" Morning. Awal bangun? Selalunya kalau tak dengar azan, awak tak masuk bilik air lagi" tegur Saif. Hujung lengan kemejanya dilipat kemas, dia menuang susu kedalam gelas. Beberapa kali teguk, dia menuang susu buat kali keduanya.
" Selamat pagi, Saif Luqman. Saya 'cuti' harini jadi...terpaksa bangun awal" jawabku jujur. Awal pagi lagi perutku sudah tidak selesa. Mujur senggugutku tidak sebegitu teruk. Siap sahaja mandi pagi tadi, aku menghabiskan beberapa kerja rumah yang tertangguh. Dua minggu bergelar isteri, laju juga speed aku buat kerja. Rasa nak peluk diri sendiri sebab bangga pun ada.
" Awak cuti? Cuti apa pula awak ambil ni? Tak bagitahu pun?" berkarut dahinya bertanya soalan. Tangan masih memegang kemas gelas yang berisi susu.
" Awak ni. Bukan cuti yang tulah. Saya cuti? Cuti yang perempuan selalu ada setiap bulan tu?"
Dia mengangguk faham, lantas tersenyum. Gelas diletakkan diatas meja, roti yang disapu kaya dicapai. Hari pertama aku masuk kedalam rumah ni, Saif terus beritahu yang dia suka breakfast yang simple. Jangan makanan yang berat macam nasi lemak ke, nasi goreng ke, dia tak berapa suka. Makanan berat buat dia cepat mengantuk.
Bagus juga, tak perlu aku masak pada waktu pagi.
"Sorry. Tak biasa dengan cuti macamtu. Selalunya Ein tak pernah inform pun kalau dia cuti ke apa"
Pagi-pagi dah sebut nama perempuan lain. Cari pasal betul Saif ni.
Aku simpan semula pisau yang aku pegang dan mula membasuh peralatan didalam sinki yang aku gunakan tadi. Tak semena-mena rasa janggal pula ketika Saif menyebut nama Ein. Sekarang tak pasal-pasal rasa nak naik kereta lain-lain ke office.
Taknak tumpang Saif.
Taknak tengok muka Saif.
Taknak dengar suara 'macho' Saif yang aku suka dengar.
Taknak. Taknak.
" Maira"
" Hani Humaira?"
Air pili di sinki aku tutup lalu aku berpusing ke belakang. Tangan yang basah aku lap supaya kering pada tuala yang bergantungan pada penarik peti ais.
Saif pula sudah berdiri di meja makan, seperti sudah bersiap sedia untuk keluar ke office. Baru aku perasan hari ini, tali leher yang dia pakai, hadiah hantaran masa kami kahwin dua minggu lepas. Warna merah hati, warna favourite aku. Masa beli haritu pun, main ambil cepat-cepat sebab semua persiapan dah banyak ibu dengan ummi yang buat. Aku dengan Saif tambah mana yang patut aje.
Kemeja Saif ni, hmmm yang ni rasanya aku tak pernah nampak lagi. Lepas kahwin, baru sekali aku gosokkan kesemua baju kerja dia. Kemeja yang ni rasanya ada tersusun dalam wardrobe dia.
Baru pukul 7.15, ada 15 minit lagi sebelum kami nak bergerak ke pejabat. Aku tak ambil beg pun lagi dekat atas. Saif dah nak gerak ke?
" Harini kalau kita pergi asing boleh kan? Saya kena pergi tempat lain dulu, baru saya masuk office. Itupun lepas lunch"
Macam tau-tau aje aku memang taknak pergi sekali. Baguslah tu, walaupun aku hairan dengan sikap Saif yang suka sangat cakap last minute macamni. Kenapa tak bagitahu hari Isnin haritu, ataupun malam tadi? Malam tadi lama juga aku dengan dia berbual, bukan tak boleh nak menyelit yang kami perlu ke pejabat asing-asing pagi ini.
Ntah apa-apa lah dia ni.
" Oh, okay. Sure, boleh je" balasku satu-satu. Tapi jelas sangat sebenarnya aku berbunyi kaku dan terkejut dengan kata-kata Saif.
Manalah tak terkejut, lagi 15 minit kot. Nak kena tunggu enjin kereta panas lagi. Dia ni memang jenis suka cakap last-minute ke apa? Ajak kahwin pun tergesa-gesa.
![](https://img.wattpad.com/cover/68386359-288-k102904.jpg)
YOU ARE READING
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...