mengangguk.

Janggal mula terasa setiap saat ketika lima jam aku duduk berdua-duaan bersama Saif didalam kereta. Apakan tidak, dahulunya dia seorang rakan kini Saif adalah suami aku yang sah.

"Kita keluar jom? Hujan dah reda sikit ni. Tapi dalam kereta saya takde payung" Saif mematikan enjin kereta dan menyarung kopiah dikepala. Dia keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untukku lalu memimpinku keluar.

Perlahan-lahan aku atur langkah merapati ke kubur Naufal. Orang masih ramai, talkin pun sudah mula dibacakan. Dari jauh aku nampak wajah emak dan abah Naufal serta...Lin yang sudah semakin sarat, menahan sedih. Laju sahaja dia memalingkan muka tatkala aku menguntum senyum buatnya dari jauh.

"Kita masuk bawah khemah. Hujan makin lebat ni" cadang Saif. Aku angguk lagi dan mula mengikut langkahnya memasuki khemah berdekatan. Faktor selipar yang licin serta tanah yang becak membuatkan aku terpaksa memperlahankan langkahku berbanding Saif.

Sayangnya, aku terpijak akar pokok yang besar dan licin menyebabkan aku jatuh dihadapan orang ramai yang ada disitu. Cepat-cepat Saif datang kembali dan menarikku bangun untuk berdiri. Baju nikah yang aku pakai untuk pagi tadi sudah habis kotor dibahagian perut dan pehaku.

Aku perlu menukar baju.

"Allahuakbar, Humaira. Are you okay?" Refleks pantas Saif sebaik sahaja aku berjaya berdiri disebelahnya. Aku ditarik perlahan lahan dan penuh hati hati masuk ke bawah khemah. Tidak menjawab, aku sekadar memberi anggukan kepada soalan Saif tadi.

Siap talkin dibacakan, orang ramai mula beransur pulang. Yang tinggal hanya emak dan abah Naufal serta saudara mara terdekat. Lin juga sudah meminta diri untuk pulang. Saif pula sudah mula berbual-bual dengan adik beradik Naufal.

Aku bacakan Al-Fatihah beberapa kali sebelum aku mendekati mak dan abah. Mereka masih lama disitu, khusyuk membaca Yassin. Abah yang perasan akan kehadiranku, lantas bangun dan menyapuku mesra. Emak pula masih dengan bacaan Yassinnya. Mungkin tidak mahu diganggu sesiapa.

" Maira banyakkan bersabar. Ini semua dugaan Allah. Abah redha. Maira mesti kena lagi redha." Pujuk Abah. Aku angguk sahaja.

" Naufal ada cerita tentang Lin dan Maira. Abah dah tahu, tapi abah tak mahu masuk campur. Benda dah jadi dan Naufal pun dah tiada. Tak elok panjangkan cerita macamni" tambah abah lagi.

Pasal aku dengan Lin, pasal Lin dengan Naufal, semuanya sudah tidak penting lagi buat masa ini. Apa yang aku kesalkan, Naufal pergi dalam keadaan yang kelam kabut begini. Disaat aku ada niat jahat mahu membuatnya sakit hati dan mengambil keputusan berkahwin dengan rakannya Saif.

Aku taktahu sesakit mana agaknya perasaan Naufal ketika ini. Aku tak tahu senekad mana Naufal ketika dia dalam perjalanan ke rumah aku malam tadi. Dan aku tak tahu, sedalam mana agaknya kekecewaan yang aku beri padanya.

" Assalamualaikum pakcik" Saif menghulur tangan kepada abah untuk bersalam dan disambut abah mesra. Saif memperkenalkan diri sebagai suami aku dan reaksi abah bersahaja. Tidak nampak marah ataupun terkejut.

Tidak banyak topik yang dibualkan antara abah dan Saif. Hanya berkisarkan aktiviti kerja Saif serta kehidupan harian penduduk di kampung ini. Abah seolah tidak mahu membuka topik mengenai Naufal disitu. Aku pula sekadar diam dan terus mendengar. Tidak mencelah walau satu perkataan.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now