Siap membersihkan diri, aku duduk termangu diatas katil bersendirian. Saif pula masih didalam bilik air luar. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku puas aku berfikir kemanakah Saif menghilang dan bagaimanakah dia mendapat tahu bahawa aku diminta ibu dan maklang untuk berbuat itu dan ini?
"sayang dah siap mandi?" dia masuk dengan bertuala di badan. Rambut yang basah dikibas lalu dikeringkan mengguna tuala yang digunakan khas untuk mengeringkan rambut. Aku bingkas bangun dari hujung katil dan naik ke tengah. Selimut aku tarik dan mula berbaring.
Sakitnya tulang belakang rasa nak patah. Sudahlah seharian ini aku tidak sempat menjamah apa-apa yang makanan lengkap. Anak aku ok ke dalam ni?
"cepatnya nak tidur? borak lah dulu dengan abang. Harini abang penat sangat" dia mengeluh. Laci 4 tingkat berwarna putih dibuka lalu dia mengeluarkan tshirt putih kegemarannya untuk disarung. Selesai berpakaian lengkap dia turut naik ke atas katil, merapatiku.
"Abang pergi mana? Seharian Maira tunggu" aku kalihkan badan menghadap Saif saat dia sudah selesa berbaring disebelah. Tangan kanannya mengurut segenap leher badan yang diregangkan beberapa kali. Sesekali aku nampak dia memejamkan mata, menahan penat dibadan.
Dan sebenarnya aku pun penat.
Kalau boleh nak suruh Saif urut, tetapi untuk tahu keberadaan Saif lagi utama buat aku. Melihat dirinya yang berusaha menahan mengantuk, aku memilih untuk diam.
"Lepastu macammana abang tahu yang ibu suruh Maira buat semua kerja? Abang ada ke tak dekat rumah sebenarnya?"
Dia diam.
"Sayang boleh tak kalau kita tak berbual tentang perkara ni? Abang tak suka-"
"Habis kalau abang tak nak berbual, Maira takkan tahu. Abang..... pergi rumah dia ke?" aku cuba menduga. Aku boleh agak sebenarnya, tapi aku nak dengar daripada mulut dia sendiri.
Dengan perlahan, dia mengangguk lemah.
"Abang... buat apa pergi sana?" aku berterusan bertanya. Namun aku sedar sendiri, minggu ini sudah seminggu Saif tinggal disini. Sepatutnya dia ke rumah satu lagi bermula daripada hari ini sehingga ke Jumaat depan.
"Kita tidur sayang. Abang penat sangat" dia memujukku. Tangannya menjalar ke segenap inci tubuh belakangku, mengurut perlahan membuatkan aku terbuai dan hampir terlelap. Aku pura-pura memejamkan mata sehingga aku terdengar dengkuran Saif. Sudah sekian lama dia tak tidur sampai berdengkur macamni kecuali ketika zaman dia menghabiskan phd dia pada tahun lepas.
Menandakan yang dia benar-benar kepenatan.
Aku pandang raut wajahnya dengan penuh teka teki. Rambutnya yang tersusun rapi aku tolak perlahan-lahan ke belakang. Dengan penuh hati-hati aku bangkit dan keluar daripada bilik. Handphone di tangan aku pegang kemas lalu masuk ke dapur sambil mataku tidak lepas membaca segala mesej yang dihantar Yusuf setengah tadi.
*____________________________________*
Hampir setengah jam menunggu, aku cuba menghubungi Yusuf buat kali ke tiga setelah dia berjanji akan sampai dalam masa 10 minit sebelumnya tadi. Minuman juga sudah 2 kali aku pesan, dan ini sudah masuk gelas yang ke tiga. Dah la dia request aku untuk pergi sampai ke Cheras semata-mata berjumpa dengan dia.
From:Yusuf
Sorry, kunci kereta I pula tertinggal dekat rumah. Kena naik balik ambil. I janji I belanja you makan kejap lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMAIRA
RomansaAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...