Hilang keruan betul aku sejak dua tiga hari ni. Dah tiga hari sejak daripada hari Ahad, Saif bertolak ke Sarawak untuk lawatan dengan ketua jabatan. Mula-mula tu, nama aku pun naik sekali, tapi lepas kak Ros a.k.a akak pegawai tadbir baru teringat kami berdua suami isteri, terus nama aku digugurkan.
Aku pun pelik kenapa, tapi tak kisah sangat pun. Laporan audit yang aku tengah tulis ni pun sejak dari pagi tadi asyik tergantung aje. Sekejap aku tulis, lepastu aku padam balik. Bila dah draft elok-elok, ada aje silap yang aku perasan. Lama-lama aku jadi bosan dan penat.
Bila ingat balik pesan abang Syazwan yang nak tengok draft laporan ni Jumaat pagi minggu ni, aku paksa-paksakan juga diri menaip walaupun lesu badan ni, tak boleh nak diungkapkan dengan kata. Dengan duduk sorang lagi, dengan Saif selalu tak ada masa yang cukup untuk Skype lama-lama. Kadang-kadang aku tertidur dulu, kadang-kadang dia.
Hubungan aku dengan Saif?
Macamtu juga. Dia buat-buat tak faham dengan perasaan aku yang makin lama makin dalam untuk dia. Dia layan aku baik macam biasa, tak pernah tinggi suara, tapi dia tak pernah declare yang hubungan kami akan ke arah mana. Kalau ikutkan perbincangan sebelum kahwin haritu, kami jadi suami isteri setahun aje, lepastu dia akan lepaskan aku. Dia pun janji takkan sekali-kali buat aku suka ataupun jatuh cinta pada dia.
Tapi dalam masa dua bulan, aku rasa Saif lelaki terbaik yang Allah jodohkan dan beri pada aku. Walaupun kadang-kadang aku saja-saja beri hint yang aku memang dah serahkan hati dan perasaan aku pada dia, entahlah dia buat sambil lewa sahaja. Tak pernah nak balas balik ataupun cakap...I love you?
Dia panggil sayang pun sebab nak biasakan diri dia dengan kehadiran aku sebagai isteri dalam kehidupan dia. Tapi kata-kata sayang dan sebutan sayang dia tu, lain macam tahu tak? Dah macam Zul Arffin panggil Fiza dalam Menanti Februari ataupun macam hero dalam drama korea tu panggil makwe diorang yang dia sayang tu.
Jauh betul aku merepek. Laporan audit ni daripada semalam stuck dekat page no 3. Aku tak tahu nak tulis apa lagi walaupun benda ni aku selalu tolong Eli buat. Nasiblah minggu lepas Eli ambil cuti, aku lah terkontang-kanting habiskan benda ni.
" Maira?"
Alamak, abang Syazwan ni bila masa pula dia ketuk pintu ni? Terus dia masuk dan duduk didepanku. Ditangannya ada beberapa keping fail yang aku agak kerja baru untuk aku siapkan.
" Abang perasan daripada semalam tau, Maira asyik termenung. Lepastu dok pegang pegang kepala tu. Kenapa sakit ke apa ni? Ke gaduh dengan Saif ni?"
"Eh abang ni memandai je kata Maira gaduh dengan Saif. Takdelah, mana ada. Biasalah, audit tak siap lagi. Eli kan cuti, so Maira kena buat semua."
" Oh, audit ke. Takpe-takpe take your time. Ni, abang baru habis meeting dengan Dr Eng tadi, and dia baru luluskan budget yang abang present last two weeks. Tapi dia ada suruh abang buang mana yang patut, and of courselah kena jimat banyak benda. Yang bestnya, 80% bajet yang kita nak, lulus."
" Yeke bang? Best gilaaaaa. Kalau macamtu, Maira emel balik dekat abang full proposal and abang go through dulu proposal lama tu. Kalau ada apa-apa abang emel Maira semula. Bila boleh start event ni? Kita dah kena start dah ni rasanya. Esok Maira call balik penghulu untuk confirmkan balik tarikh bila kita boleh jumpa dia dan bincang pasal projek ni." terujaku. Mana taknya, proposal ni lebih dua bulan kot aku bersengkang mata buat. Dengan masatu sibuk nak kahwin, gaduh dengan arwah Naufal dan macam-macam lagi. Abang Syazwan pula kata jangan expect budget 100% lulus, target 60% aje, sekali Dr Eng luluskan 80% daripada apa yang aku letak.
" Gembira betul. If possible, kita cuba dapatkan satu tarikh minggu depan? Terus jumpa dengan ahlijawatankuasa kampung sekali. Senang kita boleh proceed benda-benda yang simple. Sekali dua aje jumpa, boleh terus set date untuk kita buat event ni. Okay?"

ANDA SEDANG MEMBACA
HUMAIRA
RomanceAku fikir aku pandai menilai kasih dan sayang. Menilai cinta dan keikhlasan seseorang dalam memberi dan menerima cinta. Cinta aku pada Syazwan, beralih pada Naufal dan kini agak goyah sejak aku bertemu Saif. Sekejap aku penasaran, sekejap aku normal...