Cerita 21

5.9K 153 21
                                    


" Ke dia malu kot dengan kau? Takkanlah dua bulan tidur satu katil tak berubah langsung perasaan dia? Hish aku ni kalau ada mamat hensem senyum dekat KFC pun aku fikir berbulan-bulan"

" Nak malu apa? Selama ni dia ada je tunjuk gatal-gatal dia dengan aku. Tapi malam tadi terus dia gariskan line untuk hubungan kami berdua. Aku bukan apa tau Syikin, aku tau salah aku setuju terima ajakan dia nak kahwin, tapi sekarang aku betul-betul dah sukakan Saif. Bodoh pun ada aku rasa sekarang"

Awal-awal lagi Syikin memang dah tak setuju dengan keputusan aku untuk terima lamaran Saif untuk kahwin. Terutamanya lagi bila tahu kami berdua memang nak balas dendam, kepada Naufal dan Ein. Namun kini keadaan sudah tidak sama lagi, aku sudah kalah.

Hanya tinggal Saif bersama dendamnya terhadap Ein.

" Habistu apa kau nak buat lepasni? Minta cerai?"

Aku geleng. Otakku berselirat dengan pelbagai persoalan dan apa tindakan yang perlu aku lakukan selepas ini. Nak cuba tinggal dengan Saif untuk 10 bulan yang akan datang?

Itu gila.

" Kau rasa?"

" Aku rasa? Kalau aku, masa Saif ajak kahwin tu pun aku dah tempeleng kepala dia. Kau ni lah. Hmmmm"

" Kau ni, aku tanya bebetul ni"

" Aku pun tak reti la Maira. Kalau kau tanya Saif pun aku rasa dia tetap akan teruskan rancangan 10 bulan dia tu. Aku pun hairan kenapa dia nak tunggu 10 bulan? Confirm sakit sangat ke hati Ein tu dalam masa setahun ni?"

Aku diam lagi. Aku dah fikir sepuluh kali lebih awal daripada Syikin tentang persoalan yang dia tanya tadi.

" Malam ni dia ajak aku balik rumah ibu dia. Aku ni kalau boleh nak lari tau Syikin. Nak pergi Aussie balik. Takpun, mana-mana ajelah yang penting aku tak jumpa dengan si Saif tu lagi"

" Eish.. jangan macamtu. Settlekan baik-baik dengan Saif. Aku tahu kau rasa macamni sebab kau tak sangka Saif akan buat keputusan macamni. Aku rasa, tugas kau untuk terbalikkan hati dia. Babe, kau ada 10 bulan tau untuk buat dia suka kau, jatuh cinta dengan kau. Korang hari-hari jumpa, tidur sebilik, sebantal, makan semeja. Takkan kau tak boleh nak attract Saif pandang kau kot?"

Aku buat muka kurang yakin. " Kalau dia nak suka aku Syikin, sebulan yang lepas aku dah berjaya. Aku bukan tak cuba, tapi dia tolak aku mentah-mentah. Kau ingat aku tak terasa ke lepas dia cakap jangan masuk campur hal masing-masing. Nak meletup jantung aku masatu. Dia punya angin tu pelik. Dia menyenangkan tapi tegas. Dia macam sayang tapi tak. Faham tak?"

Syikin menjuih bibir dan menggelengkan kepalanya berkali-kali. Baki kek didalam piring dihabiskan. Tadi awal-awal masuk kedai dia kononnya nak makan Lasagna je, sekali dengan brownies pun dia pesan. Nasib baik dia yang belanja, bukan aku.

" Kau ni Maira. Baru sebulan, memang taklah. Cuba lah dulu mengorat dia. Pakai seksi-seksi ke, banyakkan berbual. Buat gedik-gedik or kau kena ambil hati dia selalu? Aku tahu mula-mula kau akan makan hati, tapi lama-lama dia mesti nampak"

See, benda tu yang aku taknak buat. Aku taknak jadi orang memainkan peranan untuk buat Saif jatuh hati pada aku. Aku nak dia yang suka aku dulu, walaupun sekarang aku dah tersuka dia dulu. Aku nak dia yang mulakan langkah, dia yang berusaha ambil hati aku, dia yang usaha untuk segala benda.

Aku taknak buat apa-apa. Aku nak jadi penerima.

" Tapi....tak macam perigi cari timba ke macamtu? Aku yang kena mengorat laki aku. Peliklah Syikin...." keluhku semakin dalam. Ingatkan jumpa si Syikin ni dapat idea bernas, tapi aku pula yang semakin hilang arah nak selesaikan masalah aku sekarang.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now